Ticker

6/recent/ticker-posts

Naik Danubi Train Explore Taejongdae Resort Park, Busan

Naik Danubi Train Explore Taejongdae Resort Park, Busan | Alhamdulillah, masa kat Busan dulu, ciksun berkesempatan naik Danubi Train explore Taejongdae Resort Park, Jeonmang-ro, dekat Yeongdo-gu. Dari rumah ke Taejongdae Resort Park ni dalam sejam juga naik bas, agak jauh lokasinya di Pulau Yeongdo. Dah sampai sana pulak ada option sama ada nak trekking je atau naik Danubi Train. Kalo trekking, berpeluh jugak sebab taman ni besar betul.

Naik Danubi Train Explore Taejongdae Resort Park, Busan

Untuk naik Danubi Train, kena beli tiket dekat kaunter dia on the spot. Kaunter buka dari pukul 9 pagi sampai 7.30 malam. Tiket Danubi Train reganya 2,000KRW untuk ke satu checkpoint sahaja, 4,000KRW untuk pusing satu park ke semua checkpoint. Kalo beli yang satu checkpoint tu, korang kena balik jalan kaki. Kalo korang datang as tourist dan ada Visit Busan Pass, bole naik Danubi Train percuma. Dah beli tiket, kena tunggu turn untuk naik train dekat waiting area depan kaunter tu aje. Make sure naik nombor train yang betul. Macam ciksun hari tu, masa menunggu 20 minit gitu. Sambil tunggu giliran naik train, boleh minum kopi dulu ke. Hahaha!

Naik Danubi Train Explore Taejongdae Resort Park, Busan

Naik Danubi Train Explore Taejongdae Resort Park, Busan

Naik Danubi Train Explore Taejongdae Resort Park, Busan

Ade tiga checkpoint, Observatory, Lighthouse dan Taejongdae Temple. Takde ape sangat dekat checkpoint yang lain, paling menarik area Lighthouse dia je. Tak singgah ke temple sebab dah penat mendaki dekat lighthouse. First stop adalah Observatory. Ade kedai kopi kat sini, korang boleh minum kopi sambil menikmati sea view. Dari first stop, boleh menapak 200 meter ke Lighthouse checkpoint. Nak naik train pun boleh je tapi kene tunggu lah. So kita menapak je.

Naik Danubi Train Explore Taejongdae Resort Park, Busan

Naik Danubi Train Explore Taejongdae Resort Park, Busan

Naik Danubi Train Explore Taejongdae Resort Park, Busan

Naik Danubi Train Explore Taejongdae Resort Park, Busan

Naik Danubi Train Explore Taejongdae Resort Park, Busan

Naik Danubi Train Explore Taejongdae Resort Park, Busan

Angin kuat gila dekat Lighthouse tu, area bawah ade acik-acik jual fresh oysters and sea urchins. Gigih ciksun turun nak tengok, lepas tu mengah naik balik. Haha! Ramai jugak la locals yang datang sini semata-mata nak makan kat bawah tu kot. Gigih ye datang jejauh nak lepak piknik makan oysters. Dari checkpoint ni, ciksun tunggu train untuk ke checkpoint temple. Tapi da turun tu, tak sampai separuh jalan nak ke temple entrance, ciksun patah balik tunggu train balik ke entrance. Haha!

So, balik terus, gi amek bas ke rumah. Lama jugak nak tunggu bas dekat bustop Garage tak jauh dari Taejongdae Resort Park tu. Garage tu tempat bas-bas berhenti rehat. Jadi, ikut driver dia nak gerak kul berapa. Sabar la menanti sampai bas tu nak gerak.

Overall, ok lah sini. Tapi nak repeat tu tak lah, melainkan ada kawan-kawan nak pergi. Macam hari tu housemates ciksun request nak ke sini, ciksun masukkan je dalam itinerary.

Naik Danubi Train Explore Taejongdae Resort Park, Busan

Naik Danubi Train Explore Taejongdae Resort Park, Busan

Peminat kucing mesti suka sebab sini ada banyak gila strays gemuk-gemuk ❤️

Ok bye!


P/S: Petang ni korang berbuka apa?

Post a Comment

1 Comments

  1. Comelnya Danubi train ni. Seronoknya dapat lepak tengok keindahan permandangan laut di observation deck. Angin kuat gila eh. Kalau jenis suka layan angin laut tu mesti repeat. Comelnya strays cat. Gemuk dan bersih je tengok.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com