Pengalaman Pahit Manis di Busan Immigration Office

Pengalaman Pahit Manis di Busan Immigration Office

Pengalaman Pahit Manis di Busan Immigration Office | Betul la foreigners lain cakap kat VTT, balik dari sini kompem nangis. Bukan nangis sebab application kene reject ke ape. Tapi nangis sebab takde rezeki dapat staff yang sopan dan membantu.

Pengalaman Pahit Manis di Busan Immigration Office

Kali pertama pergi, alhamdulillah ciksun dapat berurusan dengan staff yang boleh berbahasa Inggeris dan sopan aje bantu ciksun apply Residence Card. Tak boleh tak puji, sistem angka giliran dia sangat sistematik dan proses berjalan sangat lancar. Appointment time set sesiap masa buat online reservation, terus dapat angka giliran time tu jugak. Bila sampai sebelum masa appointment, nampak angka giliran kita da hampir tiba dekat skrin. Smooth je.

Kali kedua ciksun pergi sebab nak submit PhD certificate. Masa apply E-3 visa dulu, diorang yang bagi syarat supaya ciksun hantar PhD certificate within 6 months kepada pihak immigration. Sehari sebelumnya, ciksun call immigration office, dia cakap datang je hantar kat kaunter. Tak perlu buat online reservation.

Pengalaman Pahit Manis di Busan Immigration Office

So ciksun pergi hari esoknya, malangnya diorang tak faham ciksun nak hantar apa. Dari satu kaunter pindah ke kaunter lain, balik semula ke kaunter first. Takdir hari tu dapat staff yang tak tahu berbahasa Inggeris, dia membebel dalam bahasa Korea bila nampak ciksun pegang Visa Grant Notice. Speechless tak tahu nak cakap apa. Nak tumpah air mata kat situ jugak, tapi cuba tahan. Call immigration office nak minta tolong diorang explain, 3 kali cuba tak dapat-dapat masuk line.

Last-last ciksun pergi kaunter first yang boleh speaking, masa tu ciksun ulang sekali lagi yang ciksun datang hanya untuk submit sijil seperti diminta. Kali ni dia pergi tanya pendapat staff lain, dan akhirnya dia cakap tak perlu pun sijil tu sebab diorang da setel dengan Residence Card application ciksun. Lorrr. Macam tu pulak.

Tapi ciksun dapat rasa yang diorang still tak faham kenapa ciksun datang hantar PhD certificate tu. Supposedly orang yang berurusan dengan pihak imigresen dulu yang kena setelkan hal ni sebab diorang yang tahu kisah ni. Tapi pihak yang berurusan tu bagitahu boss ciksun, ciksun kena pergi sendiri hantar sijil tu. So, ni lah hasilnya. Jadi, kalo jadi apa-apa nanti, ciksun tak tahu lah.

Diorang sendiri yang cakap tak payah kan?

Kalau diorang ni ada customer service by email kan bagus. Malangnya dekat laman web rasmi memang takde email untuk kita berurusan dengan customer service. Tak macam dekat Malaysia. Bersyukurlah Malaysia sangat menitik-beratkan hal customer service.

Pengalaman Pahit Manis di Busan Immigration Office

Ok la. Pengalaman pahit manis, dedua da rasa kat sini. Residence Card ciksun pulak dah sampai ke rumah dua minggu lepas ciksun apply tu. Alhamdulillah ala kulli hal.

Post a Comment

2 Comments

  1. semoga dipermudahkan urusan seterusnya cikSun

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah, selesai semuanya.. kalau aku kann.. dah jerit kot hahahahah pastu semua tengok aku, dan larii ... ingat jadi Zimbie hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com