Ticker

6/recent/ticker-posts

Ever Clean Menyumbang 3,700kg Pasir Kucing untuk Meningkatkan Kebajikan Kucing yang Terselamat di PAWS

Ever Clean Menyumbang 3,700kg Pasir Kucing untuk Meningkatkan Kebajikan Kucing yang Terselamat di PAWS | Ever Clean, jenama pasir kucing premium yang terkenal dengan perlindungan maksimum terhadap bau dengan penggumpalan terbaik, rasa berbesar hati menyokong misi Persatuan Kebajikan Haiwan PAWS (PAWS) untuk mencari kediaman kekal bagi haiwan jalanan, terbiar dan diabaikan. PAWS, sebuah pusat perlindungan haiwan bukan berasaskan keuntungan yang telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1987, membantu haiwan yang memerlukan pertolongan dengan menyediakan tempat perlindungan, vaksinasi, memberikan ubat cacing, pemandulan, pengangkatan dan pendidikan umum.

Ever Clean Menyumbang 3,700kg Pasir Kucing untuk Meningkatkan Kebajikan Kucing yang Terselamat di PAWS

“Membantu kucing berkembang dalam persekitaran yang sihat merupakan tumpuan jenama kami. Sehubungan itu, kami amat teruja untuk membuat perubahan dalam kehidupan kucing-kucing ini melalui sumbangan Ever Clean Lightly-Scented Multiple Cat,” kata Monique Gonzales, Ketua Pemasaran Asia Tenggara The Clorox Company.

Diperbuat daripada campuran premium mineral dan tanah liat tulen serta semulajadi, yang memberikan kuasa penggumpalan maksimum, Ever Clean menghalang sisa cecair kucing daripada mencecah bahagian bawah kotak pasir di mana ia boleh terurai dan menghasilkan bau. “Ever Clean menawarkan pembersihan yang mudah. Dengan sedikit usaha yang diperlukan untuk pembersihan akan memberikan lebih masa kepada pasukan PAWS untuk menumpu keperluan haiwan-haiwan lain yang mendesak,” ujar Monique.

Ever Clean Menyumbang 3,700kg Pasir Kucing untuk Meningkatkan Kebajikan Kucing yang Terselamat di PAWS

PAWS telah mengalami peningkatan dalam kiraan haiwan di bawah jagaannya. 

“Pada masa ini terdapat 263 kucing di pusat perlindungan kami; 80 kucing dewasa dan 183 anak kucing, dan sumbangan Ever Clean dianggarkan mampu bertahan selama 2 hingga 3 bulan. Sumbangan pasir kucing seperti ini sangat membantu kami memenuhi misi kami dalam membantu haiwan-haiwan yang memerlukan serta memperkayakan kehidupan haiwan peliharaan dan orang ramai. Kami amat menghargai Ever Clean atas sumbangan yang ikhlas ini dan menggalakkan agar lebih banyak syarikat mengambil bahagian dan menyokong kami dalam sebarang cara yang mungkin. Kami percaya bahawa dengan bekerjasama, kita boleh membuat perubahan dalam kehidupan haiwan-haiwan ini, dan membantu mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk mereka,” kata Edward Lim, Pengurus Pusat Perlindungan PAWS. 

PAWS kini sedang mengusahakan kempen mengumpul dana dengan tujuan untuk membina pusat perlindungan baharu dan stesen kuarantin yang berkhidmat kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Layari laman paws.org.my bagi butiran lanjut bagaimana anda boleh mengambil haiwan angkat atau menghulurkan bantuan kepada pusat perlindungan PAWS. 

Ever Clean boleh didapati di kedai khusus haiwan peliharaan dan klinik veterinari terpilih di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai ketersediaan Ever Clean, sila hubungi Progenesis Group Sdn Bhd.  

Post a Comment

1 Comments

  1. First time tahu jenama Ever Clean dan juga NGO PAWS. Semoga si bulus yang ada di PAWS boleh hidup selesa dengan bantuan pasir kucing premium dari Ever Clean.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com