Ticker

6/recent/ticker-posts

Menu Laksa Sarawak Hujung Minggu

Menu Laksa Sarawak Hujung Minggu | Semalam ciksun dengan housemates gathered kat rumah ex housemate kitorang, dak Ayen. Dah berapa minggu da plan nak gather lepak sesama, tapi baru semalam la dak Ayen tu free. Minggu sebelumnya dia bizi kemas office. So, semalam sape yang free je la join. Ciksun gitau Ayen, rasa macam nak buat Laksa Sarawak. Alang-alang da beli pes Laksa Sarawak Hj Manan kat shopee hari tu, bila kumpul ramai-ramai baru la best buat makan-makan.

Santai-santai aje ciksun masak kat dapur. Potong segala benda sehalus mungkin, sesambil layan movie dengan kengkawan. Kejap-kejap duduk depan TV, kejap-kejap pergi dapur tengok ayam rebus. Bila ayam rebus da empuk, ciksun start duduk dapur prepare kuah laksa, hiris bawang besar, potong daun ketumbar, hiris timun, potong limau kasturi, goreng telur dan hiris halus-halus. Dah setel segala condiments baru la ciksun masak air. Sempat lagi duduk sambung tengok movie sementara tunggu air mendidih nak rebus pasta Angel Hair pulak.

Menu Laksa Sarawak Hujung Minggu

Menu Laksa Sarawak Hujung Minggu

Ye, ciksun pernah cakap dulu-dulu, ciksun memang suka pakai Angel Hair berbanding pakai bihun sebab pasta ni lebih menyerap kuah berbanding bihun. Ciksun memang tak berapa gemar bihun dalam menu berkuah sebab bagi ciksun bihun tu nanti rasa tawar aje 😅 Kalau kat Sarawak pulak, bihun untuk laksa jenis yang tebal sikit, kat sini tak jumpa lagi bihun jenis gitu dijual di pasaraya. Entah kat mana lah ada, tak pasti jugak.

Alhamdulillah, tertunai la hasrat nak menjamu selera dengan Laksa Sarawak. Dua pek pes laksa ciksun pakai, licin malam tadi. Then pagi ni Ayen buat nasi goreng untuk sarapan. Lepas sarapan, niat nak update blog kejap. Tu yang terhasilnya entri ni. Tiba-tiba tengah menaip, Ayen bawak hand rest ke ape ni untuk buat kerja pakai laptop.

Menu Laksa Sarawak Hujung Minggu

Dia da pernah ade pengalaman kene bedah tapak tangan sebab masalah carpal tunnel, jadi dia paranoid sikit bila nampak orang lain buat kerja dengan poster tangan yang tak betul. Thanks Ayen for your concern 💖

Then tiba-tiba berhenti menaip kejap sebab Ayen ajak keluar ke laman tengok pokok-pokok dia kejap. Ciksun apa lagi, memang suka la kan. Sanggup pause sekejap update, tolong repot apa yang patut. TERRRmintak jugak satu anak pokok keladi dengan satu keratan pokok bunga ros.

Menu Laksa Sarawak Hujung Minggu

Menu Laksa Sarawak Hujung Minggu

Menu Laksa Sarawak Hujung Minggu

Menu Laksa Sarawak Hujung Minggu

Menu Laksa Sarawak Hujung Minggu

Cantik dan sihat pokoknya, geram ciksun. Ada jugak pokok-pokoknya yang nak meninggul, tapi mudah-mudahan ok la bila da siram. Hahaha! Terima kasih Ayen! Moga pokok-pokok ko terus sihat walafiat! Ameen!

Post a Comment

3 Comments

  1. Kalau dekat Thai pun ada bihun yang kasar sikit, tapi dia macam glass noodle. Kira bolehlah ek nak guna mee apa pun kan. Dulu2 ingat kena tipu ada makcik tu jual LS guna bihun, hihihi.

    ReplyDelete
  2. Wah buat seorang-seorang ke laksa itu?
    Luas halaman luar Ayen.

    ReplyDelete
  3. Betul Cik Sun. Guna bihun macam tak berapa nak kena. Angel hair memang sesuai.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com