Korean Strawberries

Korean Strawberries

Korean Strawberries | Kalo dulu kat Malaysia, selalu pakai untuk hias atas brownies. Rasanya yang manis dan saiz yang sekata buat brownies jadi sedap dan cantik. Kat Korea ni, awal musim sejuk, diorang dah start jual. Tapi harganya mak ai, mahal bebenor, ada yang sampai 20,000KRW sebekas.

Macam dalam gambar kat bawah ni, ciksun beli dekat kedai buah depan BIFF Square. Masa ni 15,000KRW kot. Teringin dan teruja jumpa strawberry Korea punya pasal, memang ciksun beli terus. Bila dah sampai rumah buat kira-kira. Mak ai, mahalnya aku beli strawberry ni. Hahaha!

Korean Strawberries

Alhamdulillah, mujur juga saiz bekasnya besar. Dua lapis strawberry tu. Puas hati makan seminggu. Takyah simpan dalam peti ais sebab suhu bilik dah ok sangat untuk strawberry.

Bila da hujung-hujung musim sejuk ni baru lah harga turun. Sampai ke 5,000KRW pun ada wei. Tapi ciksun tak jumpa lagi lah kat area rumah rega macam tu. Kena cari kat market rasanya baru jumpa. And kalo compare rega dengan kat Malaysia, rega yang paling murah tu sama je dengan rega biasa Korean Strawberries kat supermarket kat Malaysia.

Tak macam masa ciksun gi Jepun, rega stroberi dia murahhhh sangat!

Semua benda nak mahal kat Korea ni lah. Hmhhh!


P/S: Nak post as Wordless Wednesday kedua hari Rabu lepas, tapi tak jadi lah. Panjang pulak bebel dia.

Post a Comment

3 Comments

  1. saiz sama je comel, biasa nampak orang share stawberi korea saiz besar gabak2.

    ReplyDelete
  2. sedap pulak makan stoberi...KOrea mahal2 kan...seram pulak..skang nie banyak baca nk masuk korea pun dah strict utk rakyat Malaysia...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com