BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, March 10, 2011

Lelaki GAY Malaysia Masih Berkeliaran!


KOSMO kata:
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki gay menunjukkan kehebatannya apabila dia yang mempunyai rupa paras kacak dan pandai berkata-kata mampu memikat 100 lelaki untuk dijadikan teman seks sebelum mencuri barang-barang berharga mangsanya.

Sasaran suspek yang masih bebas itu melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun hingga 20-an. Mangsa-mangsa dipikat melalui rangkaian laman sosial Facebook dan sebahagiannya menerusi panggilan telefon.

Semalam, tembelang lelaki berusia 20-an yang menggunakan pelbagai nama samaran seperti Kevin, Alvin, Alex dan Elvis itu terbongkar apabila empat mangsa tampil membuat aduan di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA, Wisma MCA sini semalam.

Mengikut maklumat dari Facebook, suspek sehingga kini dipercayai telah berjaya memperdaya seramai 193 mangsa dengan mencuri barang berharga mereka manakala 100 daripada mangsa itu pula mengaku mengadakan hubungan seks dengan suspek itu.

Mangsa-mangsa yang melakukan hubungan seks dengan suspek dikhuatiri dijangkiti HIV (Immunodeficiency virus) ekoran pengakuan suspek dia mempunyai HIV.

Seorang mangsa dari Cheras yang mahu dikenali sebagai Tai, 17, mendakwa, dia mengenali suspek yang menggunakan nama Kevin pada bulan Oktober 2010 melalui sebuah majalah mencari kenalan.

Ulasan Jeneral SSS dot com:
  1. Lepas ni jangan mudah percaya dengan lelaki kacak dan hemsem terutamanya RESAKSE BERJANGGUT.
  2. Lepas ni hati-hati dengan lelaki yang pandai berkata-kata...better cari yang tak pandai bercakap atau tergagap-gagap.
  3. Lepas ni semua diminta tutup Facebook, tukar kepada Blogger.com je...telefon? Buang.
  4. Okie...semua di atas tipu saje~

Dahsyatnye sekarang ni, ingatkan "mereka" tu saje yang nyah dan gay...dan hanya dalam blog...ops! Ni siap masuk paper lagi ni. Sebelum ni dah pernah buat entry tentang pengkid kat sini. Ni nak tepek benda sama...


Nak penjelasan lanjut tentang ayat, sila ke SINI.

Kamu-kamu wahai lelaki di luar sana, err...tahu-tahulah kan apa yang perlu kamu buat. Hati-hati ek, kang terjebak sekali baru tau! HIV tu~~~ Nak sengsara seumur hidup? Silakan... Yang gadis-gadis pun sama...pssst, tengok-tengokkan bf kamu tu...hahaha~ guro saje!

P/S: Sekarang da tak main kenal-kenal melalui majalah...


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



34 comments:

Isteri Yang Comel said...

blogger gay pun dah ramai dah.. takut tengok...

~Kirin Selama Perak~ said...

nasib baik KSP ni pendiam
:)

AdyBudika said...

manusia akhir zamn...perlukan kasih sayang tu

.: iEyLa :. said...

isyy...ade jugak lelaki cmni...
antara tanda2 akhir zaman...nauzubillah...

FasiHaH SupiaN said...

Itulah kak sunah..sekarang ni, dah makin ramai Gay, lelaki lembut semua nie.....nauzubillah....

KyêrulL said...

OhmyGOSH!!!! gggrrrrrrrrrrrr kenapa kenapa.. saya seorang yang berjalan diatas jalan yg lurus.. KEJAM!!!!!!!! lepas niE kalau ada orang COP sy gay mmg blog niE akan jadi mangsa.. di tuju kat kita jer haiyarrrkkkkkkkk!!

incik mumu said...

alamak, saya da lah peramah, mesra dan suka berkawan..
camne neh..??
nak jadi pendiam lah lepas neh~~..
keh keh keh..

Adlan Solis said...

OMG..kanapa la ramai yang terpedaya..sungguh bodoh di situ. huuu..haishh.dunia dunia..

ιѕмaιl pυтra aιdιl adнa said...

eeeuuuwwww..
geli ahhh

waaaa sunah jahat oh tag kitorang gay.sobsob

efa said...

oh...dunia kini makin pelik ada jgk org cmtu huhu tobat2 la haish mcm2 lak skrg adess la

putERi-kAtEk said...

hahahaahahahahaa.......

bagus kak sunah.... anda berada di zon selamat

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

takut...yg lelaki sibuk nak jd gay..pompuan konon frust ,nak jd lesbian.giler mereka semua ni

z a k w a n said...

teruk bebeno budak2 zaman sekarang ni. nasib baik pakcik lahir tahun 60an. emmm

Sunah Mohammad said...

@Isteri Yang Comel

setakat ni tak jumpa lagi kak...

Sunah Mohammad said...

@~Kirin Selama Perak~

:)

Sunah Mohammad said...

@AdyBudika

betul..mereka kurang perhatian dan kasih sayang...tapi didikan agaman dan moral dari awal pun kurang juga..

Sunah Mohammad said...

@.: iEyLa :.

naudzubillah..

Sunah Mohammad said...

@FasiHaH SupiaN

sama-sama kita doakan agar Allah menjauhkan kita dari semua ni..

Sunah Mohammad said...

@KyêrulL

hahahaha! ni review blog spesel punye...:p

Sunah Mohammad said...

@incik mumu

erk...takutnye dengan incik mumu...kui kui kui~

Sunah Mohammad said...

@Adlan Solis

jangan mudah percaya...

Sunah Mohammad said...

@ιѕмaιl pυтra aιdιl adнa

eiks, akak tak kata~ akak tag cakap berhati2...sape terasa ni? hahaha~

Sunah Mohammad said...

@efa

huhu...tu la...risau dengan dunia..

Sunah Mohammad said...

@putERi-kAtEk

haha~ ni zon ape ni katek? zon resakse?

Sunah Mohammad said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)

naudzubillah kak..moga dijauhkan dari semua tu...ameen..

Sunah Mohammad said...

@z a k w a n

pokcik ni tua bebeno...hurm...

touya said...

nasib baiklah aku suka kat awek-awek jer yang lelaki tak minat

Ujang9897 said...

kau nak tau NAZ seorang blogger tunggal yg pandai coverline...


gay jugak ramai di kalangan blogger2 lain..kyerul sudah pasti gay


gua tak gay..normal ma..tak caya meh sini girl sorg..kasi kiss..hahahaha

Along Usop said...

aaakkk!!!! takotnye dgn gay!!!.... =.=
<----slalu kne ngorat..
<----ayat bajet hot, sile hempok dgn claypot

... said...

as salam..

waa..takutnya.teringat kat insiden dalam train keretapi. lelaki raba.pastu saya tumbuk dia kerana geram tak terkawal

x_x"

terima kasih.sebab kongsi maklumat ni.saya jarang baca surat khabar bila sibuk. sekurang-kurangnya ada juga dijadikan isu untuk dibaca dan diambil perhatian dalam blog

=)

Sunah Mohammad said...

@touya

erk...okie la tu..

Sunah Mohammad said...

@Ujang9897

hoh! yeke? hahaha~ takleh2! leh kasi kak yana je lepas nikah nanti!

Sunah Mohammad said...

@Along Usop

hahaha~ tomok mesti nak buat seloka jugak! ;p

Siti Safiyyah said...

erkk gay buat dah dahsyat eh skang? ingatkan diaorg just cari pasangan jek rupenye dah advance dah..ish3

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.