BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, February 22, 2011

Insan-insan Terawal... Terima Kasih!


Alhamdulillah. Seronok berblog? Yang blogwalking kat tepi tu, meh baca sini sat...:) Nak kongsi sesuatu... Yang memang dah lama saya nak kongsikan sejak aktif semula dua bulan lepas.

Saya kenal mereka sejak join segmen dia. Tau tak macam mana saya boleh terlibat? Mesti tak tau kan... Mula-mula dulu, saya join buat header untuk Qila Razak. Alhamdulillah...dapat saguhati kat situ. Dari blog Qila, saya nampak entry pasal segmen dia. Saya tak faham ape-ape pun...

Saya gi tengok. Ada apa ni? 50 blog? Kenapa semua nak buat entry ni? Hurm...saya tak faham juga...tapi saya tengok ramai orang baca blog dia. Saya nak tahu, apa yang best sangat. Kenapa semua bloglist mereka ada nama dia...? Tiba-tiba saya nampak segmen tu

Tergerak hati saya nak join. Entah...itu kan kerja DIA yang Maha Tahu. :) Saya tak menang, takpe... Saya terus membaca blog dia. Saya tengok ramai orang yang sama komen kat entri-entri dia. Saya nampak Norfa (maaf, takde link sebab blog dia ade malware sekarang). Dia selalu datang dan komen. :) Tapi saya tak rapat lagi dengan dia masa tu...saya pun selalu jadi silent readers je masa tu... :)

Lepas tu, saya join yang ni pulak. Dari sini saya kenal Qaseh, Ir Nazirul Hazwan, Ujang, Areliff dan Cekgu Awang. Diorang bincang sambil gaduh-gaduh nak dapat hadiah. Saya pun join sekali berbincang...ops. :p Sekali tu saya tak dapat join, tak sempat...tapi saya gi tolong Ir, gitau dia jawapan dia salah. Hehehe...disebabkan penukaran tu, Ir lambat sikit, terus tak menang... Areliff jugak yang selalu menang. Then, hari esoknya, Ir join lagi, dia menang pulak! Hehe...terus gi ucap tahniah kat dia. Tapi yang berkali-kali menang tu diorang-diorang kat atas ni la...sekali dengan jiran sekemenangan saya adalah Ina the mucuk girl. Hehe..terkejut gak menang masa tu... Alhamdulillah...

Tapi yang takleh saya lupa adalah bila penganjur bersama isterinya datang komen kat satu entry segmen dia ni bersama-sama. Hehehe...terharu...dan ter'lucu' sikit sebab penganjur tu sendiri cam konfius je dengan jawapan soklan dia...:p

Lepas tu saya kenal jugak seorang kakak yang cumil ni... Nama dia Kak Shida. :) Dia add saya kat facebook, dia jugak berbincang-bincang dengan saya macam mana nak jadi penaja segmen si penganjur yang ni. Saya join jugak segmen tu, tapi tak menang. Hehehe...

Tengok, ramai kan orang yang saya kenal...? Ramai lagi yang lain yang saya kenal di dunia blog ni...tapi mereka-mereka di atas lah antara yang TERAWAL saya kenal sejak dua bulan lepas dan hingga sekarang Qaseh, Kak Shida, Ina the mucuk girl, Ujang, Cekgu Awang (yang bizi), Norfa (yang bermalware~ :D) dan Ir Nazirul Hazwan tetap bersama-sama saya walau dalam susah atau senang...(entry kat Sunah Suka Sakura dot com ni kan selalu jek emosi-emosi...:p) 

Huu..tetiba sebak...:')


Terima kasih ye kamu~ Saya sayang kamu-kamu semua...:)

Alhamdulillah, DIA menemukan saya dengan blog penganjur yang kemudiannya menemukan saya dengan kamu-kamu semua yang terawal ni...yang akhirnya menemukan pula saya dengan kamu-kamu semua yang lain juga... Terima kasih! :)

Cekgu Awang kata....

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

:)

Nak tau entry Kak Shida? Klik entry cambest kat bawah ek... :)


ENTRY CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!




Saya Memang Sunah...


Ya Allah...berikan hambaMu ini kesabaran...

Mak, bapak...terima kasih memberikan anakmu nama ini...

Aku tak tahu...

Apa salahnya pada namaku...

Hingga ada yang mahu aku menukarnya...

Allah...kuatkan hatiku...

T_T


*Komen Ditutup





Kawan Saya Datang! :)


Bangun pagi gosok gigi...ops, takde kaitan, ok?

Kawan saya datang. Saya sangat gembira. Sukenye~ Dah lama dia tak datang! Bestnye kawan-kawan datang jenguk blog. Wee~~

Saya pun jejak balik blog dia. Wah, budak ni...dia kata saya dah ada domain sendiri, dia lagi la! Dah ada domain jugak tu! Siap dengan hosting lagik! Ang memang ek...saja nak perli ceq yang baru nak bertatih ni...:D

Oh, hehe...saya kenal dia kat matrix. Gegurl semenanjung yang lama duk Sabah. Sekarang da pindah ke semenanjung semula. Blog dia, Liyana Yusoff. Jemput-jemput singgah ye... :)


ENTRY CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!




Abang Ady Nak Tengok Trafik


Okie...atas permintaan abang Ady dan setelah bertanya kepada Enchek Nuffnang, maka...dengan sungguh malunya saya mempamerkan trafik Sunah Suka Sakura dot com untuk minggu ini...-_-"


Saya kalah la dengan abang Ady...tak sampai 300 UV...mana ntah 'followers' yang lain tu...:p

Okie, mungkin penulisan saya tak mantap lagi nak tarik diorang lekat kat sini...dan mungkin saja yang viewed ni bukan followers blog ni, kan, kan, kan? Silent readers katakan...(sila jangan muntah!)

Ape pun, terima kasih kepada kamu-kamu yang datang ye...saya suka tengok graf tu sama rata...ehehe...:)

Saya akan usaha lagik!


ENTRY CAMBEST? TAK SEMPAT LAH...




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.