Thursday, April 19, 2018

Jalan-jalan ke Osaka, Jepun - Hari Ketiga

Entri Sebelum:

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Tetiba hari ni terbuka hati nak update blog yang bersawang kembali beberapa bulan. Berkat dilamar JDT Blogger, maka saya menanam hasrat untuk kembali aktif mengasah penulisan di sini. Cewah. Poyo.

Ok, straight to the point. Kita sambung lagi perjalanan di Osaka untuk hari ketiga.

Pada hari Jumaat, 3 Mac 2017 tu, saya dan encik suami keluar pagi-pagi ambil train ke Kobe. Dari Temma stn., pergi Osaka stn., ambil JR Line ke Sannomiya stn. Kat sini, tukar train ke Municipal Subway (bukan JR) untuk ke Shin-Kobe stn. Tambang adalah 210¥ sehala untuk seorang. Kalau tak nak naik train, boleh juga berjalan kaki dari Sannomiya stn. ke Shin-Kobe stn. selama lebih kurang 20 minit.

Bila dah sampai Shin-Kobe stn., kitorang blur. Serius lama gila kitorang stuck kat pekan tu sebab tak jumpa jalan nak ke Nunobiki Waterfalls. Yang kami jumpa adalah pintu gerbang ke Nunobiki Herbs Garden & Ropeway. Berpusing-pusing jugak sambil bergoogle map. Jalan punya jalan, naik tangga turun tangga, belek-belek lagi info kat internet, rupa-rupanya kami salah faham. Sepatutnya, Shin-Kobe stn. yang dimaksudkan dalam internet tu adalah Shin-Kobe Shinkanshen stn. Stesyen keretapi peluru (bullet train) Shin-Kobe tu tak berapa jauh sangat dari subway stn yang kami turun. Akhirnya dengan maklumat terbaru, ikut google map lagi, kami berjalan kaki ke Shin-Kobe Shinkansen stn.

Muka masam sebab tak jumpa jalan kebenaran

Sampai kat stesyen tu, kami nampak papan tanda untuk ke Nunobiki Waterfalls. Kena turun ke bahagian parking basement, ade laluan khas dari kawasan parking tu untuk ke belakang stesyen. Waterfalls tu letaknya di kawasan bukit belakang stesyen shinkansen tu. Kena memanjat lah ya ke atas. Masa naik atas tu, terserempak juga dengan orang-orang Jepun kat sana yang dah nak turun ke bawah, ade jugak pelancong lain yang naik menyusul lepas kami. Jalan naik ke atas tu macam ade anak-anak tangga, bukan tanah licin semata. Jadi, ia agak memudahkan walaupun mengah jugak lah. Hahaha! Dengan cuaca sejuk macam tu. Peluh pun tak sempat nak duduk lama kat kulit.

Nampak tak muka berpeluh mendaki tu..hahaha..sempat pulak ambil gambar pokok limau belakang rumah orang Jepun

Hasilnya, masya Allah! Ciptaan Allah yang sangat cantik di depan mata. Hilang penat mendaki. Serius sama dengan gambar air terjun Nunobiki yang kat dalam website dia. Air terjun Nunobiki ni tinggi dia 43 meter, sebelumm nampak air terjun ni, akan jumpa satu air terjun lain kat pertengahan pendakian. Nama Nunobiki tu katanya sebab rupa air terjun tu macam kain yang membalut (draped-cloth appearance). Entah la ek, tak berapa nak paham. Tapi kalau tengok gambar, nampak macam helaian kain gak. Tak jauh dari air terjun ni, dalam 20 minit perjalanan, boleh ke Nunobiki Herbs Garden, antara taman herba terbesar di Jepun. Boleh juga naik kereta kabel untuk tengok view dari atas taman ni, tapi kami tak pergi dedua ni sebab nak save budget. Hahaha!

Nampak kereta kabel dari bawah pun jadi lah..hihi
Peta Nunobiki Herbs Garden & Ropeway

Lepas spend masa kat sini, kitorang gerak turun dan patah balik ke Sannomiya stn. Dari sini, kami ambil JR Line menuju Himeji, dan turun di Motomachi stn. 10 minit berjalan kaki dari stesyen ni, akan jumpa Masjid Kobe. Masjid ni merupakan masjid pertama yang dibina di Jepun pada tahun 1935. Kitorang solat Zohor kat sini. Disebabkan hari ni hari Jumaat, jemaah agak ramai di masjid, dan jemaah muslimat pun ada sekali untuk solat Jumaat.

Masjid Kobe...ramai pelajar dari Indonesia di sini

Sekitar masjid ni ada banyak restoran halal dari selera India dan Asia Barat. Ada jugak satu kedai runcit khas yang menjual makanan halal dari serata dunia termasuk dari Malaysia ya! Kobe Grocers nama dia. Boleh lah beli jajan untuk makan tepi jalan. Kami tak makan tengahari kat area sini sebab kononnya nak ke Kobe Port makan kat Cappadocia. Ape tu?

Haa, dari Motomachi stn., kami naik JR train ke Kobe stn. Keluar dari train, kami menapak menuju ke Kobe Harbourland. Niat nak makan tengahari di tepi pelabuhan, tapi bila sampai dekat kedai Cappadocia tu, rupanya bisnes dia dah tutup. Mungkin sebab tak ramai pengunjung kot? Atau da bukak bisnes lain. Entah lerr. Jadinya, saya dan encik suami hanya duduk ambil angin di tepi pelabuhan Kobe. Sambil bersedih sebab tak dapat makan, tapi tetap gembira sebab da jejak kaki ke sini. Siap dapat pakej jejak Anpanman Museum (jejak kat luar je lah) lagi. Hahaha! But, seriously, Kobe sangat tenang! Suka sangat suasana dia. Alhamdulillah.

Kalau ke Jepun, jangan lupa ambil gambar dengan penutup longkang, serius cantik..hahaha!
Kobe Anpanman Museum from outside

Disebabkan sakura tak mekar lagi, ambil gambar dengan kudupnya pun boleh lah!

Dari Kobe, kami balik ke Temma. Petang tu makan maggi je. Malam lak disebabkan takde aktiviti dah, kami bercadang untuk gi Osaka city, cari Hard Rock. Esoknya tak payah dah keluar sampai malam sebab lusa pagi-pagi dah nak balik Malaysia. Sepupu saya kirim tshirt Hard Rock Osaka sehelai. Nak ke sana, kena ambil train dari Osaka ke JR Namba. Tak berapa ingat sama ada kami ada naik local subway ke tak sebab yang ni di luar itinerari. Yang ni pun jauh gak berjalan kaki. Pakai google map je uols, tu pun hampir perang dingin sebab da nak sesat tak jumpa jalan. Hantu punya GPS. Bahahah! Tapi encik suami mengikut aje ke mana saya bawak. :)

Subway station letaknya bawah tanah, yang ni tak pakai JR Pass dah..kena bayar tiket lain sebab kami tak ambil Osaka Amazing Pass
Antara design tshirt di Hard Rock Cafe Osaka

Dengan pembelian kat Hard Rock Cafe ni, kalau kita beli exceed certain amount, kita boleh dapat pengecualian cukai. Untuk foreign tourist sahaja ya. So, ok lah kan? Da habis membeli-belah, kami pun balik ke guesthouse. Seperti biasa, singgah cari strawberry dulu kat Tenjinbashi-suji punya shopping market. Hahaha! Wajib!

Ok, nanti sambung hari keempat pulak dan last pulak! Fuhh, berusaha!


Entri seterusnya:
Hari Terakhir

7 comments:
Write Comments
  1. Assalam Sunah..
    Waa bersambung juga cerita Jepun ni ya.
    Ko kasi habiskan semua Sunah, nanti Sis nak pergi sana senang jd bahan rujukan he he he

    Welcome back Sunah !!

    ReplyDelete
  2. TQ sudi terima lamaran JDT Blogger hehehe..

    Bestnya jalan2 Jepun.. salah satu negara idaman akak nak melancong..hehehe

    ReplyDelete
  3. @Sis Lin: Hahaha! Tu la pasal! Insya'Allah, akan dihabiskan..mekasihhh

    ReplyDelete
  4. @Hernee Nazir: Sama2 kak..mekasih jugak!!! Insya'Allah satu hari nanti akak pun ada rezeki ke sana..ameen!

    ReplyDelete
  5. sis bape harga tshirt hard rock tu ye?

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com