BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, May 22, 2012

Hutang Emas Boleh Dibayar...

Hutang budi dibawa mati.

Ataupun, versi penuh dia...

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pantun orang lama-lama. Dulu kat sekolah, belajar pantun ni gak kan? Dah familiar sangat pantun ni dikalangan masyarakat kita.

Hutang. Sape rasa dia ada berhutang dengan sesape? Hutang kat sini dalam kategori ayat ketiga dalam pantun kat atas. Hutang duit, harta benda, emas, perak, etc yang material-material ni la. Ye la, kalau boleh kita ni rasanya tak nak lah berhutang dengan sesiapa, tapi bila tiba satu keadaan yang mendesak, bila kita sangat-sangat perlukan duit, kita terpaksa jugak berhutang. Kadang-kadang dengan kawan-kawan, kadang-kadang dengan ahli keluarga, tak kisahlah dengan sesape, dengan janji bahawa nanti kita akan bayar balik hutang tu bila dah ada duit.

Pernah dengar tak, kat akhirat kelak, orang yang berhutang dan tak melangsaikan hutangnya, akan carik pemiutang dia? Haa...bayangkan, masa semua tengah kalut nak timbang amal dan dosa, kita sibuk pulak nak carik pemiutang sebab nak langsaikan sebelum diri kita ditimbang. Pemiutang pun, tetiba terdrag masa nak lintas titian sirat sebab tetiba kena panggil oleh penghutang. Tu bayangan saya. Gambaran kejadian sebenar, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Erm...kalau kita takut susah kat akhirat nanti, usahakanlah untuk langsaikan hutang kita kat dunia. Kalau tak mampu bayar semua, bayar ansur-ansur. Bila ada duit je, bagi sikit. Lama-lama insya'Allah boleh langsai kan? Pemiutang pun, kena ingatkan penghutang untuk langsaikan hutang dia. Risau pulak hutang dibawa mati, tak dihalalkan oleh pemiutang. [Malah, kalau manusia tak maafkan kita bila kita buat salah kat diorang, Allah laaaaaagii takmo ampunkan dosa kita.] Naudzubillah.

Tu hutang dengan manusia. Hutang kita dengan Allah? Tepuk dada, tanya iman.


P/S: Hutang PTPTN pun belum langsai lagi.


Untuk Hang

Beb, hari ni umur hang da 26 ek?

Walopun, da wish by SMS tadi, tapi nak wat entri jugak lah sebab tengok diorang buat entri. Hahaha~

Em em em... Boss takkan lupa kot sampai bila-bila, macam mana kenal dengan hang. Sebermula dimasukkan ke dalam group blogger yang tak asing lagi tu, then borak-borak kat situ sampai tersentap lalu ada orang tu termerajuk sampai buat entri sentap (kan da kata, macam gegirl, sensitipppp noooo), then bermaaf-maafan lalu menjadi antara sahabat terbaik sampai sekarang ni dan insya'Allah moga sampai bila-bila.

Tak sangka kan? Allah Maha Indah menyusun semuanya jadi indah-indah. :)

Buat manusia bernama Nadzri yang da semakin meningkat dewasa hari ni, Selamat Hari Kelahiran. Moga sisa umur yang semakin berkurang kat dunia, menjadikan hang lebih dekat kepada Allah, insya'Allah. 

Cepat-cepat lerr bagi kad wangi, tak sabar dah ni. :p


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.