BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, January 9, 2013

Durian Kuning vs Durian Oren Borneo

Tetiba rasa nak buat entri ni.

Tak ramai yang tahu pasal durian dari Borneo ni. Sebab kat Semenanjung tak ada durian macam ni. Durian kuning atau durian oren, kedua-duanya bukan durian tembaga, tapi durian hutan; yang sekarang da banyak 'didusunkan' termasuk la kat dusun arwah nek (nek = atok).


Durian kuning.

Dalam bahasa Melanau Bintulu, kitorang panggil "ong bukeq" (ong = buah). Durian ni kulitnya macam durian biasa, tapi warna kulitnya kuning. Isinya kering, tak basah atau lembik. Bila belum dibuka, baunya hampir tiada langsung. Bila da buka dan masuk dalam mulut, rasanya lemak-lemak manis.


Durian oren. 

Kadang-kadang kalernye tak berapa nak oren macam dalam gambar kat atas ni. Kalau di Sabah, ada yang kalernye sampai kemerahan. Dalam bahasa Melanau Bintulu, kitorang panggil "ong tebelak". Yang ni susah sikit nak cari. Kat pasar tadi pun ada sorang je penggerai yang jual. Kecik-kecik aje saiz dia. Kulitnya hijau, durinya lebih panjang dan runcing. Durian ni macam durian biasa, baunya agak kuat sebelum dibuka, bila dibuka lagi la semerbak. Durian ni isinya lembut dan sedang-sedang antara kering dan lembik. Rasanya fuhhhh lebih lemak manis dari durian kuning!

Sekarang ni tengah musim. AirAsia pun tengah buat 10,000 Free Seats untuk penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Borneo. Kalau tak habis lagi tiket, meh ler jemputtt datang merasa durian ni.

Nak bawak naik belon ke Semenanjung, takut tak lepas scan masuk kargo je! T_T


14 comments:

aDisH.sHidA said...

msti sedap kan...tapau la bawak balik johor

Mat Gebu said...

Tak kiraaaa...nak jugakk...siap2 pack isi dia dan bekukan dalam freezer...lepas bawak balik... @____@

Anum said...

wow apa tue

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

bolehlah, isi siap2 dalam tipuware, akak ngidam ni Sunah, bawakan akak ya... huhuhu.. cer ikut cadangan Cik Mat Gebu tu..

Rozita said...

baru je nak tulis suruh bekukan dan bawak utk org kat sini..tapi cik mat dah tulis dulu.. kalau buat durian crepe mesti lagi sedap kan dik?

duri dia panjang2... comel la pulak..hehe..

p/s pernah baca pasal durian ni di blog uncle lee..

combi said...

drooling.......

~~zana@pb~~ said...

Kakpb taktau pula adik ni tinggal area Borneo, Sabah dimana? Kkpb suka durian. Belum rasa lg yg oren tu. Nmpk sedap.

Mrs. Abi said...

tetiba teringin nak makan durian.....huhuhuhu

Kathy Tuah said...

kmk org ngela durian di batang (mun x silap).. nyaman owh.. terus teringin!

Asmah Andy said...

salam akak..owh, rupanya tgh kat kampung..:) em, nk share ckit pglmn akak sy nak bwk durian semenanjung blk sabah..dah cantik dah packing, buang kulit, ambik isi je, masuk dlm tupperware pastu baru masuk dlm kotak..last2 sangkut kat airport lcct..bila scan, polis bantuan kt airport suruh bukak kotak, dia xbagi bwk durian 2 masuk kargo..masuk kabin lg la xlepas..tpaksa la bg je durian 2 kat polis bantuan yg jaga ctu..hehe..rezeki dorg la..:) klu kt airport lain xpasti la plak..:) anyway, blog dah aktif semula..jemput la dtg..hehe..:)

cimöt said...

wowwwwww..pestime nampak doyan gitu..

kiera'sakura said...

akak yg durian bukit tue yg ada bijik kaler pink tue apa kak?

citarasa rinduan said...

alhamdullilah..
rezeki sis..

syukurr.
thanks sunah

jeBateja said...

Mano aci...bg kak ayu jerk...kita nak jugak.....

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.