Ticker

6/recent/ticker-posts

Hari Terakhir di Busan, Random Things Yang Kini Dirindui

Hari Terakhir di Busan, Semua Yang Kini Dirindui | Hari terakhir di Busan, ciksun amek peluang untuk masuk kampus kali terakhir dan pergi Haeundae. Masuk kampus sebab nak jumpa Oyeneyo. Plan nak bagi dia makan ikan rebus yang ciksun nak habiskan dari dalam freezer. Tapi sejak petang Jumaat rasanya, ciksun tak nampak Oyeneyo. Hari Ahad tu ciksun pusing dua kali bangunan tempat dia selalu lepak. Tetap tak nampak Oyeneyo.

Hari Terakhir di Busan, Semua Yang Kini Dirindui

Itameyo je ade. Ciksun bagi kat dia aje lah, takkan nak bawak balik semula. Lagipun, lepas tu ciksun nak terus ke Haeundae. Tengok dia makan sekejap, sayu rasa hati. Lepas ni tak jumpa dah tau Itameyo. Kirim salam dekat Oyeneyo ya! Takde da ahjumma ni kacau dia melepak sebab da balik Malaysia. Sobsss! Apa khabar la Oyeneyo dan Itameyo, masih ada lagi ke tak kat sana.

Hari Terakhir di Busan, Semua Yang Kini Dirindui

Hari sebelumnya, ciksun beli bunggeoppang ni jugak dekat ahjumma depan Daiso. Beli 6 pcs terus sebab lepas ni dah susah nak jumpa sama macam ni. Kuih bahulu kalo orang kita sebut, sebab cara bakar dia sama macam bakar bahulu. Cuma yang ini ada inti. Febret ciksun inti kacang merah. Kalau dekat PKNU dulu, 4 pcs 1,000KRW. Ahjumma depan Daiso ni jual 3 pcs 1,000KRW. Kat Seoul tepi Myeongdong station tu ada jual 6 pcs 1,000KRW tapi saiz comey-comey. Sedap makan panas-panas yang ni. Terfikir jugak nak bawak balik Malaysia tapi confirm benyek kalo sampai KL. Sebab tu makan puas-puas je la sebelum balik.

Hari Terakhir di Busan, Semua Yang Kini Dirindui

Ahhh, rindunya view ni. Laluan ciksun setiap hari pergi balik PKNU. Awal musim bunga, mekar bunga Camellia macam-macam jenis. Sepanjang jalan dari rumah ke PKNU, berderet-deret restoran dan kedai. Memang kawasan rumah kedai pun rumah ciksun tu. Kat area PKNU ni mostly apartmen or goshiwon terletak dekat bangunan yang sama dengan kedai-kedai. Ciksun punya goshiwon pun ada game centre dekat 1st floor, pusat karaoke dekat 2nd floor dan pusat komputer dekat 3rd floor. Tapi sepanjang tinggal kat sana, takde pulak mengganggu sangat bunyi orang karok. Mungkin sebab kedap bunyi dan tingkap bilik pun berlapis-lapis.

Hari Terakhir di Busan, Semua Yang Kini Dirindui

Paling banyak kat Korea adalah self photo studio. Kita boleh amek gambar sendiri macam dalam studio, dengan macam-macam jenis props yang diorang sediakan. Hari kedua last kerja, ciksun amek gambar dengan labmate ciksun. Kitorang dah janji akan amek gambar kat self photo studio ni sebelum ciksun balik Malaysia. Haha! Dengan adik ciksun, si Ecah tu pun ciksun ada amek jugak gambar kat sini. Dengan housemates and suami, ciksun tak sempat nak amek gambar buat kenangan. Mungkin kena datang Korea lagi nanti ๐Ÿ˜œ

Hari Terakhir di Busan, Semua Yang Kini Dirindui
Kali pertama naik subway ke Haeundae - 27/08/2023

Dari PKNU, ciksun amek subway ke Haeundae. Kenapa Haeundae jadi destinasi terakhir ciksun sebelum balik? Sebab kat sini ada Tanghulu dan Hotteok kegemaran ciksun, ada kedai makan Hi Asia yang banyak kali ciksun pergi masa kat sana, sama ada dengan suami, kawan-kawan, adik atau sendirian, sini jugak la tempat pertama ciksun pergi naik subway selain pergi balik airport sebab nak jumpa Prof ciksun dari Malaysia. Banyak kenangan tercipta dekat sini. Ciksun suka Haeundae, walaupun tempat ni tourists spot, tak terlalu crowded, kawasannya luas nak merayap.

Hari Terakhir di Busan, Semua Yang Kini Dirindui
Tanghulu febret suami, Nada dan Ecah juga.
Terfokus kat muka uncle pulak, cari uncle ni tau kat Haeundae, tanghulu dia sedap dan buahnya fresh!

Hari Terakhir di Busan, Semua Yang Kini Dirindui
Hotteok kat Haeundae, entah ek ciksun rasa lagi sedap dari kat BIFF tu.

Hari Terakhir di Busan, Semua Yang Kini Dirindui
Compose Coffee, walaupun sedikit masam kopi dia untuk perut ciksun, tetap beli sebab V.

Beli juga Compose Coffee terakhir dengan cup sleeve muka V BTS. Sayunya dalam hati masa keluar dari kedai, sambil ucap "bye V..." dekat pintu yang ada muka V. Lepas ni tak jumpa dah Compose Coffee. Dah jauh dah V, bukan lagi menghirup udara Korea yang sama. Lahhhhh! Over nya! Hahahah!

Alhamdulillah untuk segala kenangan dan kemurahan rezeki yang Allah bagi, merantau dan mengenali tempat orang. Rasanya ni entri terakhir ciksun tentang pengalaman di bumi kimchi. Da habis dah share semuanya. Kalau ada pun lagi nanti, mungkin ciksun share kopi-kopi yang pernah ciksun cuba kat Korea aje. Itu pun kalau rajin lah. Sebab nak cari balik gambar satu-satu tu, jenuh jugakkk mengorek folder sampai juling biji mata. Hahaha!

Kalau ada kelapangan masa, insya'Allah.

Terima kasih korang yang setia baca dari awal dulu sampai entri last ni.

Bagi yang tak pernah pergi Korea, moga Allah murahkan rezeki korang untuk jejak kaki di bumi kimchi satu masa nanti, untuk rasa sendiri segala pengalaman yang ciksun lalui kat sana. Ameen!

Post a Comment

4 Comments

  1. Selalu tengok dalam Kdrama je bunggeoppang tu. Cup V tu harus lah simpan buat koleksi. ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  2. Baca cerita Cik Sun pun rasa macam dah sampai Korea. Tapi, sebak la baca Cik Sun tak dapat jumpa dan bagi ikan rebus kat Oyeneyo buat kali terakhir.

    ReplyDelete
  3. saya pun berazam ke Korea ...nak rasa juga negara yang ada empat musim...aamiin

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..seronoknya cik sun dpt menimba pengalaman di negara org kan..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com