BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, March 17, 2011

Senjata Nuklear: Part I


Seseorang meminta saya menulis tentang ini. Nuklear. Apa yang kamu tahu tentang nuklear? Nuklear ni hurm...hurm...hurm...jom tanya Jeneral SSS dot com ye~

Kak Shida: Jeneral, jeneral...mende nuklear, nuklear ni??? Heboh betul satu dunia pasal nuklear sekarang...

Jeneral: Hurmmmmm... Mula-mula jom kenal apa benda teknologi nuklear ni...malas nak cakap yang basic tu, terus gi teknologi ye...boleh kan??

Kak Shida: O...boleh-boleh, nanti saya google sendirik yang basic-basic tu.

Jeneral: Bagus, bagus...semenonye, kemajuan sains yang membolehkan manusia cam kite ni memanfaatkan kelebihan teknologi nuklear. Eh, jangan lupe pulak, yang bagi sains tu maju mesti la akal kurniaan Allah...alhamdulillah.

Kak Shida: Oh, ape je kelebihan teknologi ni?

Jeneral: Uish, banyak...nuklear ni kita boleh apply dalam bidang perubatan, pertanian, perindustrian, sumber tenaga...

Kak Shida: Cop, cop! Perubatan??? Cane leh? Nuklear tu...

Jeneral: Iye..alat pengimbas CAT dan laser digunakan untuk membuat diagnosis penyakit, kobalt-60 digunakan untuk membunuh kanser, radioisotop fosforus dapat merawat tumor otak, pensterilan alatan perubatan pun lebih sempurna dengan teknologi nuklear ni...

Kak Shida: Ooo...cane dengan pertanian pulak?

Jeneral: Dalam pertanian, teknologi nuklear digunakan untuk mengesan pengambilan baja oleh tumbuhan-tumbuhan... Sinaran gamma pulak dapat memandulkan serangga perosak... Mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang lebih baik, manakala sinaran nuklear dapat mengubah gen tanaman...

Kak Shida: Perindus--

Jeneral: Untuk perindustrian, depa guna teknologi nuklear untuk kesan kebocoran paip bawah tanah... Pengawalan ketebalan dan sambungan paip serta pengukuran kehausan enjin pun leh dijalankan dengan lebih muda guna teknologi ni... Alat komunikasi canggih macam satelit dan Internet (yang slow sekarang ni) turut memerlukan teknologi nuklear, tau!

Kak Shida: (terlopong...)

Jeneral: Dari segi kos seunit, tenaga nuklear lebih murah daripada petroleum... Lojinya tak perlukan kawasan yang luas...jadi, tenaga nuklear ni leh jadi tenaga alternatif yang baik bagi menggantikan sumber sedia ada.

Kak Shida: Oooo...banyaknye kelebihan...keburukan pulak???

Jeneral: Keburukan??? Sambung next part ye...panjang-panjang kang ngantuk pulak...

Jumpa lagi lain kali. Jeneral ade kerja sikit. Kena buat appointment lain pulak ye...


ENTRI CAMBEST SAPE TENGAH-TENGAH MALAM BUTA NI?




15 comments:

AdyBudika said...

owhhhhhhh

logorithm said...

Wah... Jeneral SSS nih pakar dalam serba-serbi macam Prof. Serbatau ye?

Wan Gerrard said...

terlopong gak~ :P

... said...

as salam..

hehe.menarik
kegunaan bahan radioaktif yang bermanfaat =)
er..part kak syida cakap perindus tu..apa? macam bahasa banjar?
eh? hari2 kita makan 'nuklear' apa~
pisang~~
sumber radioaktif semulajadi.
potassium~
yum2~

Sunah Mohammad said...

@AdyBudika

owhhhhhh balik~

Sunah Mohammad said...

@logorithm

err...hahaha~

Sunah Mohammad said...

@Wan Gerrard

hoh~ nanti masuk lalat!

Sunah Mohammad said...

@...

ayat itu dipotong oleh jeneral, sekian.

ieyba said...

waa..kmk bole tgok,sgt byk unsur2 fizik..
bruk belajar suma ya^^
nice2..hee~

aDisH.sHidA said...

thanks sunah...akak akan tunggu part seterusnya....tqsm my dear

deeya said...

erk ! nuklear dalam pertanian ..?? hurm ~ perkataan nuklear tuh macam menakotkan jerp . hari-hari makan nasik . makan nasik banyak-banyak .. harap kita semua sihat sentiasa (ta ade kene mengene an) hahakz !

Sunah Mohammad said...

@ieyba

hehe..good~

Sunah Mohammad said...

@aDisH.sHidA

u're welcome kakak~

Sunah Mohammad said...

@deeya

oh, ade kaitan gak tu..betul2...hurmmm..

Asmah Andy said...

assalamualaikum...
entri yg menarik perhatian sy...hehe...=) nk share something...tp sblm 2, sy doubt if laser has something to do with nuclear...nk cerita fizik ckit...hehe...=) sy x ambk sbjek laser sem ni..sy ambk nuclear techniques ngn nuclear medicine as electives...tp ckit info ttg laser, actually the word laser is acronym for Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation...nk kata, laser is visible light (cahaya nmpk, i.e yg wrna2 pelangi tu) dn cahaya nmpk x emit radioactive radiation...klu bhn nuklear ni bhn yg mengalami perubahan pd nukleusnya...ada tindak balas berlaku (nuclear reaction)...bila nukleus berubah, bhn x stabil, terhasil la radioactive radiation...

sy agree dgn points akak yg lain...=) nk tmbh, dlm arkeologi pn ade guna...nk tentukn jangka hayat artifak/fosil, gune teknik carbon-14 dating (pentarikhan karbon-14)...pastu, klu yg kt mknn 2, ada jgk ckit bhn radioaktif...terutamanya yg sumber drpd tanah, sbb bhn radioaktif tabi'i, salah 1 sumbernya dtg drpd tanah...kena kt mknn sbb berlaku p'pindahan...tp kuantitinya sgt kecil la...kwn2 sy bnyk yg bt psm psl kaji bhn radioaktif dlm benda2 ni...ada yg test kt sampel beras, padi, ubi kayu, ikan, serbuk teh dan bnyk lg...semuanya ada small amount of radioactive material...tp jgn takut la, sbb kuantiti di xsmpai memudaratkn...=) even human body pn sbnrnya mngeluarkn sinaran radioactive, tp x b'mksd bhya sbb sgt kecil je...=) pjg pulak cite...=P

klu ada salah, tlg betulkn...=)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.