Naik Sky Capsule Haeundae Blueline Park dan Dinner di Jagalchi Market

Naik Sky Capsule Haeundae Blueline Park dan Dinner di Jagalchi Market

Naik Sky Capsule Haeundae Blueline Park dan Dinner di Jagalchi Market | Hari tu, masa kak Retna datang Korea, diorang ke Busan sehari. Awal-awal sebelum ke Korea lagi kak Ret da bagitau dia akan datang ke Busan, then mintak riki tentang Haeundae Blueline Park punya Sky Capsule and Beach Train. Ciksun siap booking untuk 4 orang, tiket Beach Train dan tiket Sky Capsule tu. Tapi masa agak mencemburui kami, tiket Beach Train terpaksa refund. Mujur dapat 50% refund sebelum waktu naik train. Kalau kita cancel naik dan nak refund after waktu tiket yang sepatutnya, dah tak boleh.

Kitorang jumpa dekat Jangsan subway station. Dari situ, kena naik bas ke Cheongsapo. Yang ni pun kelakar. Ciksun terrrr-ajak diorang turun satu bustop awal sebelum yang sepatutnya. So, kena menapak turun bukit sikit nak ke station. Alhamdulillah, mujur lah pemandangan lawa nampak station dari jauh dan ada Sky Capsule tengah on going kat rail dia. Haha!

Naik Sky Capsule Haeundae Blueline Park dan Dinner di Jagalchi Market

Masa sampai station tu, dah nak masuk sesi kitorang untuk naik. Jadi tak sempat nak tunggu Beach Train ke ape untuk ambik video or gambar. Terus naik platform untuk berlepas. Da ramai juga yang menunggu turn untuk naik, mungkin sebab kitorang pergi hari Sabtu. Setiap sesi diberi masa 30 minit untuk boarding. Jadi korang boleh je masuk barisan selagi masih dalam sesi korang.

Naik Sky Capsule Haeundae Blueline Park dan Dinner di Jagalchi Market

Dah sampai giliran korang untuk naik, staff akan scan barcode dari mobile tiket yang korang dapat melalui SMS. Satu Sky Capsule tu maksimum 4 orang boleh masuk. Kalo korang pergi berlima, kena pecahkan jadi 2 + 3. Minimum pulak 2 orang. So kalau pergi seorang, kena la bayar tiket untuk 2 orang jugak. Harga tiket boleh baca balik dekat entri Cheongsapo ciksun. Saja la nak suruh pergi baca entri lain jugak. Hahaha!

Naik Sky Capsule Haeundae Blueline Park dan Dinner di Jagalchi Market

Naik Sky Capsule Haeundae Blueline Park dan Dinner di Jagalchi Market

Pemandangan dari Sky Capsule kalo naik dekat Cheongsapo menuju ke Mipo station, sebelah kiri laut, sebelah kanan hutan. Sky Capsule pulak akan beradi di rail sebelah kanan (sebelah hutan). So, korang akan nampak la rail besi sebelah kiri kalo tengah menghayati view laut. Perjalanan mengambil masa 30 minit. Slow ye, kalo first time nak rasa, boleh lah. But, ciksun bakal naik untuk kali ketiga dengan adik ciksun nanti. Haha! Bawak orang lain, memang rajin je ciksun naik. Wakakaka! Itu pun ciksun akan pilih waktu sunset je dari Cheongsapo ke Mipo sebab pemandangan dia subhanallah lawa! Nanti ciksun share dalam entri lain tau!

Naik Sky Capsule Haeundae Blueline Park dan Dinner di Jagalchi Market

Dari Mipo station, kitorang naik bas balik ke rumah ciksun untuk solat dulu. Dari rumah ciksun pulak, kitorang amek subway ke Jagalchi Market. Diorang nak late lunch makan seafood. Ciksun bawak pergi kedai unnie yang ciksun beli seafood dulu tu. Kitorang beli Assorted Clams, dua ekor Snow Crab saiz sedang, sekor ikan tak tau nama, then unnie tu bagi 8 ekor udang percuma sebab ciksun comeback customer. Dia ingat lagi ciksun, alhamdulillah rezeki.

Naik Sky Capsule Haeundae Blueline Park dan Dinner di Jagalchi Market

Naik Sky Capsule Haeundae Blueline Park dan Dinner di Jagalchi Market

Naik Sky Capsule Haeundae Blueline Park dan Dinner di Jagalchi Market

Naik Sky Capsule Haeundae Blueline Park dan Dinner di Jagalchi Market

Bawak naik atas ke restoran yang link dengan kedai unnie tu. Rega untuk upah masak kat atas tu termasuk nasi dan air, 70,000KRW. Kat bawah beli Clams, Ketam dan Ikan, total 170,000KRW. Ikannya separuh bakar, separuh buat shashimi, lupa amek gambar. Clams rebus biasa aje, ketam buat steamed. Alhamdulillah, sedap. Puas hati makan. Mekasih kak Ret dan kengkawan belanja lunch. Moga Allah murahkan rezeki korang sekeluarga untuk travel dan tengok tempat orang lagi, ameen ameen!

Naik Sky Capsule Haeundae Blueline Park dan Dinner di Jagalchi Market

Naik Sky Capsule Haeundae Blueline Park dan Dinner di Jagalchi Market

Lepas dinner, amek gambar dekat promenade belakang Jagalchi Market tu je. Cantik pemandangan sebelah malam, ada lampu dari cruise dan bangunan-bangunan dekat seberang. Terima kasih kak Ret dan kengkawan datang jumpa ciksun dekat Busan!

Post a Comment

2 Comments

  1. Cik Ako ada cerita dia dan kawan-kawan lawat Cik Sun di Busan.

    ReplyDelete
  2. cute ndar sky capsule ya and for the food, nampak nyaman je

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com