Review Filem: PASKAL The Movie

September 30, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya saya mencemar duli menulis review filem setelah sekian lama tidak berbuat sedemikian. Mak ai ayat. Macam tengah tulis sastera. Hahaha. Bukan ape, ni pertama kali saya tengok filem Malaysia yang saya rasa nak tengok lagi berkali-kali sebab tak boleh nak move on.

Siapa dah tengok PASKAL The Movie?

Mendengar namanya saja, tak memungkinkan seorang Sunah untuk menengoknya di panggung wayang. Apa benda PASKAL? Pelik nama, cerita Melayu pulak tu. Tapi seorang Sunah tak puas hati sebab ramai yang dah review filem ni sebelum officially released. Ada tayangan awal yang dibuat selama tiga hari sebelum tarikh tayangan rasmi pada 27 September 2018. Semua yang review kata best, maka seorang Sunah pun belek trailer.


Oh, macam best. Teringin pulak nak tengok sebab boleh rasa lain dari filem Melayu yang biasa. Maka semalam lepas habis run, saya ajak Ibah tengok PASKAL. Terus beli tiket secara online dari wbsite MBO Cinemas masa on the way nak balik rumah dari KPJ Johor. Ambil sesi pukul 11.40 pagi terus.

Sinopsis PASKAL The Movie

Pic: Rojak Daily

Filem aksi arahan Adrian Teh ini mengisahkan tentang sepasukan anggota unit elit Pasukan Khas Laut atau PASKAL, yang dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011.

Nah itu sinopsis seringkas boleh yang GSC Movies bagi kat trailer youtube. Hahaha!

PASKAL dilahirkan daripada pelatih-pelatih hebat yang berjaya melalui latihan ketenteraan khas di bawah Leftenan Komander Maznan (Nam Ron). Antara anggotanya yang hebat tersebut adalah Leftenan Komander Arman @ Jerung (Hairul Azreen), Gagak (Gambit), Ustat (Taufiq Hanafi), Yan (Hafizul Kamal), Jep (Ammar Alfian), Misi (Theeban G) dan Joshua (Henley Hii).

Anggota PASKAL beraksi. Pic: Rojak Daily

PASKAL bukan semata-mata sebuah pasukan, tetapi adalah keluarga dan sahabat yang terbaik bagi anggotanya. Latihan yang dilalui sebelum mereka menjadi anggota PASKAL secara rasmi, telah menyimpulkan satu ikatan kumpulan yang sangat erat, menunjukkan betapa signifikannya team building bagi sebuah organisasi yang mahu berjaya. Ini terbukti dalam babak-babak sepanjang filem, antaranya babak di kedai emas, di Angola, serta babak antara Arman dan Lily.

Walau bagaimanapun, tiada ikatan kekeluargaan atau persahabatan yang tak diuji. Beberapa babak utama dan sampingan dalam filem ni mendedahkan kepada penonton mengenai pergolakan dalaman dalam diri Arman serta pergolakan dalam PASKAL sendiri. Ada beberapa babak yang membuatkan saya mengalirkan air mata, terutama bila Maznan bertanya soalan cliche kem-kem motivasi, "kenapa korang ada kat sini? Kenapa korang nak sangat sertai PASKAL? Kenapa korang sanggup didera macam ni? Kenapa??"

Uols nampak kan dalam trailer tu jawapan Arman. Huhuhu.

Persoalan Arman tu jugak lah yang buat ibu dia tak berapa merestui penglibatan Arman dalam PASKAL. Mungkin ibu dia takut anaknya pun jadi macam ayah dia. Nampak kat sini betapa besarnya pengorbanan anggota PASKAL dan ahli keluarga mereka, ada yang faham tanggungjawab anggota tentera ni, tak kurang juga yang tak faham sampai ke sudah kenapa PASKAL ni sanggup bertarung nyawa demi keselamatan negara.

Kalau uols nak tahu sama ada persoalan Arman tu terjawab atau tak, dan sama ada ibu Arman akan memahami kerjanya sebagai PASKAL, uols kena la pergi tengok sendiri movie ni ya!

Apa yang menarik tentang PASKAL The Movie?

Senjata canggih milik PASKAL. Pic: Rojak Daily

Uols pasti akan kagum dengan cgi dan sinematografi filem ni. Intro filem pun dah canggih beb. Rasa macam tengok filem fiksyen dari negara barat. Dan sepanjang cerita, memang rasa macam tengok cerita omputih oi! Segala teknologi dan aset ketenteraan yang dimiliki oleh PASKAL dipertontonkan dalam filem ni termasuklah kapal selam negara yang pernah di'politik'kan kewujudannya suatu ketika dulu. Paling wow bila tengok ada teknologi yang boleh tembus dinding nak tengok isi dalam bilik tu ada apa. Perghhh!

Oh, part PASKAL masuk pelantar minyak yang ditawan musuh, secara senyap-senyap tak keluarkan bunyi tu sangat-sangat mendebarkan!

Banyak benda yang kita tak tahu tentang tentera, akan kita dapat dari filem ni. Beb, serius saya tak pernah tahu kewujudan pasukan elit PASKAL ni. Dari filem ni barulah saya tahu ada pasukan hebat macam ni kat Malaysia. Rasa nak nangis aje masa tengah taip ni sebab terharu. Filem ni dikatakan menelan kos sehingga 10 juta ringgit, dengan penggambaran dilakukan di Perak, Selangor, Sabah dan Turki. Tak hairanlah kalau filemnya pun nampak berkualiti tinggi dan setaraf dengan filem antarabangsa.

Overall, saya sangat sukakan filem ni. Walaupun ada lah jugak sikit part yang spoil kat sesetengah babak, dan dialog yang kaku dari tentera sebenar, tapi masih boleh diterima dan diperbaiki untuk masa akan datang. Serius langsung tak boring dari awal sampai habis! Saya bagi 4/5 bintang!

Nak terkencing, pergi toilet pun tahan oi! Hahaha!

You Might Also Like

2 Comments

  1. Wow, belom nengok lagi.....baca review dari cik sunah pun dah buat i rasa bersemangat woi !

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com