Sunday, December 24, 2017

Jalan-jalan ke Osaka, Jepun - Hari Pertama

Entri sebelum:
Jalan-jalan ke Osaka, Jepun - Merangka Itinerary


Assalamualaikum dan selamat hari Ahad.

Ya Allah, lamanya tertangguh entri hari pertama di Osaka, Jepun! Da nak sampai hujung tahun 2017, dah! Sedar ke tak sedar? Hahaha! Adumakkk, ape nak jadi lah Sunah oi! Penyakit M nya tu besar sangat sampai macam takde ubat dah. XD

Ok, ok. Sebelum melarat, baik kita teruskan menaip.

Berapa hb ek gi Jepun? Tengok..dah lupa dah. XD

Belek jap kat SINI. Ok.

Pada 1hb Mac 2017, awal-awal pagi lagi saya dan encik suami menunggu di airport KLIA2. Flight kami pukul 8 pagi. Memang ramai juga yang ke Osaka pada tarikh tu. Muka Jepun pun ramai nak balik tanah air diorang. Untuk masuk ke balai berlepas, kami kena berbaris dulu. Ade staff Air Asia X menyemak passport kami di hujung barisan tu. Staff tu tanya, pergi ke sana berapa hari, untuk ape, pergi seorang atau dengan sesiapa. Haa, mungkin salah satu safety measure diorang yang terakhir sebelum semua penumpang naik pesawat. Maka, ikut je dan jawab segala yang benar belaka.

Berbaris untuk disemak passport dan short interview.

Flight yang kami naik, takde TV! Alamakkk, 7 jam tuuu! Mampusss, hahahah! Ingatkan ade la entertainment macam dalam flight MAS 2 tahun sebelum ni. Sobss. Encik suami takpe la, dia ade i-Pad "kesayangan sangat" dia tu. Boleh main game. Saya? Aduuu. Saya pun lupa dah ape saya buat sepanjang perjalanan. Mungkin tidur kot? XD Atas flight ni, kami beli makanan sesiap secara online masa nak check in web. So, boleh dapat murah la berbanding beli on board. Makan dua kali, tapi saya rasa sekali pun da ok sebab masa makan kali kedua tu rasa macam terpaksa makan dengan perut yang masih kenyang. Encik suami pun. Hahaha!

Meals saya. Encik suami punya lupa nak amek gambar. Adoh!

Dalam pukul 3.25 petang waktu kat sana, kami pun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIA) yang letaknya macam kat pulau sikit. Takde ambik la pulak gambar dari atas masa mula-mula sampai. Nak tahu sebab ape? Sebab cahaya matahari memancar penuh kesilauan masa kat atas. -_-" So, tak dapat nak bukak window sheet. Huhuhu.

Setibanya di KIA, kami terusss pakai winter jacket. Walaupun da nak hujung-hujung musim sejuk, tapi sejuknya ya Allah. Encik suami pun cakap "abang ingatkan sejuk macam Cameron tu ke..." Hahaha! Baru ko tauuu! Keluar dari pesawat tu, kami naik train ke main terminal. Sama macam train kat KLIA kalau nak ambik international flight kot? Then, kami tanya staff kat KIA lokasi prayer room sebab takut sampai rumah nanti da masuk Maghrib. Ya, KIA ada prayer room ya! Bilik sembahyang untuk semua agama. Ade 3 buah katanya, tapi kami jumpa yang kat Terminal 1 je, betul-betul sebelah Korean Air Lounge kat Level 3. Bilik sembahyang dipisahkan untuk lelaki dan wanita. Waktu solat kat sini sangat awal ya, jadi sila alert dengan benda ni untuk tak terlepas waktu solat semasa bermusafir.

Prayer room di Kansai International Airport.

Masa nak gi solat ni la terserempak dengan sorang admin Road to Japan, encik Dzulhaidy Abdul Rahim. Sempat la encik suami berborak dengan dia kejap sebelum kami berpisah. Lepas solat, kami cari JR Ticket Office. Kena tuntut tiket yang dah di-book online sebelum datang sini. Senang je nak cari dia, tengok signboard yang tunjuk JR train, sure akan jumpa ticket office tu depan JR train entrance je. Kaunter dia pun banyak, berbaris kejap je walaupun nampak panjang mulanya. Saya just tunjukkan email dari pembelian online, then bayar kat kaunter tu harga untuk 4 hari penggunaan JR West Kansai Area Pass berjumlah 6,300¥ seorang. Korang boleh belek maklumat lanjut kat West Japan Railway Company.

JR Ticket Office dan JR Line Gate di Kansai International Airport.

Lepas dapat tiket untuk 4 hari tu, saya turut membeli tiket sehala berharga 1,190¥ ke Temma Stn, stesyen terdekat dengan penginapan AirBnB kami kat sana. Untuk hari pertama, kami belum start guna JR West Kansai Area Pass. Hari kedua baru kami start pakai yang tu. Sebab? Kami sampai ke Temma tentu da lewat petang. Tak banyak tempat dapat pergi bila da malam. So, kami plan untuk berjalan-jalan di sekitar penginapan sahaja.

JR one way ticket Kansai Airport - Temma.

Sepanjang perjalanan ke Temma Stn tu, dapat la kami tengok pemandangan kampung-kampung dan bandar-bandar sekitar Kansai. Encik suami cakap, rumah diorang kaler dia dull gitu aje. Takde yang terlalu mencapap. Hahaha! Masa berhenti kat stesyen-stesyen, ternampak jugak budak sekolah tengah tunggu train seorang diri. Jepun terkenal dengan negara yang selamat, kadang-kadang je kita akan dengar berita jenayah berlaku di Jepun.

Budak sekolah tunggu train kat Hineno Stn.

Sejam lebih perjalanan, kami sampai di Temma Stn. Train ni direct ke sini. So, tak payah turun sepanjang perjalanan. Tunggu  je sampai destinasi. Suhu masa ni dah makin sejuk sebab da masuk Maghrib. Kami keluar dari stesyen dan ikut arah yang host AirBnB dah hantar dalam email. Menapak je dalam lebih kurang 5 - 10 minit gitu campur tolak terpegun tengok FamilyMart yang dah lama dirindui. Saya tak ambil lah pulak gambar luar apartmen tu. Kalau tak, boleh tengok betapa dekatnya bangunan sebelah dengan pintu masuk apartmen. Nampak lah sikit orang Jepun sangat memanfaatkan setiap inci tanah yang ada kan? Hahaha!

AirBnB yang kami duduk adalah milik Yaeko-san, jenis bukak pintu terus nampak dapur dan katil. Macam studio kecik. RM97 semalam. Korang boleh belek rate dan room dia kat SINI. Encik suami siap buat live juga kat FB sambil masak megi. Hahaha! Kami plan nak keluar balik lepas selesai solat. Nak jalan-jalan area Tenjinbashi-suji. Salah satu shopping street terpanjang di Osaka, tapi tak sepopular Shinshaibashi-suji.

Keluar bilik kene senyap-senyap ya. Korang memang tak akan dengar bunyi ape-ape kat perumahan Jepun. Susah nak jumpa jiran sebelah. Sunyi macam tak berpenghuni aje. Tapi itulah budaya diorang. Tak suka kekecohan dan bunyi bising. Dalam train pun macam tu. Tapi pernah juga terserempak budak-budak sekolah yang bising berborak dalam train. Hihi. Mungkin 1 dalam 100 yang macam tu.

Tenjinbashi-suji, Temma. Encik suami belikan apron untuk kakak ipar.
Cantik kan tshirt tu? Simpleee, tapiiii harga diaaa..jangan memain! Hahaha!

Banyak restoran, tapi takde yang diyakini halal. So, tengok je dari luar.

Kat Tenjinbashi-suji, ade banyak deretan kedai dan restoran. Tapi kebanyakan kedai da tutup time tu. Orang Malaysia pun macam tak nampak je. Kitorang je agaknya. Hahahah! Disebabkan banyak kedai tutup, maka sesuka hati kami je lah bergambar kat sana sini. Lepas da penat berjalan, kami singgah ke supermarket besar kat situ. Agak ramai orang dan meriah. Rupanya ada sale. Buah strawberry pun sale ok!! Saya tak berapa ingat harganya, tapi dalam RM8 gitu je, besar-besar dan fresh pulak tu! Encik suami pun suka dan cakap sedap sedangkan selama ni dia tak suka strawberry. Lagi satu benda yang wajib saya beli bila sampai Jepun adalah air kota coklat Van Houten Cocoa. Ya Allah, rindu, ok! Tak akan jumpa yang sesedap tu kat Malaysia. Hahaha! Uols kalo gi sana, wajib cari tau! XD

Gi Jepun, wajib cari dua ni, ok!

Da puas window shopping, kami pun gerak balik apartmen. Rehat dan sambung hari kedua pulak ya!


Entri seterusnya:
Hari Kedua

1 comment:
Write Comments

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com