Ticker

6/recent/ticker-posts

Trak Imersif 360° MILO® Goodness

‘Bagaimanakah MILO® dihasilkan?’ - MILO® Jawab Soalan Cepumas dengan Trak Imersif 360° MILO® Goodness yang Pertama Di Dunia | MILO®, telah melancarkan Trak Imersif 360° MILO® Goodness yang pertama di dunia, bertujuan untuk mendidik rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat mengenai kebaikan bahan-bahan semula jadi yang terdapat di dalam setiap cawan harian MILO® kita. 

Dengan campuran unik malt barli, susu, koko, serta kombinasi 6 vitamin dan 3 mineral, MILO® telah menjadi minuman malt coklat kesayangan negara. Trak MILO® Goodness akan mendedahkan rahsia di sebalik minuman ikonik tersebut dan mempamerkan kebaikan nutrisinya. 

Trak Imersif 360° MILO® Goodness

Trak Imersif 360° MILO® Goodness

Pengunjung berpeluang mempelajari tentang resipi asal MILO® dan merasakan teknik penyediaan yang menyumbang kepada rasa malt coklat yang tersendiri. Trak MILO® Goodness ini adalah lain dari yang lain kerana ia memberikan pengalaman 360° sepenuhnya. Penggunaan unjuran digital, cahaya atmosfera, dan efek bunyi-bunyian merenjat setiap deria yang ada lantas membawa pengunjung ke dalam dunia MILO®. Pengunjung dapat mengejutkan setiap deria dengan mengalami bauan aromatik, sentuhan, dan rupa MILO® secara langsung.

Trak Imersif 360° MILO® Goodness

Trak Imersif 360° MILO® Goodness

Berucap ketika pelancaran Trak MILO® Goodness hari ini, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, "Sebagai sebuah jenama yang amat dihargai oleh rakyat Malaysia sejak 70 tahun dahulu, saya begitu teruja untuk membawa misi ini ke jalanan melalui jelajah Trak MILO® Goodness yang akan menjawab soalan paling utama - Bagaimanakah MILO® dihasilkan? Melalui inisiatif ikonik ini, kami membawa khasiat, kegembiraan, dan tenaga kepada setiap komuniti dengan seteguk MILO® pada satu masa.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web MILO® Malaysia di www.milo.com.my.

Post a Comment

1 Comments

  1. Ada orang kata kalau buat Milo sendiri tak pernah dapat rasa sama macam Milo dari Lori Milo.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com