"Jom Pi Makan" Penang Buffet di Pulai Springs Resort Bulan Oktober ni!

"Jom Pi Makan" Penang Buffet di Pulai Springs Resort Bulan Oktober ni! | Kalau bulan lepas, nyonya yang pergi makan, bulan ni, anak mami pulak ajak makan ๐Ÿ˜œ

Pada hujung minggu tertentu dalam bulan Oktober 2019 ni, Pulai Springs Resort menjamu pengunjung dengan "Jom Pi Makan" Penang Buffet di Cinta Terrace Restaurant. Promosi buffet ni akan dihidangkan pada tarikh-tarikh berikut:

11 Oktober 2019 - Makan Malam
12 Oktober 2019 - Makan Tengahari & Makan Malam
13 Oktober 2019 - Makan Tengahari

18 Oktober 2019 - Makan Malam
19 Oktober 2019 - Makan Tengahari & Makan Malam
20 Oktober 2019 - Makan Tengahari

25 Oktober 2019 - Makan Malam
27 Oktober 2019 - Makan Tengahari

*Makan Tengahari (12 tengahari - 2.30 petang)
*Makan Malam (6.30 petang - 9.30 malam)

Sempena dengan promosi "Jom Pi Makan" Penang Buffet ni, Chef De Cuisine Pulai Springs Resort, Chef Ronny Koh, membawakan aneka rasa Penang yang unik termasuklah dari kategori street food dan hidangan gaya penggerai. Antara sajiannya nanti ialah salad dan pembuka selera, sup, aneka hidangan utama, action stalls dengan live cooking dan juga pencuci mulut.


Rojak Penang


Penang Popiah


Fried Oyster Egg (Orh Chien)


Pasembur


Laksa Asam Penang


Penang Char Kway Teow


Loh Bak (Five-Spice Meat Roll)


Lok-lok


Sup Kambing Mamak dengan Roti Benggali


Kari Kepala Ikan


Kurma Ayam Bersama Kentang


Udang Masak Masala


Daging Kicap Bersama Cili dan Bawang


Sayur Goreng


Aneka Kerabu


Aneka Salad


Cendol


Egg Tarts


Aneka Kuih-muih

Macam-macam ada kan? Banyak betul menunya. Memang puas hati makan, lagi-lagi kalau harganya berbaloi-baloi sangat dengan kuantiti menu yang ada!

Berapa tuuuuu?

RM40.00 nett Dewasa
RM20.00 nett Kanak-kanak (4 - 12 tahun)
(Beli 5 Dewasa, PERCUMA 1 seat)
*harga dah termasuk SST

Jadi, apa tunggu lagi? Tempah sekarang sebelum terlambat!

Call +607 521 2121
WA +6016 733 2918 (Restaurant Manager)
Email enquiry@pulaisprings.com

Yang bestnya, parking PERCUMA untuk semua!

"Jom Pi Makan" Penang Buffet di Pulai Springs Resort Bulan Oktober ni! "Jom Pi Makan" Penang Buffet di Pulai Springs Resort Bulan Oktober ni! Reviewed by Sunah Sakura on October 03, 2019 Rating: 5

24 comments:

  1. sis. mengundang betul menu2 dia. kita dah la lama tak makan buffet macam ni. dapnya

    ReplyDelete
  2. dahla pagi tadi cuma sarapan telur rebus, tengok pulak makanan sedap-sedap ni lapar terus perut akak ni SUnah oi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...bagus betul sarapan telur rebus je ekkk

      Delete
  3. sedapnya kenyang tengok gambar .. eh tak kenyang pun =D

    ReplyDelete
  4. apesal sedap sgt tu.. adik mama ada kat penang bolehlah suruh dia usha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa cuba tanya dia, lulus tak menu2 penang ni? haahaha

      Delete
  5. Bila nampak kuih muih tu...bulat mata PC..huisshh.

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak datang lagi makan omelette oyster

    ReplyDelete
  7. Jommlaaa pi makan lagi..tak sabar tunggu minggu ni nak pi makan lagi hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Ya Allah.. all these food looks so amazing!! Can't believe that I've been to Penang thrice but tak pernah rasa most of those food, except for cendol and pasembur XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. khennnn...kita pulak biasa makan laksa penang je...hahaha

      Delete
  9. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ nyaman2 je makanan, btambah lapar kamek tok koh

    ReplyDelete
  10. makanan tu bila dilihat diwaktu tengahari macam ni..memang laporrrr perut aihh..hehe

    ReplyDelete
  11. Uih..murah jugak tu kan..ajom kita..adui..terus lapar tau tengok makanan ni

    ReplyDelete
  12. Nak!!! semua sedap sedap belaka haihh..kecur air liur

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.