Ticker

6/recent/ticker-posts

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel | Tanggal 18 Mei 2023 yang lepas, ciksun berpeluang untuk turut serta dalam Global Day of Discovery (GDOD), salah satu aktiviti tahunan lebih 170 hotel Renaissance dari seluruh dunia. Bagi tahun ke-9 acara GDOD ni, Renaissance Johor Bahru Hotel turut serta bersama hotel-hotel Renaissance lain meraikan acara yang signifikan ni dengan "Evenings at Renaissance" sebagai highlight diorang.

Ciksun bersama-sama dengan rakan media lain dah ready dari awal pagi lagi dekat lobi untuk memulakan GDOD ni. Sebelum apa-apa, kita sarapan pagi dulu dekat sebelah Cafe BLD. Time sarapan ni lah Mr. Kanit Sangmookda, General Manager of Renaissance Johor Bahru Hotel bagi sedikit briefing tentang GDOD ni. Banyak kali Mr. Kanit tekankan tema Renaissance Johor Bahru Hotel untuk GDOD kali ni, "Indigenous, Intriguing and Independent", turut diserapkan dalam menu-menu sarapan pagi pada hari kejadian tu juga.

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel

Eh, sumpah sedap Laksa Johor, Hand Wrap Free-Range Egg Paratha, "Create Your Own" Croissant yang ciksun makan waktu breakfast tu. Paling rare la Egg Paratha tu, tak pernah-pernah ciksun makan wrap dari Roti Telur. Tak sangka, sedap pulak and wrap tu lembut la sebab guna adunan Roti Telur gitu. Selain tu, ada jugak Teh Tarik dan Kopi Tarik Kluang, serta Coffex Coffee untuk melengkapkan sarapan pagi kitorang.

Lepas sarapan, kitorang naik bas untuk ke destinasi utama GDOD kali ni, iaitu Yayasan Warisan Johor di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Tak jauh dari JDT Training Centre, Padang Seri Gelam tu. Nak tahu tak apa yang kitorang buat dekat sini? Nah ciksun share beberapa keping gambar dengan sedikit caption untuk korang tengok ekkk!

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel
Rumah Limas - perkongsian tentang rumah tradisional Johor dan makanan tradisional negeri Johor. Baru tahu Nasi Ambeng tu word "beng" tu membawa maksud "bengkak" - menggambarkan bungkusan nasi yang membengkak sebab semua lauk pauk disumbat sekaligus dalam bungkusan untuk dibawa balik ke rumah.

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel
Rumah Limas - mencuba pakaian tradisional orang Johor.

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel
Rumah Tenun - perkongsian tentang songket tenun asli Johor, bermula dari awal pemilihan benang sampai lah jadi sehelai kain songket berkualiti tinggi.

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel
Galeri Seni - ada pameran tulisan khat dekat sini, boleh uji memori tulisan jawi korang.

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel
Galeri Seni - belajar buat tie-dye sendiri, guna kitchen towel

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel
Rumah Zapin - ramai-ramai belajar menari zapin, tarian tradisional negeri Johor

Bagi ciksun, ni la pengalaman paling best yang ciksun dapat setakat ni bersama Renaissance Johor Bahru Hotel. Aktiviti memang pack gilerr dan bukan jenjalan semata. Sebagai rakyat Malaysia yang bukan berasal dari negeri Johor, sangat banyak info tentang Johor yang boleh ciksun dapat dekat Yayasan Warisan Johor ni ha. Dari makanan tradisional, pakaian tradisional, permainan tradisional sampai la ke tarian tradisional negeri Johor ada dikongsikan dekat sini. So, kalau korang yang bukan berasal dari negeri Johor nak belajar tentang Johor, boleh lah datang ke sini tau. Tapi make sure korang call dulu diorang untuk bagitahu kedatangan korang, lagi-lagi kalau korang datang beramai-ramai macam kitorang ni haaa. Rujuk lebih lanjut tentang Yayasan Warisan Johor dekat Facebook rasmi diorang ya!

Kitorang makan tengahari kat sini sebelum bergerak ke Laman Mahkota depan Istana Bukit Serene untuk ambik gambar.

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel

Then dah setel group photo, gerak balik hotel untuk slot Evening at Renaissance. Bas berhenti depan main entrance hotel. Turun aje dari bas and masuk ke lobi, terus nampak team Drum Up JB dah standby menyambut ketibaan kitorang. Teruja betul tengok persembahan drum diorang, sampai bergegor-gegor jantung ciksun dibuatnya. Haha!

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel

Team Drum Up JB ni ada buat persembahan dekat Permaisuri Zarith Sofiah Opera House, tak jauh daripada R&F Mall, Tanjung Puteri, Johor Bahru tu. Setiap bulan akan ada dua kali persembahan, yang paling latest selepas ni adalah bulan depan, 17 Jun 2023, pukul 2 petang dan pukul 8 malam. Untuk maklumat lanjut tentang persembahan diorang dan kat mana nak beli tiket, boleh rujuk Facebook rasmi Drum Up JB ya!

Haaa, now masanya untuk Evening at Renaissance! Dalam slot ni, kitorang didedahkan dengan aktiviti sebelah petang dan malam yang korang boleh buat dekat Renaissance Johor Bahru Hotel ni. Petang-petang biasa lah ada Hi-Tea kan, jadi kitorang dijamu dengan minuman petang dan light snacks yang menggambarkan menu Hi-Tea. Ada jugak mocktail dari campuran air kelapa dan jus lemon yang diberi nama Coco Lemo. Air kelapa kann, confirm lah menyegarkan dengan bau citrus dari jus lemon tu. Sedap!

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel

Sempat jugak kitorang celebrate birthday dua orang rakan media yang tarikh lahirnya adalah padah hari GDOD tu dan hari esoknya. Tapi kek tu entah ek, tak sempat pulak ciksun rasa, mungkin diorang potong masa kitorang da gerak naik ke bilik untuk solat Zohor. Kalau korang nak tengok gambar-gambar yang lain, boleh belek dekat FB page Blog Sunah Sakura tau! Banyak gila gambar, tak dapat nak masukkan semua. Limit dia 80 keping ajeee kalo tak buat album. Haha!

Global Day of Discovery 18 May 2023 @ Renaissance Johor Bahru Hotel

Overall ciksun enjoy sangat aktiviti hari GDOD bersama Renaissance Johor Bahru Hotel ni! Dalam kita happy-happy, tetap ada banyak ilmu yang diperolehi. Haa, gituhhh! Moga ada rezeki untuk join lagi aktiviti macam ni pada masa akan datang! Semoga terus sukses buat Renaissance Johor Bahru Hotel!

Post a Comment

0 Comments