Ticker

6/recent/ticker-posts

Pergi Jagalchi Market Beli Seafood

Pergi Jagalchi Market Beli Seafood | Bosan betul hari ni, baring tengok Netflix kejap, lepas tu tepu kepala otak. Bangun buat kopi sambil jenguk cuaca luar tingkap dapur. Mendung aje dan hujan renyai-renyai. Memang diramalkan hujan hari ni sekejap-sekejap. Harapnya tak sampai ke malam lah. Nak pergi Haeundae malam karang kejap kalo takde apa-ape halangan, insya'Allah.

Tapi kalo hujan jugak, ada yang pergi Jagalchi Market pepagi esok ni kang. Jagalchi Market ni antara tempat tarikan pelancong kalo datang ke Busan, Korea. Terkenal sebab banyak fresh seafood dijual dekat sini. Kalau nak ke sini, boleh ambik subway, turun dekat Nampo atau Jagalchi station. Naik bas pun senang, turun dekat Jagalchi Market. Hari tu ciksun ke sini naik subway sebab belum pandai naik bas lagi.

Pergi Jagalchi Market Beli Seafood

Pepagi tak ramai orang. Masa ni pulak baru lepas berita tentang Jepun release treated radioactive power plant wastewater ke laut tu. Jadi orang tak berani nak beli makanan laut sebab takut kesan nuklear. Walaupun dah ada fakta yang air buangan tu dah dirawat, still takut-takut lagi orang nak makan ikan. Kesian ahjumma ahjussi semua terkesan dengan berita tu sebab Busan ni sebelah Jepun aje. Tapi masa tu baru lagi beritanya, jadi ciksun take the risk dan beli aje seafood yang diorang jual.

Pergi Jagalchi Market Beli Seafood

Pergi Jagalchi Market Beli Seafood

Pergi Jagalchi Market Beli Seafood

Mostly diorang display yang hidup-hidup lagi. Tapi yang mana kita pilih, yang da tak hidup lah. Kecuali ikan ri tu, masih hidup lagi dia sauk dari akuarium untuk ciksun. Haha! Udang 7-8 ekor ₩10,000, ikan dua ekor saiz sederhana ₩10,000, ikan merah seekor ₩20,000. Ni semua senarai rega yang ciksun beli time tu. Dari dua kedai. Jumpa unnie yang baik tegur kita dan pandai cakap omputih, memang terus beli dari dia lah.

Dia siap tunjuk sotong kurita hidup, boleh buat shashimi or grill katanya kat tingkat atas. Ye, kat Jagalchi Market ni pelancong biasanya datang makan seafood kat tingkat atas. Beli seafood kat tingkat bawah sebelum bawak naik atas untuk dimasak ikut citarasa. Tapi ciksun cakap kat dia, ciksun nak bawak balik rumah. Memula dia tak faham gak, ahjussi kat kedai dia bawak ciksun hampir ke tingkat atas dah sebelum ciksun panggil dan tunjuk ayat dekat Papago. Baru dia faham dan turun balik, tolong bersihkan dan bungkus ikan tu untuk ciksun bawak balik rumah.

Insya'Allah next time nak datang lagi kalo teringin nak makan yang fresh tapi kebarangkalian besar tu tak kot. Sebabnya berapa minggu selepas tu, ciksun tengok kat GS Fresh Mart pun ada jual seafood gini tapi yang dah siap siang lah. Frozen punya, so takde la fresh hidup-hidup macam kat Jagalchi Market ni. Kalau nak datang next time pun, mungkin bawak kawan-kawan makan dekat tingkat atas tu, lagi berbaloi lah jejauh ke sini.

Pergi Jagalchi Market Beli Seafood

Pergi Jagalchi Market Beli Seafood

Kat bahagian luar, tak jauh dari yang dalam bangunan tu, ada jugak ahjussi ahjumma bukak payung jual seafood. Jalan sikit ke depan, maybe area ni sewa tapaknya tak semahal macam dalam bangunan tadi and takde yang masih hidup. Semua da meninggul. Ikan-ikan masin pun ada tapi ciksun tak beli apa-apa. Tengok aje lah.

Lepas beli seafood, ciksun tak terus balik rumah. Berjalan dulu ke Gukje Market tengok ape yang ada. Jumpa selimut nipis sesuai untuk summer, ciksun beli je terus. Mahal sikit reganya kalo beli kat kedai ni berbanding beli online. Tapi time ni ciksun tak reti lagi nak pakai online shopping platform diorang. Selimutnya pulak cantik-cantik semua. Rambang mata nak memilih.

Beli Selimut di Gukje Market

Oh, ciksun beli iron jugak kat salah satu kedai area Gukje Market ni. Gigih beli jejauh ek bawak balik ke Nam-gu. Dah tak boleh tahan dah tak iron tudung. Haha! Ciksun beli jugak sling bag saiz sederhana untuk senang bawak payung dan segala benda lain kalo nak gi jalan-jalan atau gi lab. Beg yang sedia ada kecik sangat dan tak muat nak letak apa-apa. Beg belakang lak terlalu besar dan cepat berpeluh belakang kalo pergi jalan-jalan hari panas. Jumpa la beg made in Korea kat satu kedai ahjussi.

Beli Beg di Gukje Market

Macam ni rupa beg tu, gambar ni masa dekat Huinnyeol Culture Village.

Nanti ciksun share cerita explore kampung budaya ni ya!

Post a Comment

3 Comments

  1. best nya..... semua nampak fresh2..

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Mun kmk pegi takut x keluar2 sbb rambang mata mok pilih ikan fresh2 tok.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kurita.. makan sup, gerak-gerak kainya, aku gigit terus kojol hahahahaha...
    Kemain ek topi dia hohohoh

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com