Jalan-jalan ke Osaka, Jepun - Hari Terakhir

April 21, 2018

Entri sebelum:
Hari Ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera! 

Pada hari keempat di Osaka, saya dan encik suami berjalan-jalan sekitar Osaka City. Kalau ikut itinerary, sepatutnya kami ke Nara pagi ni. Tapi disebabkan kesihatan kaki kurang mengizinkan, encik suami ajak jalan-jalan area Osaka sahaja. Masih menggunakan JR Pass, kami naik train ke Osakajokoen stn. Turun dari train, ikut je orang lain menapak pergi Osaka Castle, dalam 15 - 20 minit berjalan kaki.

Di laman Osaka Castle ni, ade taman bunga Ume yang kaya dengan pokok-pokok bunga Ume yang berwarna-warni. Kat taman ni, ramai pengunjung dari luar dan dalam negara Jepun datang melihat panorama pokok bunga Ume yang mekar sekitar hujung bulan Februari hingga bulan Mac. Pokok bunga Ume mekarnya lebih lama berbanding pokok bunga Sakura yang hanya mekar selama seminggu. Jadi, untuk yang tak sempat nak pergi Jepun tengok sakura, boleh lah tengok ume untuk dapat feeling-feeling sakura. Haha!

Untuk ke Osaka Castle, pengunjung akan melalui Otemon Gate. Pintu gerbang ini merupakan salah satu antara 13 bahagian pada Osaka Castle yang masih mengekalkan binaan aslinya dari zaman Edo. Disebabkan ciri-ciri aslinya yang masih kekal sampai sekarang, kerajaan Jepun menjadikan Otemon Gate istana Osaka sebagai salah satu Important Cultural Properties.

Otemon Gate, Osaka Castle

Masuk je melalui Otemon Gate ni, terus akan nampak taman bunga Ume yang sangat-sangat luas. Boleh lah bergambar dekat sini dulu sebelum ke kawasan istana. Pengunjung memang ramai, siap ada yang bawak kucing dan burung sendiri untuk shooting. Kalau jumpa owner yang baik hati, boleh lah tumpang bergambar dengan kucing & burung diorang. Hihi.

Burung kuning tak tahu nama, cumil sangat!

Ambil gambar kat taman tu kejap, kemudian menapak ke Osaka Castle. Istananya sangat tinggi dan besar. Di sekitar istana ada beberapa gerai yang menjual cenderahati dan aiskrim green tea. Tapi memang tengok je la mampu, tak berani nak beli sebab tak yakin dengan kehalalannya. Huhu. Kat istana Osaka tu, ade observation deck jugak, tapi kitorang tak naik pun sebab orang sangat ramai berbaris menunggu giliran. Jadi, kitorang just duduk kat kawasan lapang depan istana tu, ambil gambar, makan kacang. Hahaha!

Osaka Castle

Sekitar Osaka Castle, haa...tu la gambar header baru kita..ekekeke

Bila da puas menatap Osaka Castle yang sangat cantik tu, kitorang menapak balik semula ke taman bunga ume. Sambung ambil gambar, ambil video. Buat live, buat video call. Hahaha! Kat sini ada jugak golongan jurugambar pemburu lebah. Memula kitorang pelik gak, ape yang diorang ramai-ramai berkumpul satu tempat ni dengan kamera-kamera besar lens panjang. Then, salah seorang jurugambar Jepun tu panggil, dia suruh tengok kat kamera dia. Wahhh! Serius macam dalam kalendar punya gambar tu! Ade lebah seekor tengah terbang kat bunga Ume! Takjub sekejap! Subhanallah! Gigih betul diorang nak ambil gambar lebah tu. Hihi.

Bee hunter photographers yang gigih

Orang yang gigih berbaju melayu pink siap bersamping

Memang banyak gila ambil gambar dekat sini..jenuh nak pilih..hahaha

Lepas puas tengok Ume, kami berjalan kaki ke Osakajokoen stn. On the way nak ke stesyen, nampak pulak orang jual dorayaki muka doraemon. Hahaha! Tanya penggerai, dia kata no pork, no alcohol. So, beli la satu je nak buat rasa. Sedap sangatttttttttttttttt! Makan sambil tengok orang naik train yang bawak pelancong berjalan sekitar Osaka Castle.

Dorayaki muka doraemon...jangan tanya beli yang mana satu sebab dah tak ingat beb...hahahah

Ade train jugak untuk pengunjung yang kurang mampu untuk berjalan jauh...macam saya...eh!

Di Osakajokoen stn., kami ambil train ke Shininamiya stn., tukar train ke JR Kansai Main Line untuk  ke JR Namba stn. Dari sini, kitorang menapak ke Dotonbori. 11-15 minit perjalanan termasuk berhenti ambik gambar benda-benda pelik, nampak orang sangat ramai masya Allah. Ya, area Dotonbori ke Shinsaibashi merupakan kawasan tumpuan pelancong. Datang sini, kena ambil gambar dengan Glico Man. Kononnya tak sah ke Osaka tak ambil gambar dengan dia. Hahaha! Ape yang popular sangat, entah lah! Layankan aje! 

Glico Man, apa yang best sangat? Haha! Oh, ini atas jambatan ya..ada sungai kat bawah tu

Di Shinsaibashi-suji, salah satu shopping street yang sangat sesak dengan pengunjung, kami cari kedai Laox Daimaru Shinsaibashi. Sebab ape? Kat tingkat 8 kedai ni ade jual cenderahati khas untuk Muslim tourist. Ada ramen halal, curry halal, coklat halal..haaa, macam-macam ada! Dah kenapa saya tak ambik gambar ek kat atas tu?? Hahaha! Saya beli coklat aje kat atas tu dengan rice cracker. Lepas membeli cenderahati, kami ke bilik sembahyang di tingkat 7. Ya, kat Laox Daimaru ada prayer room berasingan untuk lelaki dan perempuan. Tapi, wudhuk kena ambil di toilet ya. Dia takde paip dalam prayer room. Maka, berpada-padalah ambil wudhuk dalam toilet orang Jepun. Jangan angkat kaki naik atas sinki pulak! Lantai pun kalau boleh jangan basah lencun. Orang Jepun memang tak suka. Mereka sangat pembersih orangnya.

Prayer room di tingkat 7 Laox Daimaru Shinsaibashi

Keluar dari Laox tu, encik suami ajak kawan dia berjumpa. Saya pun dah tak ingat nama dia sebab da setahun berlalu. Hahaha! Kami berjalan kaki ke kedai Ramen Honolu kononnya nak makan tengahari. Kalau ikutkan dalam website, waktu opening dia pada hari tu dari tengahari sampai 4 petang. Tapi bila kami sampai, kedainya tutup. Huhuhu. Takde rezeki nak merasa menu Ramen Honolu.

Ramen Honolu, tutup pulak time ni...patutlah takde orang berbaris kat luar

Kami googled dan search kat FB tempat makanan lain yang diyakini halal. Akhirnya ade student yang belajar kat Jepun suggest satu restoran kat JR Namba stn. Namanya Italian Tomato Cafe Jr. Encik suami dan kawan dia pergi kaunter order makanan, minta cashier tunjukkan menu yang vegetarian dan with no alcohol. Cashier dia sangat bekerjasama, alhamdulillah. Mungkin memang ramai student atau pengunjung muslim yang pernah datang ke situ.

Vegetarian Pasta di Italian Tomato Cafe Jr.

Kami berpisah dengan kawan encik suami lepas makan tu, kemudian bergerak balik ke guesthouse. Singgah lagi Tenjinbashi-suji buat kesekian kalinya sebab esok da balik Malaysia. Nguuuuu. Sedihhhh!

Kawan kirim green tea powder, katanya Jepun punya sedap

Maka, berakhir sudah perjalanan kami di Osaka selama 5 hari 4 malam. Esoknya, kami naik JR train ke Kansai Airport, the last train yang kami pakai JR Pass. Alhamdulillah, satu lagi perjalanan yang memberi banyak pengalaman baru berjaya disimpan dalam memori. Insya'Allah akan terus ke Jepun lagi pada masa akan datang kalau ada rezeki lebih lagi. Nak bawa encik suami ke Tokyo pula. :) 

Terima kasih sudi baca sampai hari terakhir! Kalau ada yang nak itinerary, boleh tinggalkan email di ruangan komen ya!

You Might Also Like

3 Comments

  1. syoknya la hai.. akak baca sambil membayangkan suasana kat jepun hahahaha

    ReplyDelete
  2. @Hernee Nazir: bayangkan je kak! nanti mana tahu, ada rezeki boleh sampai sana! ngeee

    ReplyDelete
  3. Soon In Shaa Allah... tengah baca balik iti Sunah bagi hari tu heeeee

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com