Hari tu, mak beli gula-gula ni. Mesti kamu-kamu kenal gula-gula ni. Kecik-kecik dulu kan suka makan. Kenyal-kenyal dan manis gitu~ Macam-macam perisa lagi kan~~

Gula-gula ni pernah diboikot oleh kami adik-beradik tak lama dulu. Ada satu kisah di sebaliknya...

***

Atok: Nak sikit.

Adik: Amek la atok.

Atok mengambil sebiji gula-gula dalam bekas di tangan adik. Masa tu kami semua sedang menonton televisyen. Rancangan apa, tak ingat pula. Atok merenung gula-gula di tangannya. Kami tidak pula bertanya kenapa.

Atok: Lepas ni, tak dapatlah atok makan gula-gula ni lagi.

Saya: Kenapa pulak atok?

Atok: Gigi atok kan baru je patah tadi. Tak berdarah pulak tu.

Atok menunjukkan giginya yang telah tiada.

Adik: Hehe...atok dah takde gigi.

Esok pagi, atok meninggal dunia...pergi dalam tidur...

Al-Fatihah...


***

Selepas itu, berbulan-bulan, bertahun-tahun...gula-gula itu mengundang sayu di hati kami.

Moga atok tenang di sana...ditempatkan Allah bersama hamba-hambaNya yang bertaqwa.

Ameen...