Ticker

6/recent/ticker-posts

Say Hi to Marshmallow, the Guardian of Bukit Kerinchi

Say Hi to Marshmallow, the Guardian of Bukit Kerinchi | Pagi hari Sabtu, macam biasa ciksun berjaga lepas Subuh. Biasanya pukul 7 lebih, suami ciksun dah start buat live kat TikTok dia. Setiap pagi, suami akan hiking naik Bukit Kerinchi tak jauh dari rumah. Semata-mata untuk jumpa abandoned dog kat Bukit Gasing tu. Ye, kadang-kadang orang sebut Bukit Gasing, kadang-kadang Bukit Kerinchi. Sebabnya bukit ni sebelah-sebelah aje. Naik dari Petaling Jaya, disebut Bukit Gasing, dari sebelah Lembah Pantai disebut Bukit Kerinchi pulak.

Say Hi to Marshmallow, the Guardian of Bukit Kerinchi

Setiap hari, pagi dan petang, kalau takde aral melintang, suami ciksun akan mendaki untuk bagi makan dekat Marshmallow. Sebelum-sebelum ni ciksun takde la tepat sangat join tengok dari pukul 7. Kadang lambat je, pukul 8 lebih kadang-kadang baru join tengok live tu. Tapi sejak seminggu ni kena berjaga and standby dari pukul 7 lagi sebab suami da appointed ciksun jadi moderator live dia. Hahaha! Siapa kenal suami ciksun dari blogger kat Facebook dulu, mesti tahu suami ciksun cepat serabut bila notification naik banyak-banyak. Ni bila komen laju sangat kat live pun dia cepat serabut dan pening tengok. So, dia minta tolong ciksun jadi moderator and reply mana-mana komen berbentuk pertanyaan yang dia tertinggal.

Jadi rutin ciksun sejak seminggu ni join live dia pukul 7 pagi dan pukul 5 petang untuk pantau komen-komen. Kadang-kadang ada je komen berbentuk provokasi, ciksun hantar pengomen tu pergi planet Pluto. Bukan ape, memang la kita boleh abaikan aje komen tu, tak payah jawab. Tapi viewers bukan kita seorang, nanti akan ada viewers lain yang balas komen tu sampai menimbulkan pergaduhan dan saling serang-menyerang. Kita tak nak benda macam tu jadi, biar live tu harmoni dan penuh aura positif je. Bila ada yang tanya soalan sensitif, kita mute je dia. 

Ade je yang tanya, suami ciksun ni Islam ke tak sebab nampak main dengan anjing. Dia baru masuk tengok live saat tu, terus cakap macam tu. Tak tengok pun VTT yang lain kat TikTok suami tu untuk tahu apa kisah di sebaliknya. Marshmallow ni sebenarnya anjing yang ditinggalkan tuannya kat Bukit Kerinchi tu. Kali pertama suami jumpa Marshmallow adalah pada pertengahan bulan November tahun lepas. Sejak suami post VTT pertama Marshmallow tu, ramai yang nak tahu perkembangan Mallow dari hari ke hari. Sampai paper, radio, dan website viral lain interview suami untuk tahu cerita Mallow. Ramai yang bantu sebarkan supaya tuan Mallow sebelum ni nampak dan datang ambil dia semula. Tak pun, supaya ada individu lain yang baik hati datang ambil Mallow bawak balik ke rumah.

Say Hi to Marshmallow, the Guardian of Bukit Kerinchi

Tapi sehingga hari ni, Mallow masih lagi di Bukit Kerinchi. Setia menati suami datang setiap hari bagi dia makan ayam rebus. Belum ada lagi individu yang betul-betul sanggup datang dan bawa Mallow balik. Mallow pun sebenarnya tak mudah untuk trust orang lain. Mallow masih tak benarkan suami sentuh dia, walau dah hampir tiga bulan suami bagi dia makan. Selain daripada suami, ada hikers lain datang bagi Mallow makan juga, Cindy, Zie, Pakcik Elias, dan Abang Meatball dia. Cindy dan Zie dah boleh pegang Mallow, Cindy adalah antara insan pertama yang jumpa suami selepas kisah Mallow tular. Dari pertama kali jumpa dulu Cindy dah berusaha nak bawak Mallow balik, cuma baru-baru ni je Mallow start izinkan Cindy pegang dia.

Say Hi to Marshmallow, the Guardian of Bukit Kerinchi

Ciksun dan suami sangat-sangat berharap ada insan yang betul-betul boleh jaga Mallow dengan baik. Kita nampak Mallow ok je dalam hutan, tapi sebenarnya Mallow perlukan lebih dari tu lagi. Ramai je viewers yang tak faham. Kalau ada insan yang boleh jaga Mallow, bagi dia tempat berteduh yang lebih proper, boleh belai dan sayangi dia sepenuhnya tanpa ragu, boleh bawa dia pergi vet bila dia sakit, alhamdulillah, kita hargai sangat-sangat. Baru-baru ni ada juga yang cuba hulurkan bantuan untuk cari forever home for Mallow, tapi rupa-rupanya dia nak tularkan je untuk bagi shelters kat Malaysia ni aware tentang Mallow. Kalau shelters, kita tak berapa setuju nak hantar Mallow duduk sana. Takut dapat dekat shelters yang tak dapat jaga Mallow sebaiknya sebab biasanya haiwan terbiar sangat banyak sampai tak cukup fund nak pelihara semua. Kalau ada shelter yang macam kat luar negara tu, yang betul-betul jaga haiwan terbiar dengan baik dan sungguh-sungguh bantu untuk cari new adopter, kita boleh terima.

Say Hi to Marshmallow, the Guardian of Bukit Kerinchi
Masa ni Mallow main soft toy yang ciksun bagi. Now da takde, dia da tanam da soft toy tu. Haha!

Jadi sampai sekarang, Mallow masih lagi kat Bukit Kerinchi sebab belum lagi jumpa individu yang sesuai. Setia dia teman orang-orang yang datang mendaki. Sesiapa yang dia kenal baunya, memang Mallow mengikut je ke mana-mana. Suami ciksun tu, mostly sampai ke jalanraya Mallow hantar bila da habis makan. Tapi tu lah, bila dia keluar ke jalanraya tu pun kita risau juga. Takut kena langgar kereta atau terjumpa dengan anjing lain dan bergaduh. Kalau dalam hutan pulak, kadang-kadang ada je orang yang tak senang dengan Mallow. Ada je yang tak suka Mallow diberi makan sebab nanti sampah plastik bersepah-sepah. Sebab tu, suami selalu ingatkan dalam live, kalau datang bagi Mallow makan, tolong bawak balik sampah. Mohon sangat-sangat.

Terima kasih kepada viewers yang selalu support dan bagi gifts masa live. Gifts tu semua suami withdraw untuk belikan makanan Mallow. Tak kurang juga yang pos hadiah dan treats untuk Mallow. Moga Mallow terus sihat dan gembira. Doakan juga suami ciksun murah rezeki untuk terus bagi Mallow makan.

Say Hi to Marshmallow, the Guardian of Bukit Kerinchi

Andai nanti ada rumah sendiri dan landed, memang berniat untuk bawa Mallow balik jagakan rumah.

Doakan kami dimurahkan rezeki.

Kalau nak tengok live Marshmallow, boleh follow TikTok suami ciksun:

Post a Comment

5 Comments

  1. Kalau macam ni uncle pun geram nak bawak balik!

    ReplyDelete
  2. Hi Mallow.... eh, dia di situ saja ye Cik Sun.
    Tahniah Cik Sun sebab hantar pengomen yang suka timbulkan provikasi ini ke planet Pluto.

    ReplyDelete
  3. Mallow ni dah jadi penunggu bukit tu nampaknya

    ReplyDelete
  4. Kmk org pegi SPCA adopt pusak nama Louis, kmk rasa SPCA ya one of shelters nok bagus sbb pusak2 & asuk2 siya semua nampak sihat, ada on-site vet & ramai volunteer datang berik mandi, bersihkan sangkar etc. Tapi siya asuk nang byk la, ada juak nampak sidaknya berkelayi sesama asuk. Takut Mallow kenak buli asuk lain pulak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak!! kamek terus carik pasal SPCA ya, haaa kedak ya la shelter yang bagus...tapi kita faham, sidak pun mesti ada banyakkk alu anjing belum di-adopt...sian eh

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com