Pergi Pohang, Tengok Filming Spots Hometown Cha Cha Cha

Pergi Pohang, Tengok Filming Spots Hometown Cha Cha Cha

Pergi Pohang, Tengok Filming Spots Hometown Cha Cha Cha | Tiba-tiba rajin pulak nak update. Alahai, sian blog ciksun. Baru je renew domain dua hari lepas. Blog nya terabai pulak. Jadi, kita cuba la up lagi cerita Korea. Masih lagi di Busan, insya'Allah sampai hujung Februari. Sebulan lebih je lagi nak balik Malaysia.

Dari Yangdong Folk Village, Gyeongju hari tu, kitorang sempat juga ke Pohang. Kalau korang suka tengok KDrama Hometown Cha Cha Cha, korang mesti tahu tempat ni kat mana. Tempat pembikinan drama tu kat sini lah, masih dikekalkan lagi filming spots dia, tapi kitorang tak gi semua pun. Singgah mana yang sempat aje.

Pergi Pohang, Tengok Filming Spots Hometown Cha Cha Cha

Sebelum ke filming spots, singgah solat jamak sekejap di Masjid Arrahman Pohang. Masjid Indonesia, ada pekerja dan student Indonesia ramai lepak dalam tu. Siap masak-masak lagi, haha! Mungkin agak kurang selesa sikit, tapi boleh lah nak solat kan. Lepas solat, terus ke filming spots Hometown Cha Cha Cha.

Pergi Pohang, Tengok Filming Spots Hometown Cha Cha Cha

Pergi Pohang, Tengok Filming Spots Hometown Cha Cha Cha

Most of the places bertempat dekat sini je. Bora Supermarket, Cheongho's Hardware Store, Oh Yoon's Cafe, Squid Statue, semua ada sini. Tapi Cafe tu bukan lah yang sebenar dalam drama tu, hanya replika bahagian depan je. Bangunan sebenar pun digunakan belah depan je dalam drama, belah dalam dia kilang. Jadi kerajaan Pohang buat satu replika menyerupai depan bangunan tu dekat satu kawasan tumpuan yang sama untuk para peminat datang bergambar tanpa mengganggu operasi kilang bangunan asal.

Pergi Pohang, Tengok Filming Spots Hometown Cha Cha Cha

Pergi Pohang, Tengok Filming Spots Hometown Cha Cha Cha

Pergi Pohang, Tengok Filming Spots Hometown Cha Cha Cha

Pergi Pohang, Tengok Filming Spots Hometown Cha Cha Cha

Pergi Pohang, Tengok Filming Spots Hometown Cha Cha Cha
Thank You, Eyqa ajak akak!

Tempat penggambaran lain kitorang tak pergi sebab jauh juga dari sini. Hye Jin's Dental Clinic, Red Lighthouse, Ship on the Hill, rumah Hong Bang Jang, rumah nenek Gam-ri, rumah Dr. Yoon, semua ni kitorang tak pergi. So, lepas lepak-lepak alas perut dan ambil gambar kat sini, kitorang terus gerak balik semula ke Gyeongju. Rasanya kalo nak explore lebih lagi, kena amek masa 2 - 3 hari kat sini baru boleh cover semua. Termasuk dia punya skywalk yang cantik tu.

Takde rezeki ciksun nak explore semua, tak tahu la bila nak datang lagi.

Post a Comment

4 Comments

  1. wah best... mun da masa ke jeju pegi tmpt sidak berlakon ceta welcome to sam-dal-ri gik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamek dah ke jeju masa mula2 sampei Korea..hahaha..time ya belum air gik samdal-ri..

      Delete
  2. bagus korea ni, bila dah jadi tempat filming spot terus upgrade jadi tempat pelancongan..

    ReplyDelete
  3. Wahh! Kampung Song Ji Hyo ni. Kemas tersusun je tengok.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com