Latto-latto? Apa Benda Pulak Ni??

Latto-latto? Apa Benda Pulak Ni??

Latto-latto? Apa Benda Pulak Ni?? | Astaga, ape ke benda nya pulak ni? Latto-latto? Masa mula-mula nampak perkataan ni, ciksun terbayang latok je. Hahaha!

Viral kat TikTok orang duk up video "latto-latto". Kadang-kadang tengok video lain, kat komen-komen pun ada sebut latto-latto. Kebingungan ciksun dibuatnya. Tertinggal perahu apa pulak ni? Lepas beberapa ketika scrolling, baru lah ciksun faham apa yang dimaksudkan.

Apa Itu Latto-Latto
Sumber: KLIKTIMES

Latto-latto sebenarnya adalah satu permainan, menggunakan dua biji bola keras yang diikat dengan seutas tali, dengan tengah-tengah tali ada sebentuk key-ring untuk dimasukkan jari korang bila main benda ni. Macam mana nak main? Ayunkan aje hingga dua biji bola ni mengetuk satu sama lain, hingga keluar bunyi tek-tek, tuk-tuk, tak kisah la nak ayun secara perlahan ke laju-laju.

Permainan Latto-latto ni berasal daripada Amerika Syarikat dari tahun 1968 lagi. Kemudian tersebar ke serata Eropah hingga dikenali dengan bermacam-macam nama yang lain. Bola Latto-latto diperbuat dengan pelbagai jenis bahan, ada yang guna kaca atau akrilik, ada guna plastik, dan ada jugak yang guna kayu. Nampak macam senang nak main, tapi sebenarnya memerlukan kemahiran untuk mengayunkan bola-bola ni supaya dapat keluarkan bunyi. Kalau tersilap gaya, boleh tercedera hingga memudaratkan pemain dan orang sekeliling. Pernah satu masa dulu permainan ni diharamkan dekat beberapa negara kerana dianggap berbahaya.

Apa Itu Latto-Latto
Kredit: Punt/Anefo

Walaupun ada kesan negatif macam tu, bermain Latto-latto ni jugak boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak dari segi:
  • Melatih kemampuan dasar sistem motorik menggunakan gerakan tangan.
  • Meningkatkan kepercayaan diri anak kecil ketika bermain dengan teman-temannya.
  • Mencerdaskan fikiran dan mengajar anak kecil mengendalikan emosi.
  • Melatih keseimbangan otot tangan dan tubuh.
  • Meringankan stress dan memberikan ketenangan fikiran kepada yang mengalami anxiety (dengan mendengar bunyi ketukan bola berulang-ulang).
  • Memupuk semangat persaingan sihat.
  • Melatih kesabaran ketika mempelajari permainan.

Dengan bermain latto-latto ni jugak, anak-anak boleh kurang main handphone sebab ada benda lain yang lebih menarik untuk diorang buat. Kalau dulu-dulu kita gigih main yo-yo, sekarang ni tengah trending pulak main latto-latto ni. Jangan terkejut, siap ada pertandingan ye mainan latto-latto ni di negara jiran kita. Ciksun kongsikan kat bawah video cara bermain latto-latto.



Korang dah pernah try ke?

Sumber rujukan: Wikipedia

Post a Comment

2 Comments

  1. Mula² baca viral di fb pelik juak kmk dgn permainan tok... sbb anak² kmk xda mdh papa atau mtk beli permainan tok... yg kmk baca viral mata miak terpangkak lato² tok alu pecah bebola mata kah gia... macam²

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com