Ticker

6/recent/ticker-posts

WW: Kuih Pandan Thai @ Kaswi Pandan Leleh

Kuih Pandan Thai @ Kaswi Pandan Leleh

Jumpa Kuih Pandan Thai atau dikenali sebagai Kaswi Pandan Leleh di Resto Rumah Mas, Johor Bahru.
Sedap juga, rasa santan berkrim tu kena dengan rasa pandan kuih ni.
Ternampak ada yang kongsikan resepinya di Tiktok.

Ciksun share kat sini jugak lah, kot ada yang teringin nak buat!

Resepi Kuih Pandan Thai @ Kaswi Pandan Leleh

Bahan-bahannya:
500g air pandan (6 helai daun pandan kisar dengan air)
130g santan
180g gula palm Thai
20g gula pasir
100g tepung beras
50g tepung arrowroot
20g tepung ubi
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan air kapur

Bahan Krim Santan:
250g santan kotak + 100g air
1 sudu makan tepung beras
1 sudu teh garam

Bijan dibakar (tak letak pun takpe)

Cara-cara membuatnya:
- Masukkan air pandan, santan, gula palm Thai, dan gula pasir ke dalam periuk. Tanpa nyalakan api, gaul semua bahan ni hingga gula larut.
- Bila gula dah larut, masukkan tepung beras, gaul hingga tepung larut.
- Masukkan tepung arrowroot, tepung ubi, garam dan air kapur (ambil air yang jernih sahaja) dan gaul lagi hingga semua larut.
- Nyalakan api, kacau larutan hingga jadi pekat likat, bila kita gaul tu adunan nya ikut sekali tetapi masih lembut. Tutup api. Bagi suam-suam sekejap.
- Masukkan dalam piping bag dengan star nozzle.
- Paipkan membentuk spiral 1 pusingan atas daun pisang.
- Kalau ada acuan spiral pun boleh terus guna acuan aje.
- Bila dah siap dibentuk, sejukkan sebentar di dalam peti ais (bahagian chiller) sehingga kuih boleh ditanggalkan dari daun pisang (tak melekat).

Cara-cara membuat krim santan leleh:
- Sementara tunggu kuih mengeras, sediakan krim santan leleh.
- Masukkan santan dan tepung beras ke dalam periuk, kacau hingga tepung tak berketul.
- Bila tepung dah bergaul rata, nyalakan api.
- Masukkan garam, kacau hingga santan masak/mendidih.
- Ketepikan sebentar sehingga krim menyejuk (akan jadi pekat).

- Keluarkan kuih pandan yang dah mengeras, tuangkan krim santan leleh ke atas kuih menggunakan sudu. Tabur bijan bakar jika suka.

Banyak kerja ek?
Kalo korang tak rajin nak buat, boleh beli aje dari Anna Talam Skudai ni.

Kuih Pandan Thai @ Kaswi Pandan Leleh

Senanggg kerja! Tinggal bayar dan makan je! 😂

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com