Ticker

6/recent/ticker-posts

HABIB Lancar Koleksi Edisi Terhad Syiling Wafer Emas 999.9 Sempena Tahun Baru Cina

HABIB Lancar Koleksi Edisi Terhad Syiling Wafer Emas 999.9 Sempena Tahun Baru Cina | Sempena menyambut tahun baru cina pada tahun ini, jenama barangan kemas tempatan HABIB melancarkan koleksi Syiling Wafer Emas 999.9 edisi terhad terbarunya. Seperti yang diketahui ramai, HABIB sering menjanjikan sesuatu kelainan dalam setiap hasil seni yang dipertaruhkan bagi menjanjikan pengalaman yang terbaik buat para pelanggannya.

HABIB Lancar Koleksi Edisi Terhad Syiling Wafer Emas 999.9 Sempena Tahun Baru Cina

Bertepatan dengan tema tahun ini, HABIB mengangkat konsep zodiak cina dengan menampilkan arnab sebagai simbol utama bagi koleksi edisi terhad ini. Arnab merupakan haiwan zodiak cina bagi tahun 2023 serta mewakili zodiak keempat dalam keseluruhan zodiak cina.

Haiwan yang diklasifikasikan sebagai berjiwa seni ini amatlah selari dengan jenama ini oleh kerana HABIB amat mementingkan kesenian dalam setiap koleksi yang ditampilkan kepada para pelanggannya. Rekaan bungkusan koleksi Syiling Wafer Emas 999.9 ini turut diindahi dengan motif bunga-bungaan yang menggambarkan tradisi kaum cina seperti bunga melur serta bunga tanjung.

HABIB Lancar Koleksi Edisi Terhad Syiling Wafer Emas 999.9 Sempena Tahun Baru Cina

HABIB Lancar Koleksi Edisi Terhad Syiling Wafer Emas 999.9 Sempena Tahun Baru Cina

Ianya juga amat sesuai untuk dijadikan alternatif bagi menggantikan 'ang pao' untuk tahun ni. Koleksi Syiling Wafer emas 999.9 edisi terhad ini boleh didapati pada harga RM118 sekeping di kesemua bilik pameran HABIB seluruh Malaysia serta laman rasmi HABIB.


Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com