Ticker

6/recent/ticker-posts

Valentine Oh Valentine!

Salam mahasiswa. Hari ini, tanggal 14 Februari. Jika ana bertanya kepada sahabat-sahabat, mungkin ramai yang tahu 'keistimewaan' hari ini. Mustahil lah kalau ada yang tak tahu. Walaupun kita tidak berada di zaman Claudius II, kita sangat-sangat tahu tentang hari ini. Hari Memperingati Kekasih - Valentine's Day. Ana ingin mengajak sahabat-sahabat merenung kembali sejarah hari yang dianggap keramat buat pasangan-pasangan kekasih ini.


Valentine's Day sebenarnya diisytiharkan buat pertama kali oleh masyarakat Kristian sempena hukuman bunuh ke atas paderi Saint Valentine oleh pemerintah Rom, Claudius II kerana tindakan paderi tersebut yang mengahwinkan seorang askar secara senyap-senyap sedangkan pada ketika itu larangan berkahwin dikuatkuasakan ke atas golongan muda supaya mereka boleh berkhidmat untuk negara dengan menjadi tentera. Maka, 14 Februari dipilih sebagai tarikh untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Saint Valentine.

Sahabat-sahabat, sejauh mana masyarakat kita begitu memahami sejarah hari ini? Terutamanya di kalangan mahasiswa sendiri. Jika orang yang sepatutnya menyambut hari tersebut, ana tidak kisah. Hal ini berlainan apabila sahabat-sahabat yang tidak sepatutnya pula meraikan Hari Valentine dengan penuh rasa bangga. Ana kecewa kerana beberapa minggu yang lalu ada seorang sahabat ana menghubungi ana melalui SMS.

Sahabat: Nak mintak tolong boleh?
Ana: Mintak tolong ape?
Sahabat: Nak mintak tolong promote request valentine kat fakulti kamu

Ana terkejut. Mana mungkin untuk ana menjadi promoter kepada sambutan hari yang diharamkan dalam Islam. Dan ana semakin terkilan apabila mengenangkan sahabat-sahabat di sekeliling ana masih tidak faham erti sambutan hari ini. Malam tadi contohnya, ana dan seorang sahabat meronda-ronda di sekitar sebuah kolej. Sedih hati ana melihat begitu banyak pasangan-pasangan di sekitar kolej tersebut. Mungkin mereka ingin menyambut Hari Valentine bersama-sama atau mungkin sekadar berjumpa untuk menghantar assignment, siapa tahu; tetapi takkan berdua je? Tak. Taklah, ana tahu ada orang ketiga walaupun tak nampak pada pandangan mata kita. Hurm, hurm, hurm~

Buat sahabat-sahabat, mari kita renung kembali siapa diri kita, di mana akidah kita. Sahabat-sahabat ingat hadis Rasulullah s.a.w yang kita cintai?
"Sesiapa yang melakukan perbuatan sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut." (HR Ahmad)

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, berdasarkan hadis tersebut, umat Islam yang meraikan Hari Valentine pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian. Mengapa kita ingin meraikan kasih sayang hanya pada 14 Februari sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu (Utusan Malaysia, 12/02/09). Mula berfikir? Tepuk dada, tanya iman. Wallahu'alam.

Post a Comment

1 Comments

  1. salam ziarah..jemput muzakarah di blog saya dan jangan lupa add my blog..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com