BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, June 26, 2011

Oh, BERSIH nyaaa...!


Laman web rasmi BERSIH

Bukan bersih pembersihan.

Tapi BERSIH 2.0... Kamu tahu pasal ni? Tadi gi jenguk satu blog ni, ade cerita tentang BERSIH 2.0 kat SITU, membuatkan saya tertarik untuk menulis entri ni. Mungkin tak ramai antara kita yang nak amek tahu tentang BERSIH 2.0 ni walaupun kat TV dan akhbar dah terpampang begitu banyak isu pasal BERSIH 2.0. Mende BERSIH ni sebenarnya?

"BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia."

Itu pengenalan tentang BERSIH dalam web rasmi BERSIH kat SINI. Kalau nak tengok matlamat BERSIH dengan lebih detail pulak leh jenguk SINI.

Kalau tengok pada matlamat tu, dan 8 tuntutan BERSIH 2.0, saya setuju perhimpunan ni dijalankan. Cumanya, eloklah perhimpunan ni diadakan secara aman damai, takde pertumpahan darah tu semua. Kadang-kadang saya tengok, aman damai jeeee...yang buat jadi tak aman tu bila FRU menyibuk nak main baling-baling gas pemedih mata. Opsss~ Soriiii~~~

Nak join berhimpun 9 Julai ni, boleh tak?


25 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

betul tu adik cumil..klu mereka tak main kasar..perhimpunan aman je.

Jalut said...

ha join.. jgn tak join.. hahha... barut au bersih tuh apa..wakaakkak

Phoenix said...

Cepat betul cik sunah ni update blog :) thanks anyway link kan blog AP kat entri ni..

Faez Rusni said...

saye pon join BERSIH..JOM UBAH!1!!

Kalamhati said...

akak setuju dgn pendapat awak..opppss!=D

Atiqah Sa'ahiry said...

kak sunah..join je perhimpunan bersih 9 julai....

Nazzue said...

setuju 200%...tak pernah tgk ptumpahan darah masa phimpunan bersih dijalankan... :)

Lepak sambil bersantai di NazZue.com

naseer kedah said...

Jom bersihkan..

Areliff said...

jgn jadi cam thailand dah..baju merah lawan baju putih muaheee..kang negara aman jadi perang plak.

Tea said...

jangan sunah yg pg tumpahkan darah kt sne sudah. weee~

ARNaBS said...

rmai yg slhkn FRU bila jd riuh rendah,,FRU xkn brtindak kalo xdak yg meriuhkan suasana,,sbnrnya diowg cuma nk antar memorandum psl SPR, knapa nk berhimpun? nk jd mcm di ngara lain erk...lgpon pd zmn Rasullah di Madinah juga menggunakan mjlis musyawarah (msyuarat)berbincang..just my opinion :)

Xplorasi said...

bersih XD hehe :)

Eera Shera said...

perhimpunan aman pe slhnya

tyka said...

kalo kak sunah join , hati hati eh.. wpon tyka x berapa sokong dengan bersih ni tp tak marah pon sape nak join... kak sunah pakai smue kuning.. kepala sampai kaki kuning.. mesti camera shoot muke akak.. hihihiih

al_hakim said...

rasanya cikgu tak leh join kot..hehe

bonda_tie said...

namanye mulia ye. bersih.

aizamia3 said...

moga tiada sampah sarap sepanjang BERSIH itu.. ;)

JIJI YU said...

aku ade baju die..tunggu nak join je ni..

Faris Adli said...

kebanyakan 8 tuntutan BERSIH bukan bidang kuasa SPR seperti pendaftaran automatik apabila berumur 21 tahun..

apa sahaja yang kita nak buat, guna akal..jangan pandang pada 1 sudut sahaja..belajar dari sejarah..British mula menapak di Tanah Melayu untuk mendamaikan pihak yang bergaduh..lepas tu apa yang berlaku?

::blog anak jawer:: said...

td ade bc kat blog..polis tahan lelaki kat gerai makan sebab dy pakai baju nersih...so, lepas ni hati2 kalau pakai baju kuning...he3

-Yok mampir diluk = biar muslim..bukan islamic......

tamlegend said...

penat la nak cakap pasal politik malaysia ni...kang salah cakap kang ISA lak...

ZainurulFarah said...

aik salahkan fru u pulak..ermmm..if sudah membahayakan keselamatan negara tpaksala bertindak..kalau lah betul secara aman apakata buat je kat stadium...kumpul reramai...ok.just opinion..peace olls :)

FasiHaH SupiaN said...

hati-hati bila berbaju kuning :)

Nini Hartini said...

Setuju dgn sunah. kak tini pernah join BERSIH tahun 2007 dulu. Aman damai je. sebab masa tu FRU belum bersedia. Jadi mereka x sempat buat huru-hara. Yg kecoh sikit je dkt masjid jamek. tu pn sbb mereka kena kunci oleh polis.

dan... ms Demo ISA kak tini join. adehhh pengalaman menakutkan tapi sangat berharga. InshaAllah akn dicerotakan di entry akn dtg..hehehe

sunah ni adik nisa' yg mana erk??

Heart In A Cage
.

ghab van hal said...

suke2 entri ini..=). pada pendapat saya ini terjadi bila suara rakyat diketepikan. apa orang ingat kalau just hantar surat ke parlimen, kerajaan boleh kasi jaminan untuk selesaikan masalah itu, rakyat akan turun ke jalan berarak? tidak kan. benda ini terjadi bila kerajaan abaikan suara rakyat (bukan pakatan rakyat). tapi sedih andaikata penglibatan beberapa tokoh politik adalah atas dasar politik semata-mata.

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.