Ticker

6/recent/ticker-posts

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan | Nohh, da masuk musim bunga, baru masuk cerita autumn. Wakakakakaka! Maaf lerr, baru ada mood nak menghapdet blog dengan lebih konsisten. Asal usul ciksun ke Hwamyeong Arboretum ni pertengahan bulan November tahun lepas, sebab tak nampak langsung aura musim luruh di sekitar kampus. Lambat betul dedaun nak jadi merah or kuning.

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Gigih sungguh time tu dengan suhu 3°C, arboretum ni pulak terletak di pinggir gunung Geumjeong (Geumjeong-san). Memang sejuk sangat-sangat, tak pakai glove pulak tu. Beku tangan nak pegang fon amek gambar and video. Haha. Nak ke arboretum ni, ciksun amek subway dulu dari rumah ke Deokcheon station. Turun sini, amek bas Geumjeong-gu 1 ke arboretum.

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Time ni kelakar, ciksun patuh dengan Naver map, turun dekat Yeonsuam bustop, satu bustop ke depan dari entrance. Nohh, jauh menapak ke arboretum masuk hutan lalu West Gate, padahal ada je bustop betul-betul depan entrance. Hahaha! So, kalo korang nak ke sini, boleh turun je dekat Hwamyeong Arboretum bustop. Tapi ciksun tak regret pun turun dan berjalan 15 minit dalam hutan tu sebab rasa tenang aje, view pun not bad.

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Bila dah sampai destinasi yang dituju, terus lah mulakan operasi menjejak pokok maple. MasyaAllah memang terpesona tengok keindahan musim luruh. Cantik daun-daun kat pokok dengan rona kuning, oren, coklat dan merah. Angin pun kencang juga kat lereng gunung ni, tiap kali bertiup, daun-daun yang gugur pun ikut sama terbang. Yang atas pokok pun keguguran sekali.

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Apa lagi, kutip lah kan yang gugur tu. Ahihihi. Tapi yang gugur mostly kecik-kecik aje daunnya. Yang besar-besar akan mengering atas pokok, baru jatuh. Maybe sebab tangkai daun yang besar ni lagi kuat, so susah nak gugur. Ada banyak jenis pokok maple kat sini, pelbagai bentuk dan warna bila luruh. Lama juga ciksun spend masa kat satu-satu area bawah pokok, sampai puas hati amek gambar dan video.

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Bukan pokok maple je yang berwarna-warni, ada pokok-pokok lain juga yang ciksun tak tahu namanya. Pokok yang sama, ada tiga rona kaler. Lawa sungguh, subhanallah! Pink muhly pun ada tapi sejemput-sejemput je diorang tanam depan green house. Ciksun masuk jugak greenhouse dia, panas yee macam Malaysia! Hahaha! Tersenyum-senyum sendiri tengok pokok keladi, pokok limau bali, dan segala pokok bunga yang selalu nampak kat Malaysia.

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Selain tu, ada mini zoo juga kat atas ni, diorang bela kambing gunung, arnab, angsa dan lain-lain. Terubat rindu ciksun pada bau kambing hidup dekat kandang Kambing Yang Aneh Gombak. Hahaha! Oh, ada observation platform jugak kalau korang nak tengok pemandangan dari atas gunung.

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Bila dah puas explore, ciksun ambik bas kat depan entrance tu je.

Alhamdulillah puas hati bole tengok maple tree kaler autumn depan mata, masya Allah cantik sangat-sangat ciptaanNya.

Hunting Red Maple Leafs di Hwamyeong Arboretum, Buk-gu, Busan

Nanti musim bunga da mekar, mesti lawa jugak kat sini ๐Ÿ’œ

Post a Comment

0 Comments