Istighfar 1000 Kali Sehari | Beberapa hari lepas, ciksun tertengok
  video Ustazah Asma Harun dekat TikTok. Ustazah berkongsi tentang istighfar
  1000 kali sehari. Sesuatu yang kita nampak mudah, tapi tak semua amalkannya
  dengan konsisten. Istilah "astaghfirullahal'azim" bukan sesuatu yang asing di
  kalangan umat Islam. Satu istilah yang biasanya terkeluar dengan sendiri bila
  berlaku sesuatu kesilapan.
Maksud Istighfar
  Istighfar (Bahasa Arab: إستغفار)  umumnya bermaksud memohon ampunan
  atas segala dosa dengan azam untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Dalam
  Islam, istighfar ialah tindakan meminta maaf atau memohon keampunan daripada
  Allah SWT. Tindakan ini pada umumnya dilakukan dengan mengulangkan perkataan
  astaghfirullah (Bahasa Arab: أستغفر اللَّه), yang membawa maksud "Saya meminta
  keampunan Allah".
  Seorang Muslim menyebut perkataan ini beberapa kali, bukan sahaja ketika
  meminta ampun dari Allah SWT sebagai doa, malah juga ketika dia sedang
  berbicara dengan orang lain. Apabila seorang Muslim hendak mencegah dari
  melakukan perbuatan yang salah, atau juga ketika dia mahu membukti bahawa dia
  tidak bersalah pada satu peristiwa dia menggunakan pernyataan ini.
Firman Allah SWT:
  
    "Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan beristighfar kepada-Nya,
    sesungguhnya Dia amat menerima taubat." (Surah al-Nasr: 3)
  
  Manfaat Istighfar 1000 Kali Sehari
  
    Kalau kita dah terbiasa beristighfar setiap hari sekurang-kurangnya sekali
    dua, apa kata upgrade amalan kita dengan istighfar sebanyak 1000 kali sehari
    pulak. Banyak sebenarnya manfaat istighfar hingga 1000 kali sehari ni.
    Antaranya adalah:
  
  - Memberi rasa ketenangan dan kelegaan kepada hati.
 - Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
 - Mengusir fikiran dan niat jahat.
 - Memberi kesedaran jika melakukan kejahatan.
 - Melancarkan aktiviti seharian.
 - Menguatkan iman.
 - Mendapat keredhaan Allah SWT.
 
Cara Untuk Konsisten Istighfar 1000 Kali Sehari
  
    Istighfar 200 kali setiap kali selepas solat Fardhu, insya'Allah jumlahnya
    akan menjadi 1000 kali selepas cukup 5 waktu solat.
Dengan ini, amalan solat fardhu juga turut terjaga.
  
  Zikir Astaghfirullah 1000 Kali
  Sumber:
  
    1)
    Merdeka.com
  
  




2 Comments
Terima kasih kongsi!
ReplyDeleteAstaghfirullah al adzhim. 🥰 Tq for sharing
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com