Selamat Hari Lahir, Suamiku ๐Ÿ’

Selamat Hari Lahir, Suamiku ๐Ÿ’

Selamat Hari Lahir, Suamiku ๐Ÿ’ | Tanggal 21 Januari setiap tahun, hari kelahiran suami tersayang. Tarikh yang sangat bermakna juga buat ciksun sebab pada tarikh ni la ciksun kenal suami 13 tahun yang lepas. Masya Allah, dah lebih sedekad perkenalan kami, dari blog hingga ke jinjang pelamin, now dah lebih 9 tahun usia perkahwinan, alhamdulillah.

Tahun ni buntu terus nak hadiahkan apa untuk suami. Takde buat surprise, ciksun whatsapp aje dia beberapa hari lepas, nak hadiah birthday apa. Minta dia screenshot shopping cart dekat Shopee, macam adik ciksun selalu buat. Malangnya shopping cart dia ada Rojak Mak Bee yang dia dah beli sendiri dan Ubax Ubat Kucing. Haha!

Last-last dia minta belikan stokin baru, ciksun pun dah order beberapa hari lepas bersama mainan dan treats untuk Marshmallow. Tak dapat nak ke KL celebrate dengan dia walaupun cuti hujung minggu yang panjang. Ciksun tengah dalam fasa standby untuk buat hardbound thesis. Tunggu abstract approval daripada fakulti, bila-bila masa aje akan dapat kebenaran untuk jilidkan thesis.

Kebetulan sungguh, birthday ciksun tahun lepas tak dapat celebrate sama-sama walaupun suami dah plan percutian, sebab ciksun Viva Voce PhD. Tahun ni birthday suami, ciksun kena standby untuk siapkan thesis hard cover pulak. But ciksun tahu ramai yang akan raikan suami pada hari kelahiran dia, alhamdulillah orang baik ramai orang sayang.

Selamat Hari Lahir, Suamiku ๐Ÿ’

Selamat hari lahir, abang. Semoga Allah berikan segala kemudahan untuk abang capai impian dan cita-cita, dimurahkan rezeki hingga melimpah-ruah banyaknya, dilapangkan segala kesulitan dalam kehidupan, sentiasa dalam kesejahteraan dan kesihatan yang baik hendaknya, diberkati usia yang semakin bertambah, seiring dengan kekuatan iman dan taqwa kepada-Nya.

Ameen ameen ya Allah!

Post a Comment

4 Comments

  1. Happy birthday encik suami ktk ciksun!! Xpalah x dpt celebrate ari tok lain kali boleh juak celebrate ya.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir buat suami ciksun. Semoga berbahagia sokmo di samping ciksun. Hihi

    ReplyDelete
  3. semoga sihat selalu, murah rezeki, kekal bahagia hingga Jannah dan hidup penuh diberkati

    ReplyDelete
  4. Happy Belated Birthday to ur husband!!! Semoga Allah panjangkan usianya, sihatkan tubuh badan Dan mindanya serta dilimpahkan Rezeki berganda ganda banyaknya...Aamin!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com