Ticker

6/recent/ticker-posts

Ahopsan Forest Yang Sangat Menenangkan, Wajib Pergi Kalau Ada Masa di Busan

Ahopsan Forest Yang Sangat Menenangkan, Wajib Pergi Kalau Ada Masa di Busan | Dua kali ciksun ke sini sepanjang berada di Busan. Pertama kali masa hujung autumn, pergi seorang diri. Kali kedua masa winter, dengan housemates dari Johor. Jauh juga perjalanannya nak ke Ahopsan Forest ni dari rumah. Ambil masa 1 jam setengah. Ade dua bas je berhenti kat sini, bas no. 73 dan 184. Kalau gerak dari rumah ciksun, kene amek bas no. 42, then tukar bas 184. Bas 184 ni interval dia setiap 35 minit. Sangat lama masa menunggu, bustop nya pulak dekat kawasan perindustrian yang jarang-jarang orang lalu. Bas je yang banyak lalu.

Ahopsan Forest Yang Sangat Menenangkan, Wajib Pergi Kalau Ada Masa di Busan

Ahopsan Forest Yang Sangat Menenangkan, Wajib Pergi Kalau Ada Masa di Busan

Ahopsan Forest Yang Sangat Menenangkan, Wajib Pergi Kalau Ada Masa di Busan

Ahopsan Forest Yang Sangat Menenangkan, Wajib Pergi Kalau Ada Masa di Busan

Ahopsan Forest ni adalah hutan pokok buluh di kaki gunung "sembilan puncak" yang terletak di Cheolma-myeon, Gijang-gun, Busan. Hutan ni dijaga secara turun-temurun oleh Moon clan selama hampir 400 tahun. Rumah tradisional pemilik hutan ni pun masih dikekalkan lagi dengan pokok Ginkgo berusia 100 tahun teguh berdiri di halaman rumah.

Ahopsan Forest Yang Sangat Menenangkan, Wajib Pergi Kalau Ada Masa di Busan

Ahopsan Forest Yang Sangat Menenangkan, Wajib Pergi Kalau Ada Masa di Busan

Ahopsan Forest Yang Sangat Menenangkan, Wajib Pergi Kalau Ada Masa di Busan

Ahopsan Forest Yang Sangat Menenangkan, Wajib Pergi Kalau Ada Masa di Busan

Hutan buluh kat sini jadi tempat penyelidikan dan juga tempat penggambaran filem serta drama. Penonton drakor The King: Eternal Monarch mesti kenal pintu gerbang tu. Rasa macam sesuatu sangat bila nampak pintu gerbang yang gah berdiri tu. Seolah-olah nak ke dimensi lain bersama Lee Min Ho. Kahhhh! Actually pintu gerbang tu diorang bina khas untuk penggambaran drakor The King, then dikekalkan aje binaannya selepas habis penggambaran sebagai tarikan pelancong.

Ahopsan Forest Yang Sangat Menenangkan, Wajib Pergi Kalau Ada Masa di Busan

Ahopsan Forest Yang Sangat Menenangkan, Wajib Pergi Kalau Ada Masa di Busan

Ahopsan Forest Yang Sangat Menenangkan, Wajib Pergi Kalau Ada Masa di Busan

Ahopsan Forest Yang Sangat Menenangkan, Wajib Pergi Kalau Ada Masa di Busan

Cuaca 10°C tak menghalang pelancong datang sini, ciksun sendiri kesejukan. Ahopsan Forest ni besar juga dan bukan lah semata-mata hutan buluh dengan pintu gerbang aje. Ada pelbagai tarikan lain juga kat sini, termasuklah pokok pain merah yang unik, pokok turtle-patterned bamboo, rumah traditional Korea dan kuburan kaum kerabat pemilik asal Ahopsan Forest ni. Suka suasananya yang tenang dan udara yang segar. Boleh jadi lokasi untuk trekking sebab ada kawasan mendaki yang landai santai-santai aje.

Harga tiket masuk dewasa 8,000KRW. Buka pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Kalau korang ke Busan dan ada masa senggang, jangan lupa ke sini!

[Naver Map]
Ahopsan Mountain Forest
부산 기장군 철마면

Post a Comment

0 Comments