BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, October 1, 2011

Kalaulah Manusia Itu Macam Buku

books by ~carolinexpaige on deviantART

Buku...

Ada macam-macam jenis kat dunia ni. Ada yang kita kena beli, ada yang kita dapat dengan percuma sebagai hadiah, ada gak yang kita pinjam dari kawan kita. Untunglah yang dapat hadiah buku pada hari lahir, tambah pulak kalau minatnya membaca, buku yang dapat pulak kena dengan jiwa. Kalau yang jenis tak berapa nak mengumpul buku lak, pinjam aje dengan kawan-kawan. Asalkan dapat baca, ye dak?

Kalau jenis mengumpul pulak, boleh la cari kat kedai buku. Pernah gi MPH? Popular? Harris? Kinokuniya? Err...BADAN Cemerlang? Ada berrrrrrrrrrrrrrjuta-juta buku kat kedai-kedai buku besar ni kan? Dalam berjuta-juta tu, ada macam-macam genre pulak. Ada genre seram, romantik, komedi, agama, ensiklopedia, sains, dan banyak lagi lerr.

Kalo yang jenis komedi tu, banyak yang senang kita nak faham. Elok aje gelak guling-guling kita baca lawak jenaka dalam buku jenis camni. Kalau yang suka cite seram, siap boleh bayangkan lagi jalan cite dalam buku genre seram kan? Genre romantik tu kadang-kadang jalan cite dia cepat kita faham, kadang-kadang tu pening kepala jugak kita nak jangka apa yang berlaku seterusnya. Kalau jenis agama lak, makin berat bab agama dia, makin berat jugak kepala kita nak terima benda-benda baru yang kita baca tu.

Kalau ada mana-mana antara genre tu yang kita suka, berjaya menarik hati kita untuk memilikinya, terus kita beli dan hadam kasi faham. Bila dah faham, kalau bukan jenis yang "boleh menjadi rujukan di masa depan", maka tersimpanlah buku-buku tu kat rak buku sampai berhabuk. Tak pun, masuk kotak dan simpan bawah katil. Ada tu sampai da jadi pekasam, tak kurang jugak yang da tiba masa untuk dibakar.

Manusia...pun ada macam-macam sifat, perangai dan ragamnya. Antara makhluk Allah yang kadang-kadang sangat sukar difahami dari segala segi...

Alhamdulillah, manusia bukan buku...

Terima kasih Papa Bennn.


17 comments:

Iffah Afeefah said...

Erm harap ai jd bku y bole berbakti shingga akhir hayat

nuruashia ♥ said...

tp xbest gk kalo jd buku, buku xleh jd blogger hahahahahhaha :P

Novelgurl said...

hmm..manusia bkn buku tp buku tu dri manusia...huhu.

CypherHackz said...

Di rumah ni dah jadi macam sebuah mini library. Banyak buku-buku yang saya beli dan baca sebagai mengisi masa lapang.

Dengan membaca, minda kita akan lebih terbuka dan lebih mengetahui sesuatu perkara. Dan apabila kita bercakap, gaya percakapan kita pun turut berubah kerana hasil dari pembacaan dan ilmu yang kita peroleh dari membaca.

Hanih Borhan said...

ragam manusia yg mcm2lah yg give colours kat dunia ni kan kan?

wallahualam... :)

Santri T.P.I.N.I said...

blog juga hampir sama dengan buku...ada mcm2 jenis blog yg blog kita baca dan follow kalau kita suka...

IBU GEBU said...

ada sebab Allah ciptakan kepelbagaian manusia...

Manan Qayyim said...

bestnya kalau dpr hadiah buku...
banyak manfaatnya....

Manan Qayyim, Rakan Blogger
Mak Redhakan Abang Pergi... Mampukah Kita Melafazkannya?

pengemis Cinta~ said...

nak jadi buku masak2 yang bermanfaat..;)

syamem said...

buku itu dunia.. dapat tahu ape itu dunia dengan hanya buku.. hehe.. memang suke baca buku..

Muslimah Optimis said...

perenggan pertama.. terima kasih untuk sunah sebab hadiah hari lahir tu.. suka sangat.. alhamdulillah..

hurmmm.. pilihlah nak jadi buku macam mana kan???

delarocha said...

buku itu cermin kepada pemikiran manusia

Eera Shera said...

ntah nape entry ni mcm sweet je..hehe

suka baca buku dan suka kumpul buku

;)

aimie amalina said...

nak jadi buku bunge LiLy boleh?
hehehe
suke bace buku!=]

cik pulau said...

dalam banyak2 buku.. sy paling suka novel..
lalala~

manusia dan buku.. ehmmm..

Fendy San Satay said...

huhuhu...ramainye komen...nk mnyelit la..
dah follow... :D

maszull said...

salam sunah...seronoknya kalau dpt buku sebagai hadiah...pasti hepi bila membacanya....:)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.