Ticker

6/recent/ticker-posts

Kembali Bersiaran Dari Malaysia Tanah Tumpah Airku

Kembali Bersiaran Dari Malaysia Tanah Tumpah Airku | Alhamdulillah, ciksun dah pun selamat pulang ke tanah air tak sampai seminggu yang lepas. Tanggal 4 Mac 2024, berakhirlah perjalanan kerjaya ciksun di bumi kimchi. Balik untuk mencari rezeki di bumi sambal pulak. Hahaha!

Sebelum balik Malaysia, gigih jugak ciksun mengemas rumah tempat duduk selama 6 bulan 11 hari. Kena clearkan semuanya. Barang-barang rumah banyak yang ciksun bagi pada kawan dan kawan kepada kawan. Baju-baju, bantal, selimut, barang dapur mostly terpaksa letak dekat tong kitar semula luar rumah. Nanti ada la tu makcik cleaner yang akan ambil. Moga ada manfaat untuk orang lain.

Kembali Bersiaran Dari Malaysia Tanah Tumpah Airku

Hari terakhir kat sana, kawan lab ciksun, Yadanar tolong hantar ciksun ke airport. Naik kereta abang ipar dia. Perjalanan ke airport dalam setengah jam pada pagi Isnin, berebut dengan orang nak pergi kerja. Dia dapat drop ciksun aje, tak dapat tunggu sampai ciksun masuk boarding hall sebab ada appointment dengan pensyarah universiti. Ciksun okay je, asalkan da selamat sampai airport. Ada troli, boleh guna untuk tolak beg dalam 50kg. 40kg ciksun checked in masuk kargo, selebihnya bawak naik kabin.

Kembali Bersiaran Dari Malaysia Tanah Tumpah Airku

Kembali Bersiaran Dari Malaysia Tanah Tumpah Airku

Kembali Bersiaran Dari Malaysia Tanah Tumpah Airku

Kembali Bersiaran Dari Malaysia Tanah Tumpah Airku

Sempat juga beli kopi 3 in 1 jenama Ediya Coffee dekat airport, perisa Toffee Nut Latte. Ciksun da rasa da masa kat JB ni. Allahu, memang sama dengan rasa masa minum kat sana 😣 Nanti kalo ada kengkawan ke Busan, nak kirim lah. Hahaha! Flight ciksun pukul 11 pagi, tapi dalam pukul 11.30 jugak baru kapal terbang berlepas. Sampai KL dalam pukul 4.45 petang. Suami ciksun ambik kat airport, terus hantar sampai Skudai.

Malam tu dalam pukul 10.30, ciksun sampai rumah kak Ajan. Ermm, ya, ciksun dah pindah ke rumah lain. Dah tak duduk rumah sewa lama dah. Now duduk rumah flat kat Taman Pulai Utama, dah tak boleh nak bercucuk tanam. Pokok-pokok ciksun hampir semua bagi kat orang dengan rak besi sekali. Tinggal dalam 3 pokok aje dengan ciksun sekarang. Letak kat beranda dapur.

Sekarang masih belum setel lagi kemas rumah baru milik kak Ajan ni. Banyak lagi nak kena buat, ciksun hanya menumpang aje, sampai dah dapat kerja dan pindah pulak nanti. Tapi dalam masa sekarang, ciksun belum bersedia lagi nak cari kerja bidang ciksun. Sebab ciksun tak berapa sihat sangat sekarang, ibu jari tangan kanan ciksun hilang upaya sementara sejak sebulan yang lepas. Kena fokus untuk recover dulu fungsi tangan ni sebelum dapat bekerja. Nak menulis pun tak boleh, apatah lagi nak sign apa-apa. Sobsss.

Nanti ciksun cerita dalam entri lain apa yang berlaku ya!

Banyak ni stories tertangguh. Dengan tangan macam ni, gigih jugak nak menghapdet. Haha!

Doakan tangan ciksun cepat sembuh!


P/S: Insya'Allah nanti ciksun tetap akan kongsikan pengalaman ciksun kat sana sikit demi sedikit ya.

Post a Comment

3 Comments

  1. yeay CIkSun dah pulang, selamat kembali Cik Sun..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Dah selamat sampai Malaysia dan berjaya habiskan belajar di bumi Kimchi... Semoga cepat sembuh ya cikSun... Aamin2

    ReplyDelete
  3. Wehuuuu ... dah makan asam pedas belum? Hahahahha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com