Ticker

6/recent/ticker-posts

Hari Keputeraan Sultan Johor 2023 - Daulat Tuanku!

Hari Keputeraan Sultan Johor 2023 - Daulat Tuanku! | Terlambat sungguh ciksun nak posting entri khas ni. Mungkin sebab dah dekat kampung kat Sarawak, lupa daratan kejap diri ni seorang perantau di Johor. Gambar pun guna gambar tahun 2021 kat website JDT Blogger. Tak dan nak edit yang baru. Walaupun bukan rakyat asli Johor, sentiasa bangga duduk di negeri bawah naungan pembesar yang berjiwa rakyat.

Hari Keputeraan Sultan Johor

Daulat Tuanku

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi
tahniah dan ucap selamat kepada

Duli Yang Maha Mulia
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

sempena ulangtahun
Hari Keputeraan DYMM Tuanku
pada 23 Mac 2023

Allah Peliharakan Sultan

Semoga baginda terus diberi kesihatan yang baik, sihat walafiat hendaknya.  Hari ni cuti 1 Ramadan di Johor, jatuh pulak hari sama dengan Hari Keputeraan Sultan Johor. Jadi double cuti dibawa ke hari Ahad. Cuti panjang empat hari rakyat Johor. Boleh lah shopping raya 😆

Ni entri scheduled, time ni ciksun tengah bertungkus lumus masak Asam Pedas Ikan Siakap kat dapur untuk menu berbuka 🤭 Korang berbuka apa hari ni?

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com