Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan Malam di Restoran Aroma Bakar, Taman Teratai, Skudai

Makan Malam di Restoran Aroma Bakar, Taman Teratai, Skudai | Takde la malam sangat pun kitorang pergi semalam. Ciksun dengan housemates early dinner dekat Restoran Aroma Bakar, Taman Teratai, belakang Restoran Orang Kampung, berdepan dengan Speedmart Taman Teratai dan tak jauh dari Econsave Taman Teratai tu aje. Dah lama dah restoran ni ganti MELETOP Steambot, tapi baru semalam la jejak bersama housemates tersayang. Dak Ibah cakap sedap, cikgu-cikgu sekolah dia selalu beli makanan kat sini. So, kita pun try la jugak.

Rupanya pemilik restoran ni sama dengan pemilik Restoran Anjung Desa tak jauh dari situ jugak. Kalau Restoran Anjung Desa tu dia bukak pagi sampai awal petang. Lauk makan tengahari situ femes la di kalangan staff dan student UTM walaupun rega dia mahal kedaung la jugak. Restoran Aroma Bakar ni pulak bukak dari 7 pagi sampai 12 malam. So kalo nak cari sarapan awal pagi, memang boleh sangat la datang sini kannn! Tak sure la bukak setiap hari ke atau ada hari yang tutup, yang tu nanti ciksun tanya Ibah.

Makan Malam di Restoran Aroma Bakar, Taman Teratai, Skudai

Makan Malam di Restoran Aroma Bakar, Taman Teratai, Skudai

Makan Malam di Restoran Aroma Bakar, Taman Teratai, Skudai

Makan Malam di Restoran Aroma Bakar, Taman Teratai, Skudai

Ni la menu yang kitorang makan semalam. Bihun Goreng Daging, RM8, ciksun punya. Yo, boleh tahan juga la harga kat sini. Bihun dia sedap tapi agak pedas untuk ciksun. Next time boleh mintak tak nak pedas kalau nak order lagi. Ibah order Mee Bandung Muar, kak Ajan makan Ramen Chicken Grill, Mira order Nasi Puyuh Penyet. Tak ingat la berapa rega Ibah dengan Mira punya, tapi kak Ajan punya RM16, ciksun tanya semalam sebab portion dia besar. Sedap jugak Ramen Chicken Grill tu.

Ciksun lupa nak ambil gambar Otak-otak. Ada jugak kat sini diorang hantar ke meja. Sedap, tapi terkejut juga ciksun sekarang harga Otak-otak dah RM1.50 ye sekeping. Fuhh, dahsyat kesan inflasi, dulu makan 30 sen aje sekeping ek? Kat dalam restoran ada jual kerepek-kerepek dengan Kuih Raya / cookies jugak. So kalau nanti last minute sangat tak jumpa kuih raya, boleh la beli kat sini. Hahahahah!

Makan Malam di Restoran Aroma Bakar, Taman Teratai, Skudai

Makan Malam di Restoran Aroma Bakar, Taman Teratai, Skudai

Hmmm, dah stop da ciksun buat bufet Ramadan buat sementara. Nanti 17hb baru ada lagi the last review day sebelum ciksun balik kampung dua minggu. So, boleh la ciksun jalan-jalan blogwalking ke blog korang dalam masa rehat beberapa hari ni. Insya'Allah.

Post a Comment

8 Comments

  1. yum yum..semua pun nampak sedappp

    ReplyDelete
  2. Wah, Cik Sun promot kedai2 makan kat umah dia pulak sekarang ya.

    ReplyDelete
  3. skali baca mcm nk sama nama restoran aroma ikan bakar kt jeram sgor..rupanya ni dkt johor hehe...lama tk mkn burung puyuh goreng

    ReplyDelete
  4. Selamat menjamu selera
    Nampak sesedap semuanya

    ReplyDelete
  5. Sila promote banyak2 ye..sebab mana la tau SA balik sana selalu kan...

    ReplyDelete
  6. iyeeee dari harga 60 sekeping naik sampai 1.50 terus mati selera nak makan. Dah la suka makan sampai sebakul. ketor tangan nak membayarnya

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com