Ticker

6/recent/ticker-posts

Ikhwan Coffee Johor Bahru

Ikhwan Coffee Johor Bahru | Malam tadi, kak Ajan ajak pergi mengopi dengan kak Di. Kak Di da banyak kali da pergi sini, teringin pulak nak ajak penggemar kopi tegar seperti kak Ajan. Disebabkan kak Ajan dah mengajak, and ciksun rasa kena keluar chilling out juga, so ciksun onzz aje. Ikhwan Coffee ni letaknya di Jalan Yahya Awal, tak jauh dari bangunan TNB. Parking tepi jalan aje seberang kedai kopi.

Ikhwan Coffee Johor Bahru

Kedainya kecik aje, simple tapi comel. Masuk ke dalam, terus pergi dekat cashier untuk order air kopi dan makanan. Menu kopi ade dekat blackboard kat dinding tepi cashier. Ada pilihan untuk air kopi dengan air bukan kopi. Air kopi pulak terbahagi kepada kopi panas, kopi ais atau kopi ais kisar. Ciksun order Iced Toffee Nut Latte, kak Ajan order Iced Raspberry Latte, manakala kak Di pilih Hot Latte.

Ikhwan Coffee Johor Bahru

Ikhwan Coffee Johor Bahru

Untuk Hot Latte tu, barista lukis unicorn as latte art. Laju je dia buat, tetiba da siap. Sempat juga ciksun snap gambar dia tengah tekun lukis unicorn. Selain dari unicorn, diorang boleh jugak lukis tulip, swan, spider, love dan macam-macam rupa latte art lagi. Gigih kitorang belek instagram @ikhwan_coffee sesambil lepak habiskan air, nak tengok ape lagi rupa latte art yang ada. Bila belek tu, nampak la barista diorang ni banyak join competition untuk latte art.

Ikhwan Coffee Johor Bahru

Toffee Nut Latte dia sedap, macam yang pernah ciksun minum kat kedai kopi yang lain. Tapi Raspberry Latte dia ciksun takleh telan. Terbuat reaksi "uwekk" kat situ jugak secara spontan sebab rasa macam minum ubat batuk 😅 Berbeza dengan kak Ajan, memula dia macam takleh pergi gak, tapi lama-lama baru dia rasa ok dan boleh telan. Huu, ciksun takleh teringat, mesti rasa nak muntah lagi 🤣

Ikhwan Coffee Johor Bahru

Ikhwan Coffee Johor Bahru

Ikhwan Coffee Johor Bahru

Makanan kat sini ada dessert dan simple meal ready to eat dalam bekas aluminium. Staff tinggal panaskan aje kalau korang order Lasagna or Mac N Cheese macam kitorang ni. Ciksun lapar waktu ni sebab tak dinner lagi, so ciksun order Beef Lasagna, kak Ajan order Mac N Cheese dengan Liberty Cheesecake. Kak Di tak makan apa-apa, mungkin dia da makan sebelum balik kerja tadi.

Ikhwan Coffee Johor Bahru

Ikhwan Coffee Johor Bahru

Mac N Cheese sedap, recommended sangat! Beef Lasagna dia biasa-biasa aje, Cheese Cake pulak sedap nak mati. Haha! Ada banyak pilihan kek lain jugak kat sini, teruja tengok Biscoff Cheesecake dengan Tartlets dia, rambang mata nak pilih. Mujur juga tak teringin kek sangat. Kalau tak, dah order jugak satu Carrot Cake!

Sesambil habiskan kopi dan makanan tu, kitorang borak-borak and tengok orang keluar masuk. Akhirnya nampak tuan kedai, Mr. Ikhwan masuk dengan isteri dan anak-anak dia. Masuk je dalam, terus pergi buat kopi untuk pelanggan. Ralit ciksun menengok dia buat kopi. Isteri dia pun tolong buat air juga, nampak kekadang Mr. Ikhwan ajar dia lukis latte art. Sweet je!

Ikhwan Coffee Johor Bahru

Habis minum, keluar kedai, Mr. Ikhwan tengah rehat kejap kat luar, sapkok luuu. Sempat kitorang berborak dengan dia kejap kat luar tu. Menceburkan diri dalam dunia kopi sejak tahun 2009, Mr. Ikhwan ni pernah jadi barista dekat Starbucks Singapore jugak dan bekerja dengan 11 companies sebelum bukak kedai kopi dia sendiri. Ikhwan Coffee Cafe ni baru je lagi bukak pada tahun 2021, tapi dah ada banyak regular customer yang datang hari-hari. 

Ikhwan Coffee Johor Bahru

Alhamdulillah, suka tengok usahawan tempatan yang gigih dan berjaya macam ni. Semoga business Ikhwan Coffee semakin maju ke depan!

Nak kopi? Ingat Ikhwan Coffee!

Ikhwan Coffee Johor Bahru

📍 13C Jalan Yahya Awal, Lorong 3, 80100 Johor Bahru, Johor

🕰️ Buka Setiap Hari
Ahad - Khamis | 12pm - 12am
Jumaat & Sabtu | 3.30 pm - 2am

Post a Comment

2 Comments

  1. nampak semua makanan situ macam sedap je cik Sun oi, cuma rasberry latte tu mungkin terlalu hipster untuk lidah cik Sun hehehhe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com