BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, July 3, 2011

Bukan Saya, Tapi Cici!


Cici je baca komik tu.

Saya tak.. Ecehhh.. Padahal baca jugak sikit-sikit. Tapi satu komik boleh la amek masa dua tiga hari nak habiskan sebab minat ni lebih kepada menghadap blog sendiri dan blog kamu-kamu semua. Melainkan masa tu memang nak rehat, so sekali lalu pun leh habiskan terus. Erk!

Komik-komik tu housemate punya. Kerja dia memang beli komik je, kitorang tukang baca. Hahaha~ Sekarang ni da kurang membaca pulak. Dulu hantu buku jugak, tak leh tengok buku. Buku-buku yang dibeli selalunya jenis ilmiah pulakkkkkk... Novel? Err...selalunya baca novel Dr. Faisal Tehrani... Sebongkah Batu di Kuala Berang yang baru tu pun tak habis hadam lagi... -_-"

Antara koleksi novel FT dari entri lama kat Jatuh Cinta!
 
Ni tiba-tiba teringin pulak baca novel pembangun jiwa macam Stanza Cinta tu. Ada gak novel geli-geli macam Pulut Sakura Serunding Kasih...erk! Tu pun tak habis baca lagiiii... =.=

Okehhh... Ape kata saya gi baca novel sekarang... Bubye blog!

P/S: Ade lagi tak yang nak teka jumlah komik TUUU?


Diorang Demam Novel, Kite Demam Lain...


Salah satu tempat tido Cici

Sedangkan dia pun takleh nak baca satuuuuuuu pun dari komik-komik ni (sebab dia tak pandai baca), saya apetah lagikkkk!
Macam mana lah diorang ni menghabiskan komik-komik sebanyakkkk ni... -_-"
Errr, kalo nak main teka-teka bape bilangan semua komik ni ade ke yang nak teka? Hahaha~
Kalo ada yang paling hampir, Cici review... :p


Semua Bukan Kita Punya


Last night on Earth by ~april182 on deviantART

Ya, semuanya.

Semua yang ada di dunia ni bukan kita punya. Buku-buku yang kita pinjam kat library tu library punya. Library tu pihak pentadbir yang punya. Pihak pentadbir tu lembaga pengarah yang punya. Lembaga pengarah tu kerajaan yang punya. Kerajaan tu negara yang punya, negara tu dunia yang punya. Dunia tu alam semesta yang punya. Alam semesta tu Allah yang punya. [2:255]

Allah yang punya semuanya. Jadi kena jaga baik-baik segala benda yang bukan kita punya. Sama macam bila kita pinjam barang orang lain, kita jaga elok-elok takut rosak pulak nanti. Biar dipulangkan dalam keadaan baik supaya pemiliknya senang hati dengan kita. Kalau bagi balik yang da rosak, mesti nanti pemiliknya rasa marah dengan kita, hilang percaya nak bagi pinjam lagi.

Sama la jugak dengan diri kita, Allah yang punya. Jagalah baik-baik supaya nanti bila kita kembali kepada Pemilik Yang Hak, Dia pun suka dan kasihkan kita. Lagipun kita pinjam dengan Dia hanya sekali je sepanjang hidup kita, bila kita da kembali, Dia suka atau tak, kita da tak boleh nak pinjam lagi untuk kali kedua atau ketiga.

So, jaga elok-elok yeee...


Menoleh Semula ke Belakang


Menoleh semula ke belakang
Sudah tidak mungkin lagi
Masa yang telah pergi
Biarkan ia berlalu
Masa yang sedang dilalui
Isilah dengan sebaiknya
Masa yang akan datang
Rancanglah dengan seeloknya

Ada yang salah faham sikit ye tentang puisi semalam. :)

Maksud saya di sini bukanlah kita tidak boleh menoleh ke belakang lagi. Bukannnn... Apa yang saya maksudkan adalah, masa lalu itu sudah tidak boleh dibetulkan lagi kerana ia telah berlalu. Tidak mungkin untuk kita putar balik masa untuk betulkan segala apa yang telah berlaku, mengisi semula masa yang kita sia-siakan itu dengan perkara yang lebihh bernilai pun sudah tidak mungkin lagi.

Apa yang kita ada adalah masa sekarang dan masa akan datang. Yang belakang itu sudah menjadi sejarah, ya...untuk kita ambil iktibar darinya. Kemudian biarkan kaki terus melangkah dengan berbekalkan pengalaman masa lalu. Tanpa masa lalu itu, mungkin kita tak menjadi kita yang sekarang ini, kan? :)

Terima kasih semua... Suka benerrrr saya berkongsi tafsiran puisi dengan kamu-kamu semua... Lain kali kita buat lagi ya~~~ This is best bro~ :p

P/S: Alhamdulillah... Blogmarathon akan berlangsung sebentar lagi~


Sunnah Like Sakura dot com?


Terpelikkkkkkkssss kejap semalam bila bukak Histats.

Tertanya-tanya, bila masa pulak saya pernah buat entri ni? Dulu da pernah buat ke? Tapi dari mana pulak orang ni jumpa entri tu.

Tengok kat bahagian negara, ehhhh.. Kannur? Negara mana ni eks~

Tiba-tiba bertambah pelik bila tengok nama blog dah bertukar.

Sunnah Like Sakura dot com. (errr...patutnya Likes kan?)

Erkkkkkk! Ajak la cik mouse ke link tu...

Histats punya gambo users online...
Oooo... Rupanya reader dari Kannur ni gi translate entri Satu Ketika Dalam Detik Waktu. Terus jadi pelik semua ayat. Huishhhh, kesian dia... Mesti tak paham jadinya sebab translator ni bukan leh percaya sangat. Tambah-tambah kalo puisi-puisi ni. Huhuhu. Faham sikit-sikit boleh la kot...

Terima kasih ye kepada yang datang dari luar negara. Harapnya ada sedikit manfaat dari blog ni yang boleh diambil... :)

P/S: Autopublish ni... Harapnya petang nanti internet ok sikit, boleh jejak balik kamu-kamu yang rajin ni~


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.