Ticker

6/recent/ticker-posts

Layan Sunset Terakhir Di Bumi Kimchi - Dadaepo Beach, Busan

Layan Sunset Terakhir Di Bumi Kimchi - Dadaepo Beach, Busan | Beberapa hari sebelum gerak balik Malaysia, weekend terakhir di bumi Kimchi, ciksun jejak juga kaki ke sini. Pantai Dadaepo ni agak jauh dari rumah ciksun, sejam 20 minit juga naik subway dan kena tukar line dekat Seomyeon station. Turun dekat Dadaepo Beach Station. Cuaca agak sejuk, masih kena pakai winter puff jacket tu. Menapak sikit dari stesyen, guna naver dan ikut arah tuju orang ramai, akhirnya nampak pantai Dadaepo depan mata.

Layan Sunset Terakhir Di Bumi Kimchi - Dadaepo Beach, Busan

Layan Sunset Terakhir Di Bumi Kimchi - Dadaepo Beach, Busan

Layan Sunset Terakhir Di Bumi Kimchi - Dadaepo Beach, Busan

Layan Sunset Terakhir Di Bumi Kimchi - Dadaepo Beach, Busan

Masya Allah, indah sungguh pemandangan! Sunset yang paling cantik pernah ciksun tengok selama dekat Busan! Alhamdulillah! Tapi nak amek gambar dan video dia, hebat sungguh cabaran yang ciksun kena lalui. Hahaha! Sebabnya, tepi pantai laut lepas macam tu, angin laut sangat-sangat kuat. Bayangkan lah dengan suhu terlalu sejuk tambah dengan angin, bila kena tangan yang terdedah pegang handphone, bukan takat rasa nak beku. Dah rasa nak terbakar tangan ciksun masa tu. Dalam 5 minit jugak ciksun panik, jauhkan diri dari pantai, cari tempat berumput panjang sebab dah tak tahan. Lega lepas 5 minit tangan rasa okay balik. Allahu. Heran sungguh ciksun dengan yang duduk tengah laut tu, macam mana haaa diorang boleh tahan? ๐Ÿ˜ฉ

Layan Sunset Terakhir Di Bumi Kimchi - Dadaepo Beach, Busan

Layan Sunset Terakhir Di Bumi Kimchi - Dadaepo Beach, Busan

Lepas puas tengok sunset, ciksun pergi minum kopi dulu dekat Ediya Coffee seberang jalan. Toffee Nut Latte terakhir sebelum balik Malaysia. Sobsss. Time berkelana gini, boleh aje kan pergi mana-mana sorang-sorang. Lepak minum kopi sorang-sorang. Makan pun sorang-sorang je. Heaven betul rasa.

Kenapa kat Malaysia jadi tak berapa nak boleh? 

Mengada aje lah ๐Ÿ˜‚

Tapi mungkin juga sebab environment dan keadaan memaksa untuk jadi independent. Dah jauh dari semua, memang la kena buat sendiri semuanya. Jumpa aje orang Malaysia or Indonesia kat sini, tapi takde yang jadi kawan sampai boleh keluar explore Busan sesama. Labmate pulak hampir semua duduk jejauh. Labmate jiran sebelah bilik ciksun ada je ajak berjalan. Tapi sebab takut tak selesa dan tak kena cara kita berjalan, tu jadi hujung-hujung dia nak balik Colombia baru ciksun ajak keluar.

Kesian dia, 3 bulan duduk Busan, tak explore pun tourists spots kecuali yang dekat-dekat dengan PKNU aje. Tapi dia datang pun time cuaca sejuk sangat, jadi susah nak keluar. Bila weekend je, suhu drop, dia pulak da berusia. Risau ciksun nak bawak keluar dalam suhu macam tu. And the the only one time ciksun bawak dia gi Gamcheon Culture Village tu, dia ok je sebenarnya. We had fun just strolling around. Sampai habis duit dia beli ole-ole aje.

Ciksun tak bersalah! ๐Ÿ˜œ

Post a Comment

8 Comments

  1. Cantiknya.. tak rugi naik train 20 minit, dapat pulak minum kopi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo boleh nak lepak lama lagi situ, tapi ade kawan nak datang amek barang-barang rumah malam tu..bergegas balik rumah..

      Delete
  2. subhanallah..cantik sgt
    nak balik dah yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. da lama balik sis, ni entri tertunda...hahahah...

      Delete
  3. Momen ni paling syahdu. Nanti mesti nangis kat bucu katil nak datang lagi. ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com