Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak Cemburu Ke Saya? versi Sunah Sakura

Jealousy... by ~achewlim on deviantART

Erm...

Sekadar berkongsi komen pada entri Satu perjalanan #13 versi Tak Cemburu ke Saya?. Nak tau pasal ape, boleh baca dulu entri tu. Kejap je, lepas tu datang sini balik. Tak pun, tak payah datang balik. Sebab komen kat situ pun da memadai secara ringkas. #Eh

Motif la buat entri ni kalau macam tu...=.=

Ok, ok. Back to the point. "Tak cemburu ke saya kalau si dia keluar dengan kawan-kawan perempuan lain? Tak cemburu ke saya kalau si dia beramah-mesra dengan kawan-kawan perempuan lain?" Tak cemburu ke saya kalau kalau kalau...lagi.

[Iklan: Apatah lagi kalau si dia kamu tu selebriti dan ramai peminat] EH!

Erm, sape tak cemburu? Ade ke yang tak pernah rasa cemburu walaupun sikit? Mesti la ade walaupun tak terluah. Ada yang komen kat entri tu, dia da lali da dengan semua tu, da penat kepala otak memikir, katanya.

Cumanya, ada orang kata kalau sayangkan seseorang, bebaskan dia. Dia ada hidup dia. Berikan ruang untuk hidup dia. Asalkan dia tahu jaga batas pergaulan dengan kawan-kawan berlainan jantina, berikanlah kebebasan tu pada dia. Kat sini kita letakkan rasa saling percaya. Malah, benda ni lah yang menguji kepercayaan dan kesetiaan masing-masing.

Selagi belum bergelar suami isteri (untuk yang bercinta kerana berniat untuk bernikah, dan yang dah bertunang menuju pernikahan), kita masih tidak punya hak atas kehidupan dia. Apatah lagi dah berbaitul-muslim nanti. Dia masih bukan hak kita. Selamanya...bukan hak kita.

Kerana dia...selamanya milik Allah.

Maka, "cemburulah" pada Allah. Pegang tu dalam hati selalu.

Post a Comment

9 Comments

  1. Kalau ai lelaki ai nk jd cam "haziq"
    Kalau ai pempuan nk jd cm budak pelarian tu
    dengan sorg makcik xde nme
    #kagum ngn org2 ni.

    cemburu sntiasa ada
    cume tplang kat kite nk kwl cmne
    dan suka part kita xberhak n xpunya hak
    y berhak hanyalah Allah.

    ReplyDelete
  2. cemburu takpe tp biar la ada hadnya

    ReplyDelete
  3. betul tuh, jgn nak kongkong sgt, mereka juga punya kawan2 yg lain

    ReplyDelete
  4. salam alayk.

    mak naz pnh kata, selagi si dia tak jd suami kita...dia takde hak nak cemburu bagai. hehe. tp cemburu tu tetap ada kan? klu di urus dengan baik, InsyaAllah takkan cemburu lebih2. ^_^

    ReplyDelete
  5. pernah jer cemburu.. tapi duduk diam dan muhasabah diri dulu, fikir baik2 perlu ke tidak nak cemburu tue..

    byk lg cara lain nk tarik perhatian selain cara cemburu tue kan kak ;)

    ReplyDelete
  6. cemburu rasa yg normal bg manusia yg normal.. yg x normal bila cemburu tak bertempat smpai semua orang dia nak rembat. Jd takde salah ada sedikit cemburu sebab kita manusia yg ada hati mesti ada rasa

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum sunah...cemburu tu boleh bila dah kawin nanti tapi jgn la lebih2 plak kan...:)

    ReplyDelete
  8. alar... janganlahhh cemburuuuuu~~~~


    hahahahahhahah...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com