Ticker

6/recent/ticker-posts

Hairuman dan Afiqah - Doa Untuk Mereka

Tengah berblogwalking tadi, jumpa artikel terkini mengenai Saudara Hairuman kat blog Budak Logam. Alhamdulillah, katanya dah selamat menjalani pembedahan. Kedua-dua tangannya terpaksa dipotong akibat renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika mengait kelapa sawit di sebuah kebun di Sungai Tengi Kanan Darat. Berita selanjutnya di Utusan dan Kosmo.


Saudara Hairuman, sebaya dengan saya (kalau tak kira tahun ni), mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan kepadanya, tak lupa jugak yang bagi semangat untuk dia meneruskan hidupnya lepas ni.

Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar! Kuatnya saudara Hairuman! Kuatnya dia kerana Allah memberikan dia kekuatan untuk menghadapinya! Tiada satu pun kejadian yang berlaku di dunia ni tanpa sebab dan tiada satu pun kejadian di dunia ni yang berlaku di luar pengetahuanNya. Saudara Hairuman bertuah kerana diuji Allah sedemikian rupa. Beruntungnya dia kerana ujian itu adalah salah satu daripada pengampunan dosa oleh Allah kepadanya di dunia.


Moga Saudara Hairuman terus tabah menghadapi ujian hidup, moga dipermudahkan juga segala urusannya sekeluarga selepas ini. Ameen...


Selain tu, baca juga berita di blog seorang rakan blogger, neneknya sedang koma. Moga nenek Afiqah Zairizal juga dipermudahkan untuk sembuh daripada koma dan kembali bersama keluarga. Sama-sama kita doakan untuk Afiqah dan keluarganya ya...



Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com