I-Ho Tae Woo Beach dan Dodu Dong Rainbow Coastal Road, Jeju Island

I-Ho Tae Woo Beach dan Dodu Dong Rainbow Coastal Road, Jeju Island

I-Ho Tae Woo Beach dan Dodu Dong Rainbow Coastal Road, Jeju Island | Petang tu cuaca tak berapa nak cerah sangat, mendung-mendung aje sebab baru lepas hujan. Sebab dah lebih pukul 4 petang, kitorang terus cari pantai aje. Port pertama, ke I-ho Tae Woo Beach, dalam 20 minit dari hotel kitorang.

I-Ho Tae Woo Beach dan Dodu Dong Rainbow Coastal Road, Jeju Island

I-Ho Tae Woo Beach dan Dodu Dong Rainbow Coastal Road, Jeju Island

Pantai ni tarikan dia adalah dua binaan rumah api berbentuk kuda yang berwarna merah dan putih tu. Kitorang amek gambar dari jauh aje. Sebab niat nak pergi tempat lain pulak lepas tu. Kalo nak ke rumah api tu memang jauh gila la nak menapak. Nanti tak sempat nak pergi tempat lain. Ikutkan cantik kalo tengok sunset kat sini tapi sebab cuaca petang tu baru lepas hujan, memang tak nampak la sunset nya.

Next kitorang pergi Dodu Dong Rainbow Coastal Road, dari I-ho Tae Woo Beach tu dalam tak sampai 10 minit pun. Berhenti aje tepi-tepi jalan yang ada petak parking. Dari parking pun dah nampak dah batu-batu tepi jalan yang berwarna pelangi. Then menapak sikit untuk ambik gambar.

I-Ho Tae Woo Beach dan Dodu Dong Rainbow Coastal Road, Jeju Island

I-Ho Tae Woo Beach dan Dodu Dong Rainbow Coastal Road, Jeju Island

Cantik kan diorang hias tempat tarikan pelancong macam ni. Diorang ni kalo boleh semua tempat menarik diorang hias sampai jadi instaworthy. Maka pelancong datang jauh-jauh pun tak rasa rugi kalo jejak Jeju Island, ye tak? Tempatnya pun bersih aje tak banyak sampah. Alhamdulillah.

Dari sini, kitorang pergi dinner dekat restoran seafood tak jauh dari hotel, boss ciksun belanja semua. Restoran tu menghidangkan menu Sliced Raw Seafood sebagai tarikan utama. Jadinya kami pun merasa la makan ikan mackerel mentah kat sini. Aduh, ciksun tak boleh telan sangat, rasa hanyir mulot. Sampai ke esok paginya rasa hanyir. Hahaha!

I-Ho Tae Woo Beach dan Dodu Dong Rainbow Coastal Road, Jeju Island

I-Ho Tae Woo Beach dan Dodu Dong Rainbow Coastal Road, Jeju Island

I-Ho Tae Woo Beach dan Dodu Dong Rainbow Coastal Road, Jeju Island

Tapi Sup Seaweed dengan Sea Urchin dia sedap! Ciksun suka! Makan tu dengan nasi dia, memang puas hati! Sea Urchin tu rasa dia macam smoky-smoky gitu. Antara banchan yang dihidangkan, ada Raw Marinated Crab juga, tapi ciksun tak try lah. Prof ciksun yang cuba, sedap katanya. 

Lepas makan, kitorang gerak balik ke hotel. Rehat untuk hari pertama, esoknya ciksun kene present masa conference. Tapi paginya kitorang dah ada plan yang ciksun pun kene join sekali 😂

Nanti ciksun share dekat entri lain!


P/S: Malam ni ciksun masak stew sosej dengan tempe bersama segala sayur-sayuran. Tak jumpa lagi gochujang yang diyakini halal, ciksun bantai je la letak serbuk cili, kiub daging, sos cili dengan sos tiram sikit. Siap letak akar daun ketumbar, Allahu sedap weyy! Hahaha!

Post a Comment

4 Comments

  1. Waaa ada tempe ke hehehehe..
    Kotak Pelangi tu pernah di katakan tempat LGBT buat pertemuan, tapi tu dulu, sekarang entah ... susah jadi pelangi kann huhuyuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee adee...kat halal food shop sasang-gu tu...haha...

      ooo ye ke weh, sian pelangi..haha

      Delete
  2. pantei yg mcm dlm ceta king the land sine oo? ada ka pegi tmpt yg org salu berlakon drama? hehehe

    ReplyDelete
  3. subhanallah..cantikkk.. bestnya.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com