BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, October 8, 2016

Hari Kedua di Medan - Berkunjung ke Pulau Samosir

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Entri ni lebih panjang tau. Sebab hari kedua, sangat banyak aktiviti.

Kami bangun awal hari kedua tu. Sebab Joe cakap nak berbaris amek ferry seawal 5 pagi. Encik suami pukul 3.30 pagi da siap mandi. Saya tegur, awalnya siap! Dia kata pukul 5 kan gerak? Ye lah, pukul 5, tapi sekarang pukul 4 pun belum. Errr. Rupanya dia tersilap tengok jam, terikut waktu Malaysia, kan cepat satu jam? Hihihi. Dia pergi sambung tidur balik. Hahaha!

Kami siap-siap angkut beg keluar pagi tu, sebab malam ni akan tidur kat tempat lain pulak. Tapi kan..pukul 7 baru kami gerak ke pelabuhan. Hahaha. Ape la Joe ni! Maybe dia terikut-ikut masa kalau bawak group yang besar, kena siap awal-awal. Tapi sebab saya dan encik suami dua orang je, tak perlu banyak masa nak bersiap macam group besar. Kami sempat la berbaris untuk masuk ke dalam ferry. Tapi nak tunggu ferry pun lama jugak, sebab ade satu ferry je. Pelayaran ke Pulau Samosir ambil masa 40 minit sehala. Kalau balik ke land, lagi 40 minit lah. Sementara menunggu tu, Joe dan Karta pergi sarapan. Saya dan encik suami da sarapan dah pagi tadi, makan roti yang kami bawa dari Malaysia. Jadi, kami tunggu dalam kereta je. Sempat la tengok masyarakat wanita kaum Batak berpakaian tradisional nak ke majlis di seberang danau. Cantik-cantik diorang pakai kebaya tradisional.

Kebaya tradisional masyarakat Batak

Bila ferry da sampai, Joe bawak kereta masuk ke dalam ferry. Sangat padat ok, ferry tu. Siap ada tukang arrange posisi kenderaan dalam ferry supaya ferry seimbang gituu. Bila ferry da gerak, Joe suruh keluar dan tengok pemandangan danau dari atas ferry. Boleh la tengok homestay kami malam tadi dari kejauhan. Udara pagi sangat fresh kat Danau Toba tu. Nampak Pulau Samosir dari jauh, besar jugak pulau tu. Sila google peta ya nak tengok saiz Pulau Samosir dalam Danau Toba. Lepas 40 minit, kami pun sampai ke Pelabuhan Tomok. Hahaha. tergelak saya tengok nama tu mula-mula. Kalau Tomok datang sini, mesti dia gembira dan selfie banyak-banyak.

Pemandangan dari atas ferry dan pelabuhan ferry di Tomok, Pulau Samosir

Joe park kereta sebelah kedai makan Kak Nona. Dia pelawa kami isi perut dulu kat sini, kemudian terus tapau makanan untuk destinasi seterusnya petang nanti. Kat kedai makan tu, saya order soto nasi. Terbayang-bayang lah nasi impit dalam soto kan. Tapi tetttt! Yang sampai kat meja saya adalah semangkuk kecil soto bihun dengan satu pinggan nasi putih. Ahahahah! Lain, ok! Saya makan soto nye saja. Nasi tu saya tapau dengan lauk yang lain. Joe cakap tinggalkan dulu tapau tu dan bayar kemudian bila kami kembali ke kereta nanti.

Soto + nasi Kak Nona..hihi

Sekarang kami nak ke Muzium Batak katanya. Tengok sigale-gale sculpture sekali. Jalan kaki je dari kedai makan Kak Nona tu. Joe pesan kat kami, kalau nak beli cenderahati kat area muzium tu, kena tawar sampai 60% dari harga asal. Kalau penjual tu tak nak, naikkan sikit-sikit dari harga yang kita tawar tu. Joe dan Karta tak boleh ikut dan tolong buat tawar-menawar time membeli belah tu, nanti kena marah dengan penjual. Ha, sampai camtu ye?

Kat Muzium Batak, kami amek gambar dengan sigale-gale scuplture tu, tak sempat nak tanya pun sejarah benda tu. Boleh rujuk wikipedia kat SINI ye. Tapi muzium nya sangat cantik. Bumbung muzium tu macam bumbung rumah minangkabau. Baru lah kami tahu, rumah kaum Batak Toba design dia memang macam tu. Kalau kaum Batak lain, design dia lain pulak. Haa. Kat Muzium tu jugak ade Tungtung. Tungtung ni kalau kat tempat kita, dipanggil beduk. Sama fungsinya. Yang kat muzium ni replika saiz gergasi, sebatang pokok yang diukir sampai jadi tungtung. Joe sempat dipaksa tunjuk macam mana cara pukul tungtung tu. Hahaha.

Di Muzium Batak, Pulau Samosir

Lepas puas bergambar kat situ, saya dan encik suami pun pergi ke kedai-kedai cenderahati kat luar muzium. Sangat banyak kedainya, memang tak tercover la semua kalau masa diberi 20 minit aje. Hahaha. Penjual pulak memang akan menggamit kita datang ke kedai diorang. Jadi, hati kena kental ye. Kami beli kain batik (Rp.50.000) dan kain sarung (Rp.50.000), t-shirt (Rp.30.000) dengan fridge magnet (Rp.25.000 untuk 2 pek). Jenuh jugak nak tawar menawar tu! Tak sempat nak beli benda lain sebab da cukup 20 minit. Kami ni menepati masa ye. Hahaha.

Jumpa semula dengan Joe dan Karta, kami bergerak balik ke kereta. Dalam perjalanan tu, sempat pulak aih singgah kedai tepi jalan tengok cardigen lawa. Harga asal Rp.120.000, kami dapat tawar sampai jadi Rp.70.000. Alhamdulillah. Nasib baik Joe da pesan awal-awal. Kami balik ke kedai Kak Nona, bayar makanan (Rp.103.000 - mahal nau nau maybe sebab sekali dengan tapau kot?) Tapi ape je la yang ditapaunyee...lauk 2 ketul daging dengan sambal tempe jee. Betul la kata Joe, kat pulau ni makanannya mahal sikit berbanding kat daratan sana. Siap bayar semua, kami pun gerak ke destinasi seterusnya. Ok, da mula nampak khinzir merata-rata. Dan Joe pun cakap, sebab tu la dia suruh tapau makanan. Start dari situ, dah tak nampak masjid dah. Nak cari kedai makan Muslim da agak susah sebab majoriti kat situ penduduknya beragama Kristian. Dan merata-rata boleh nampak kubur orang Kristian kat situ. Kebanyakan kubur keluarga berada di sebelah rumah masing-masing, malah kuburnya lebih cantik dari rumah mereka sendiri.

Yang ade tanda cross tu kubur kaum Batak beragama Kristian

First stop selepas bertolak dari Tomok tadi, Joe bawak kami ke kawasan berbukit. Sampai ke hujung dia bawak kereta. Nervous encik suami tau. Hahaha. Bukit ni takde nama, tapi Joe bagi nama Bukit Teletubbies Part 1. Kenapa ada part, sebab nanti ada Part 2. Haha. Pemandangan dari bukit ni sangat cantik. Macam dekat Bukit Katak, Pulau Pinang tapi air kat sini lagi dalam dan takde lopak-lopak macam kat Tasik Gelugor tu. Dari atas bukit, boleh nampak ada beberapa buah rumah kat lereng bukit kat bawah tu. Siap ada bercucuk-tanam lagi. Kami amek banyak gambar kat sini. Sambil Joe dengan Karta makan jajan. Haha.

Di Bukit Teletubbies Part 1, fefeeling "If you give me a chair, I can sit whole day watching this hidden paradise..."

Dari situ, perjalanan kami bersambung, naik ke bukit bukau. Dari atas bukit, memang tak putus-putus pemandangan sekitar Danau Toba yang sangat indah tu. Rasa macam bukan dekat Asia Tenggara tau, tapi dekat Switzerland, Kashmir, Iceland. Haha. Bukan over, tapi hakikatnya memang macam tu. Bukit-bukau menghijau, atas bukit berbaris-baris pokok pine. Tapi pada sesetengah tempat, ada rumput-rumput yang terbakar dek panas mentari. Joe kata dah lama sangat tak hujan kat Danau Toba. Huhuhu. Kesian pokok-pokok. Moga Allah turunkan hujan untuk sejukkan bumi kat sana. Ameen.

Pemandangan sawah padi di Pulau Samosir, Danau Toba

Joe bawak kami ke hidden place yang baru je dia jumpa beberapa hari lepas. Kawasan atas bukit, dengan background Danau Toba yang sangat cantik. Kami berhenti makan nasi yang ditapau kat sini. Makan atas jalan raya tepi bukit je. Takde gambar. Hahaha. Gambar lepas makan ade la! Gigih encik suami amek gambar tau, kat sini paling mencabar nak amek gambar secara duduk macam tu. Sebab da kat hujung sangat, seram woo...kalau jatuh ke bawah tu, haruuuu!

Hidden paradise, Pulau Samosir, Danau Toba

Dari tempat tu, Joe bawak kami ke Bukit Teletubbies Part 2. Haha. Teletubbies sangat! Encik suami siap tukar kain pelikat, ok! Konon-konon nak jadi pengembala lembu la tu! Sebabnya kat sini, lembunya pandai panjat bukit nan tinggi tu untuk meragut rumput. Ko hado?? Hahaha. Kagum saya tengok lembu-lembu ni, tinggi betul mencari rezeki. Mesti lembu-lembu ni sado panjat bukit hari-hari. Mujur lah tak tergolek ke bawah. XD Kami shoot gambar sampai lah azan Asar berkumandang. Ya, sini ada satu masjid kat bawah bukit tu. Sebelah church. Tapi tak amek lak gambar. Adoiiii!!! Masjid tu masjid baru jugak. Air takde. Huhu. Kena amek wudhuk dalam kolah dalam tandas perempuan. Kesian kan diorang kat sini? Kita doakan moga masjid tu akan dibangunkan dengan kadar segera untuk kemudahan masyarakat beragama Islam di sekitar tempat tu. Ameen.

Titik-titik putih dan hitam tu lembu hokeyyy!! Masya Allah, birunya langit!
Kononnya pengembala lembu la ni?? Di Bukit Teletubbies Part 2, Pulau Samosir

Lepas solat, Joe bawak kami ke Pusuk Buhit Hills. Kat sini ada istana lama Raja Batak zaman dahulu kala. Kat istana tu, ada banyak patung ye. Joe kata ada juga penduduk datang berdoa kat situ, penduduk yang masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka. Joe ajak rehat kat situ sekejap, anginnya sangat kuat. Memang sedap kalau tidur kat situ, tapi seram la nak tidur dikelilingi patung. Errr. Joe cakap raja tu dulu sangat kaya raya. Ada banyak emas yang ditanam tak jauh dari kawasan istana tu. Ada sekali tu orang datang nak korek emas tu, tapi mati. Lepas kejadian tu, takde sape dah yang berani korek emas raja tu. Gitu la ceritanya. Ko ghase aku nak ke duduk lama-lama kat situ? Tak sedap hati, ok! Kami keluar dan amek gambar kat sekitar Pusuk Buhit Hills tu. Cantik pemandangan dari situ. Angin dia ya Allah, kuat sangat menderu-deru.

Sopo Guru Tatea Bulan, istana Raja Batak dahulu kala
Acah-acah dilwale la ni? Hahaha..kalo tak takut baju kotor, memang saya baring terus je kat situ!

Dari Pusuk Buhit Hills, Joe nak bawak kami ke air terjun. Waahhh! Bestnya! Dalam perjalanan tu, sempat pulak beli rojak buah kat penjual bermotorsikal tepi jalan. Joe kenal orangnya, Muslim katanya. Kesian dia jauh bawak motor nak jual rojak tu. Rojak buah dia Rp.5.000 je. Murah kan?? Banyak pulak tu. Lepas beli rojak, Joe bawak kami sambung perjalanan ke air terjun. Sebelum masuk ke kawasan perkampungan area air terjun tu, Joe singgah ke kedai runcit luar kampung tu. Dia sarankan beli ape-ape je, tak kisah, sekadar menghormati pemilik kedai tu sebab kita masuk kawasan kampung dia secara percuma je nak tengok air terjun tu. Encik suami beli air dan jajan.

Joe dan encik suami beli rojak buah

Then Joe sambung lagi drive. Jalannya agak berliku-liku dan berlubang-lubang. Tapi sampai jugak la kat Efrata Waterfalls tu. Joe cakap amek gambar je, tak mandi. Alaaaaa. Sedihhh. Ikut je lahhh. Takde orang langsung ye! Kosong! Kat receptionist pun takde sape! Tong sampah dia pun bersih ajee. Owh, rupanya baru lagi. Baru sangat-sangat. Tak ramai orang luar tahu tempat tu. Dan tak ramai yang sanggup nak lalu jalan berlubang-lubang nak mandi kat air terjun tu kot? Ok, lagi satu sebab orang tak mandi adalah air dia sangat sejuk adohai. Haha. Sambil bergambar pun menahan sejuk kena tempias air terjun. Hihi.

Efrata Waterfalls, Pulau Samosir, Danau Toba

Sekejap je kat situ, terus bertolak lagi ke destinasi seterusnya, Menara Pandang Tele. Yang ni dah kat luar Pulau Samosir dah. Tapi tak perlu naik ferry. Ada jambatan dari pulau ke daratan sebelah sana Danau Toba. Kat sini boleh tengok pemandangan Pulau Samosir. Kena bayar ya, Rp.20.000 kot? Da termasuk dalam pakej. Cantik pemandangan dari sini. Siap boleh nampak Efrata Waterfalls tadi. Dan beberapa lagi air terjun lain yang Joe cakap takde trails nak ke situ. Kena hiking & jungle trekking kalo nak. Haha.

View dari Menara Pandang Tele, Danau Toba

Dah siappp semua aktiviti hari ni, kami pun gerak ke hotel kat Silalahi. Dalam perjalanan, kami lalu kawasan perkampungan kat tanah tinggi. Which I regret sebab tak amek gambar pun. Kawasan perkampungan tu sangatttttttt sejuk oi. Hampir setiap rumah ada kebun kobis. Ruginya tak amek gambar adohai. Perjalanan amek masa 3 jam nak sampai ke hotel, kata Joe. Tapi dia bawak laju benar. Haha. Faham-faham lerr. Maghrib kami sampai kat petrol station, Joe isi minyak dan rehat sekejap. Then sambung perjalanan berbaki 40 minit lagi katanya.

Malam-malam macam tu, suasana sejuk, saya siap tertido-tido lagi. Tutup tingkap dan amek towel dalam beg buat selimut. Sampai satu tempat, kami start turun bukit, Joe bagitahu kat encik suami, kita sekarang turun bukit ya bang. Ok, jawab encik suami. Beberapa kali terjaga, tengok lorong tu kecik gila dan tak berlampu. Dan...takde kereta lain. OMG. Tempat apa ni? Sambung tidur. Then terjaga balik sebab dengar Joe bercakap dengan jelas sekali, "when you see something, you don't speak anything. You know what I mean?" Then dia tersengih-sengih.

What??

Saya pandang encik suami. Saya pandang Joe. Saya pandang depan. Senyap tak berkutik.

Ok. Tak nak nampak apa-apa dah, tidur balik. Hahaha!

Pukul 8 lebih kami sampai hotel di Silalahi. Sejukkk, ok. Keluar kereta, angkut beg masuk hotel. Rehat.

Esok nak gerak ke Sipisopiso!


Entri sebelum ini:


1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Soleh tak tidur kan, Soleh tak nampak apa2?

Kagum baca korang punya adventures ke Medan, akak jalan smpi Berastagi jer.. tak sanggup wooo jalan mcm ular dipalu

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.