Jalan-jalan ke Osaka, Jepun - Hari Kedua

January 17, 2018

Entri Sebelum:
Sebelum ke Jepun
Hari Pertama


Assalamualaikum dan selamat hari Isnin!

Hari cuti-cuti Malaysia. Hihi. Hari ni saya nak sambung entri untuk hari kedua di Osaka pulak. Sementara ada mood ni kan. Kalau tak, entri Port Dickson dengan Jogjakarta pun terbengkalai kalau tak teruskan menaip. Tapi, tengok gayanya, memang tahun depan baru lah sampai entri dua tempat terkemudian tu. Hahahah!

Haa..kau tengok, dah tahun depan pun...perenggan pertama tu saya buat tahun lepas tau..hahaha!! Takpe, kita sambung ajee!

JR West Rail Pass - masih simpan dalam purse sampai sekarang..hihi

Ok, hari kedua kami di sini, kami gerak dari apartmen pukul 8 lebih. Tak keluar terlalu awal sebab hari bekerja ni, train akan jadi macam tin sardin dengan rakyat Jepun yang pergi kerja naik train awal pagi. So, nak elakkan benda tu, disarankan untuk keluar selepas 8 pagi. Hari ni kami nak ke Kyoto. Bermula lah penggunaan JR West Kansai Area Pass. Kami ambil JR train ke Osaka dari Temma stn. Di Osaka pula, tukar train lain ke Kyoto. Benda-benda ni, korang boleh google maps sendiri before ke Jepun ya. Ade panduan train ape yang korang bole naik, gerabak berapa, berhenti stesyen mana dan berapa minit akan sampai. Osaka ke Kyoto naik JR train mengambil masa tak sampai 1 jam. Dalam perjalanan tu, boleh lah belek itinerary untuk make sure betul hala tuju kita.

Belek-belek itinerary sambil tunggu train sampai ke destinasi

Sesampainya di Kyoto, kami terus ambil train ke Saga Arashiyama stn. Ya, kononnya begitu. Tapi kami tersalah naik train, tak berhenti pun dekat Saga Arashiyama stn, tapi dia berhenti dua stesyen selepas tu. Masa ni la kami baru nak memahami sistem train Jepun. Seperti yang saya ceritakan dalam entri pertama. Train dia ade local, rapid dan special rapid. Salah satu jenis train ni adalah yang ekspress dan tak akan berhenti dekat semua stesyen. Jadi, kalau terlepas stesyen, jangan panik. Tunggu train yang betul untuk balik semula ke stesyen yang sepatutnya.

Disebabkan da terlepas Saga Arashiyama stn, kami decide untuk stop dekat stesyen sebelum Saga Arashiyama, iaitu Kameoka stn. Dari sini, menapak sikit ikut orang lain berjalan beramai-ramai ke Sagano Relic Railway atau disebut juga Sagano Romantic Train. Train ni adalah train khas yang melalui sepanjang Sungai Hozugawa untuk pelancong melihat pemandangan alam semula jadi. Perkhidmatan train ni ditutup sepanjang musim sejuk, tapi dibuka semula pada penghujung musim. Time kitorang pergi tu, maksudnya diorang baru buka balik la.

Pemandangan sawah padi sepanjang menapak ke Torokko Kameoka stn.

Sampai kat Torokko Kameoka stn, beli tiket untuk naik Sagano Romantic Train berharga 620¥ seorang, sehala. Kami ambil sehala je sebab nanti ade plan lain pulak. Da beli tiket tu, tunggu la train sampai. Ambil gambar banyak-banyak dulu sambil tengok pelancong dari negara China yang datang beramai-ramai riuh rendah bunyinya. -_-"

Torokko Kameoka stn, khas untuk Sagano Romatic Train (bulatnya pipi di situ)

Kat stesyen tu ade seorang pengawal yang akan jaga keselamatan penumpang. Bila train da muncul dari jauh, dia akan pastikan kita tak terlalu dekat dengan landasan. Bercakap dalam bahasa Jepun sambil tiup wisel, buat-buat fahamlah ya!

Pengawal landasan Uncle Jepun suruh tepi sikit

Dalam train, kena duduk ikut nombor seat dan platform dalam tiket. Ruang antara seat yang berhadapan adalah sangat sempit. Depan saya dan encik suami masa tu adalah dua orang pelancong remaja lelaki dari China. Memang nak bertemu je lutut kami time duduk tu. Tapi tak lama, bila da start nampak sungai, saya dan encik suami bangun dan berdiri je tepi tingkap besar train tu. Ya, boleh berdiri. Tapi tanya dulu, minta izin ya dengan "konduktor" dalam train tu. Jangan main bangun je. Hihi.

Sangat cantik pemandangan sepanjang Sungai Hozugawa. Air dia kaler biru kehijauan. Sangat bersih, tanpa sampah sarap. Siap boleh nampak itik berenang lagi. Train berhenti jugak kejap kat salah satu perkampungan ke ape tah, sebab tak faham bahasa Jepun. Ade penerangan tentang tempat-tempat yang train slow down dan berhenti, tapi tak faham sepatah haram. Hahaha!

Sungai Hozugawa dari dalam Sagano Romantic Train

Bila da sampai Torokko Saga stn, kami turun dan menapak sedikit ke Arashiyama Bamboo Grove. Salah satu tempat paling unik di dunia kerana ladang buluhnya. Pergi pagi-pagi weekdays, tapi pelancong lain pun da ramai. Sempat juga ambil gambar dengan orang Jepun yang berpakaian tradisi mereka. Kami pun ambil kesempatan juga bergambar dengan pakaian tradisi kami. Eh! Ya, kami berbaju Melayu dan berbaju kurung putih pada hari kedua di sini. Semata-mata nak ambil gambar istimewa kat bamboo grove tu. Hihi. Ade beberapa orang Malaysia yang datang tegur kami, dan offer untuk ambilkan gambar kami. Dia salute tengok encik suami berbaju melayu masa mula-mula masuk ke kawasan ni katanya. Menahan la sejuk sekejap untuk shooting gambar, lepas tu laju-laju pakai balik baju sejuk. Koh koh koh.

Arashiyama Bamboo Grove, Kyoto

Dari Arashiyama Bamboo Grove tu, kami kena keluar untuk cari Saga Arashiyama stn. Mula-mula kami tanya penarik beca. Dia tak pandai bercakap bahasa Inggeris, tapi dia berusaha jugak nak tunjuk jalan dengan isyarat tangan. Jadi, kurang faham la sikit. Tapi kami tunduk dan ucap terima kasih juga. Menapak la ikut orang lain berjalan keluar ke kawasan perumahan Arashiyama, sambil encik suami buat video live. Ralit sampai sesat. Hahaha! Alhamdulillah, ternampak papan peta besar yang disediakan untuk pelancong. Rupanya da terlebih berjalan. Patah balik sampai jumpa stesyen.

Dari Saga Arashiyama stn, kami naik train ke Kyoto semula. Turun kat Kyoto, bukak google maps dan cari restoran Ayam-YA. Salah satu restoran ramen halal di Kyoto. Menapak la kami cari restoran tu dalam 15 - 20 minit juga. Akhirnya jumpa, tapi da almost nak tutup sebab dah nak dekat pukul 2 petang. Macam yang saya gitau sebelum ni, restoran kat sini kebanyakan bukak waktu lunch, then tutup dan bukak balik waktu dinner.

Ambil gambar ni lepas kedai dah tutup, kain rentang dah takde

First time kami order makanan guna mesin. Pilih makanan yang kita nak dari menu dekat mesin tu, then masukkan duit. Nanti mesin keluarkan kupon makanan, bagi dekat waiter. Then kita duduk je la tunggu makanan sampai. Saya tak ambil pula gambar mesin tu. Haha! Kat Ayam-YA ni bukan ada menu ramen semata, ada jugak menu nasi, ayam goreng dan macam-macam lagi. Saya order ramen, encik suami order nasi dengan kari ayam Jepun. Sambil tunggu makanan sampai, kami solat dulu dekat surau yang disediakan. Ya, Ayam-YA ada sediakan surau berasingan untuk lelaki dan perempuan. Sangat memudahkan. Alhamdulillah.

Restoran Ayam-YA, Kyoto menyediakan surau berasingan lelaki dan perempuan

Dari Ayam-YA, kami ke stesyen semula. Ambil train ke Inari stn. Pun pakai JR Pass. Hentian Inari stn. ni berhenti betul-betul depan Fushimi Inari Shrine. Salah satu shrine yang terkenal di Kyoto kerana pintu-pintu torii (torii gates) yang merah menyala. Difahamkan, pada pintu-pintu gerbang tersebut tertera nama-nama penyumbangnya. Shrine ni macam temple untuk penganut agama Shinto. Torii gates dia ada kat belakang shrine ni. Pengunjung yang datang ke sini boleh berjalan dalam tunnel yang terhasil dari susunan torii gates, mendaki ke puncak Gunung Inari. Tapi kami tak pergi sampai puncak pun. Sebab kesihatan fizikal saya tidak mengizinkan. Sakit lutut, nkoo. Sedih jugak lah time ni pulak nak sakit lutut bagai. Aduhai. Kesian encik suami tak puas mendaki. Kami pun turun semula melalui torii gates dan sempat ambil gambar dengan gadis-gadis Jepun berkimono. Wajib la ambil gambar kan! Hihi.

Bergambar dengan sepupu sepapat dekat Inari Shrine Torii Gates

Dari Inari stn., kami ke Kyoto stn., tukar train untuk pulang ke Osaka stn. Dalam perjalanan, kami turun di Takatsuki stn. Berniat nak ke Matsuzakaya Takatsuki Store, cari kain cotton Jepun. Tapi bila dah sampai Matsuzakaya, harga kainnya agak mahal berbanding di Nippori dua tahun lepas. Encik suami je yang membeli kain untuk business Pocket Tee Luigiz Collection dia. Saya hanya beli cenderahati untuk adik yang buat business Busy Book. Keluar dari Matsuzakaya, kami duduk sekejap depan store tu. Tengok orang lalu-lalang, tengok langit, hirup udara segar.

Matsuzakaya Takatsuki Store

Lepas tu, kami naik semula train dan turun di Osaka stn. Encik suami ajak jalan-jalan kejap dekat area Osaka stn. tu. Tetiba je kami sampai dekat Pokemon Center. Hahaha! Ramai pengunjungnya. Pokemon pun ramai jugak. Patung Pokemon yang ramai. Hahaha! Tapi tak beli ape-ape pun, just tengok-tengok je buat mengisi masa terluang. Dari Osaka stn., kami balik ke Temma. Macam biasa, jalan-jalan dekat Tenjinbashi-suji sebelum balik apartment. Siap beli pasta, minyak masak, telur. Malam tu kami masak sendiri di apartment, makan nasi brahim's bawak dari Malaysia, dengan pasta sukahati oleh encik suami. Hahaha! Lepas makan, tido!

Hari esok, perjalanan tak kurang jauhnya!


Entri seterusnya:
Hari Ketiga

You Might Also Like

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com