Mencabar Betul Main Money Games Ni!

Mencabar Betul Main Money Games Ni!

Mencabar Betul Main Money Games Ni! | Hari tu masa kat kampung, ciksun bawak balik laptop. Ye lah, kalo tak, mesti mustahil ciksun nak konsisten update blog sepanjang Ramadan kan? Sebab tu lerr blog ni tak bersawang dua minggu tu. Gigih bebenor. Haha! Bukan tak boleh pakai phone, tapi agak limited usage dia bila nak update blog guna phone. Yang selalu update guna phone tu faham lah.

Hari-hari cuba cari isi kandungan nak kongsi dekat blog. Mujur juga tengah bulan puasa, maka memang ada la topik menu berbuka tiap hari. Tapi ciksun usahakan untuk update paling kurang, tiga entri sehari. Sebab nak kejar PV untuk AdSense jugak. Bulan puasa macam ni yang kencang setiap tahun, kannn. Ramai cari tempat berbuka atau pun idea menu untuk berbuka puasa. 

Bila da siap 1 entri khas menu berbuka, dua entri lagi kena cari la konten lain. Mana-mana gambar yang ada snap, usahakan juga buat entri walau karangan pendek dua tiga perenggan aje. Da cukup schedule untuk sehari baru lega and boleh buat benda lain pulak. Time camni la sampai kebosanan tak tahu buat ape. Mujur jugak teringat ada website yang kita boleh main game secara percuma tanpa iklan yang mengganggu.

Mencabar Betul Main Money Games Ni!

Mengadap website Money Games ni lah ciksun bila dah takde kerja apa nak buat tu. Sebelum-sebelum ni ada jugak main games kat website lain, yang terbaru ni games dia banyak pasal duit dan kira-kira pulak. Boleh la mencabar otak sikit sebab kena main sambil menghitung dalam kepala. Banyak gila weii games kat website ni, tapi takde la tertumpu kepada hal duit semata-mata.

Kalau tengok senarai kategori tu, memang nampak macam education punya games kan? Yee, dia banyak games yang membantu kita berfikir, sesuai sangat untuk budak-budak sekolah jugak nak main. Level pulak dari yang paling mudah sampai ke paling susah. Ada jugak yang nampak macam mudah, tapi sebenarnya mencabar jugak. Kena bijak mengatur strategi macam game Coffee Shop kat bawah ni.

Mencabar Betul Main Money Games Ni!

Ni la game yang paling ciksun suka kat website ni, bawah kategori Food Business Simulation Games. Ye, ciksun kan suka minum kopi, sekali-sekali menjual kopi kat omputih walaupun hanya dalam game pun best jugak kan! Haha! Masa memula main, bingung jugak kepala ni memikir macam mana nak dapat pulangan yang lebih tinggi. Macam-macam cara ciksun try, siap guna calculator ye untuk memastikan takde kerugian yang besar. Alah, game je punnnn! Mungkin ada yang cakap macam tu, tapi walaupun game, tetap down kalo kalah ๐Ÿ˜‚

Mencabar Betul Main Money Games Ni!

Mencabar Betul Main Money Games Ni!

Tapi kalo korang jenis yang tak berapa gemar mengira-ngira untung rugi, suka yang simple-simple je, boleh la try main Supermarket Numbers game ni. Yang ni pun ada level mudah, sederhana, dan susah. Yang mudah-mudah dia main tolak tambah je angka sampai dapat target Goal number, cuma bila nak dekat peringkat ke 10/10 tu akan ada pulak darab dan bahagi. Haa kena capai Goal number sebelum waktu tamat ye. Stress jugak kalo makin banyak angka yang tak kena. Abaikan la ade papan tanda Pork kat belakang tu, bukannya ade kena-mengena pun. Hahaha!

Tak nak stress? Korang main game yang ni pulak.

Mencabar Betul Main Money Games Ni!

Sesuai la untuk bebudak macam korang tu. Main susun-susun Treehouse sambil recycle. Korang kena susun setiap bongkah kayu yang disediakan sampai korang rasa dah stabil, baru turunkan bumbung rumah. Kalau tak cukup stabil, bumbung rumah akan menggelongsor jatuh. Roboh laaa Treehouse korang tu! Kalau susunan bongkah stabil, bumbung akan stay aje. Boleh lah ke level seterusnya. Haa, senang khennnnnn! Tak payah kira-kira. Haha!

Eh, banyak pulak kan games kat sini. Serius memang banyak, tak terexplore semua sekali. Tapi selagi ada website ni, boleh la main bila-bila kan. Banyak pilihan dan yang penting takde iklan mengarut. Ciksun suka! Kalau korang pun rasa tengah tak tahu nak buat apa, dah boring blogwalking ke, boleh lah jenguk website Money Games ni!

Ok nak sambung buat kopi!

Post a Comment

7 Comments

  1. Assalamualaikum, Lama tak menyinggoh, Selamat berpuasa, Hati hati main Money Game ni, banyak tak baik dari baiknya, Kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam...baca tak? ๐Ÿ˜‚

      Jangan risau, tak melibatkan duit fizikal ๐Ÿ˜…๐Ÿคฃ

      Delete
  2. best main game macam ni. menguji minda sikit dari dok layan gosip artis. haha

    ReplyDelete
  3. alolo... kita dah lama x join main games camni... nnt klu ada masa boleh gak riki2 :p

    ReplyDelete
  4. ralit juga main game dekat website tu hahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com