Buka Puasa dengan Wan Li Prosperity Menu di Renaissance Johor Bahru

Buka Puasa dengan Wan Li Prosperity Menu di Renaissance Johor Bahru

Buka Puasa dengan Wan Li Prosperity Menu di Renaissance Johor Bahru | Hari ni mesti korang dah ada menu idaman untuk berbuka puasa kan? Dan mungkin jugak ada yang dah plan berbuka kat luar dengan family pada hari pertama Ramadan. Untuk hari esok dan seterusnya, kalau korang belum ada idea lagi nak iftar kat mana, jemput la datang berbuka puasa dengan makanan sedia terhidang atas meja, di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel.

Ye, tak payah bangun-bangun nak pergi ceduk makanan bufet. Korang datang duduk tunggu aje makanan sampai depan mata. Ada 2 pilihan set menu disediakan kat Wan Li Chinese Restaurant khas untuk bulan puasa ni, iaitu Blessed Set Menu dan Prosperity Set Menu. Minimum pax yang korang boleh datang untuk tempah meja adalah 6 orang dengan rega bermula dari RM1188. Kalau datang 10 orang, harga dia bermula dari RM1888. Lebih kurang la tu dengan harga bufet kalau berbuka dekat Cafe BLD diorang. Kat sini lebih tenang-tenang tak payah berebut or berbaris panjang tunggu turn ceduk lauk dan korang akan dilayan oleh waiter dan waitresses sepanjang waktu berbuka puasa.

Ciksun dah cuba set Prosperity Menu diorang (RM2188 untuk 10 orang), ada Chilled Japanese Baby Squid with Plum, Indonesia Gado-gado, Chili Pepper Fish Skin, Boiled Fish Maw, Dried Scallop & Seafood Soup, Signature Roasted Free Range Chicken, Steamed Sea Grouper with Portuguese Style, Mala De Shelled Prawn, Braised Broccoli with US Scallop, Fragrant Seafood Fried Rice with Dried Shrimp Sauce, aneka buah-buahan, Kuih Melayu, Kurma, Keropok Ikan, dan free flow Orange Cordial.

Buka Puasa dengan Wan Li Prosperity Menu di Renaissance Johor Bahru

Buka Puasa dengan Wan Li Prosperity Menu di Renaissance Johor Bahru

Buka Puasa dengan Wan Li Prosperity Menu di Renaissance Johor Bahru

Buka Puasa dengan Wan Li Prosperity Menu di Renaissance Johor Bahru

Buka Puasa dengan Wan Li Prosperity Menu di Renaissance Johor Bahru

Buka Puasa dengan Wan Li Prosperity Menu di Renaissance Johor Bahru

Buka Puasa dengan Wan Li Prosperity Menu di Renaissance Johor Bahru

Buka Puasa dengan Wan Li Prosperity Menu di Renaissance Johor Bahru

Buka Puasa dengan Wan Li Prosperity Menu di Renaissance Johor Bahru

Buka Puasa dengan Wan Li Prosperity Menu di Renaissance Johor Bahru

Aduhai, paling sedap lerrr Mala De Shelled Prawn tu! Udang yang dah dibuang kulit, kemudian disalut tepung berempah istimewa dan digoreng dengan cili kering. Fuhhh, rasa nak letak depan ciksun aje pinggan dia sepanjang masa, takut orang lain habiskan ๐Ÿคฃ Signature Roasted Free Range Chicken tu dihidangkan dengan serbuk asam, unik betul. Sedap diratah macam tu aje, bahaya juga sebenarnya sebab boleh lupa daratan dibuatnya. Sedar-sedar orang sebelah da menjeling, tak bagi peluang langsung dia nak merasa ๐Ÿ˜‚ 

Bagi ciksun semua sedap-sedap menu nya, bahkan Nasi Goreng tu pun sedap ya Allah. Bertambah-tambah ciksun makan, hancus diet Suku-suku Separuh kalo gini ๐Ÿ˜… Maka, kena la makan Braised Broccoli with US Scallop tu banyak sikit kan. Ehhh, jangan lupa orang sebelah lagi! Cedukkan sikit Steamed Sea Grouper dalam pinggan dia, bagi dia happy sebab ciksun dah terliur bila mengenangkan kesedapan kuah Portuguese Style tu! Siap cakap kat member, kalau ada Mantou Bun, mesti sedap ni. Tapi bahaya lah, nanti berebut Mantou Bun pulak! ๐Ÿ˜œ

Untuk set Blessed Menu pulak, ni yang akan dihidangkan untuk korang:

Hot & Cold Ramadan Combination Table
Chilled Squid with Thai Style
Chilled Cucumber with Belacan Chili
Sweet & Sour Beanskin Chicken Roll
Seasonal Fruits Plater
Assorted Malay Kuih
Seasonal Dates
Fish Crackers

Main Course
Braised Fish Lip with Sichuan Style
Crispy Chicken Chop with Chili Pepper
Steamed Sea Grouper with Nyonya Sauce
Wok Fried Sea Prawn with Mala Style
Braised Fish Maw, Mushroom & Vegetable with Supreme Sauce
Fragrant Seafood Fried Rice with Dried Shrimp Sauce

Dessert
Chilled Pink Guava Juice with Coconut Jelly, Sago & Fresh Fruits

Beverage
Free Flow Orange Cordial

Haa, banyakkk je kan? Atas tadi tulis dalam perenggan, so tak nampak macam banyak. Sebenarnya banyakkkkk sampai nak taip pun penat. Hahahahahhahahahah! Kalau korang sampai awal, da duduk kat meja, diorang akan serve dulu menu sejuk sebelum waktu berbuka tu. Bila da nak dekat sangat dengan azan Maghrib, baru la diorang hantar menu-menu panas. So, korang tak perlu risau kalau makanan yang sepatutnya panas, da sejuk bila nak berbuka.

Hmmm. Maaf le korang, bulan puasa ni cerita pasal kesedap-sungguhan makanan set berbuka puasa dekat Wan Li Chinese Restaurant ni pulak. Tapi kalo korang steady je, jemput la belek FB page Blog Sunah Sakura untuk belek lagi gambor menu nya ya!

๐Ÿ“Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru

๐Ÿ—“️ 23 Mac - 21 April 2023
๐Ÿ•– 7.00 pm - 10.00 pm

Wan Li Blessed Menu
RM1188 untuk 6 orang
RM1888 untuk 10 orang

Wan Li Prosperity Menu
RM1388 untuk 6 orang
RM2188 untuk 10 orang

Untuk tempahan dan pertanyaan:
๐Ÿ“ง henry.lee@renaissancehotels.com

Post a Comment

3 Comments

  1. sedap2 menu tu..mkn ramai2 lg meriah

    ReplyDelete
  2. Lain dari yg lain, Chinese menu utk buka puasa hehe. Hujung2 sik dpt angkat kotan kekenyangan gilak

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com