Ticker

6/recent/ticker-posts

LIPDUB tu ape??

Keluh-kesah adik saya yang belajar di matrix sejak balik bercuti bermain-main di fikiran ni. Dia kata pensyarahnya nak masukkan aktiviti baru. Bukan takat tu, pensyarah tu nak jadikan benda tu salah satu aktiviti wajib dalam kelas dia. Sebab belum pernah ada lagi yang buat, maka pensyarah tu nak bawak dari luar negara masuk ke Malaysia. Yang pertama kat matrix dia! Mesti dapat nama! Buat sejarah! Best tu~~~!!!

Huh! Tak berkenan! Sebab tu la adik saya keluh-kesah memanjang. Aktiviti apa tu? Lipdub??? Apa dia lipdub ni? Tak pernah dengar pon? Kamu-kamu pun tak pernah dengar??? Ha...pi tanya Enchek Google, banyak maklumat kat situ~

Amek kat SINI. Video contoh Lipdub pun ada~

Lipdub ni kalau tanya Uncle Wiki, membawa maksud "a type of video that combines lip synching and audio dubbing to make a music video. It is made by filming individuals or a group of people lip synching while listening to a song or any recorded audio then dubbing over it in post editing with the original audio of the song." Ha...cuba bayangkan aktiviti macam mana tu?

Budak matrix pun nak kena belajar benda ni ke? Siap nak wajibkan pulak dalam kelas dia kena buat benda tu. Kelas english, bukannya kelas muzik! (kat matrix memang takde kelas muzik pon kan? ke sekarang dah ade?) Rasanya takde manfaat pon. Kalau nak kata dari situ boleh belajar english dengan baik, tak keluar suara pon, setakat menari sambil gerak-gerakkan mulut. Kata dubbing kan?

Ouh, kesian si adik...siap minta pendapat, macam mana nak elakkan dari join aktiviti tu. Hurm, akak pon tak dapat nak fikir lagi macam mana dik...mungkin kamu-kamu semua ada pendapat?


Post a Comment

4 Comments

  1. oh bru tau ape benda tu.
    ok lah tu,blaja benda baru kan..

    p/s: sy ingat kamu ni bro,rupe nye sis..name tu mengelirukan (sila jgn gelak or mrah ye ye)

    hehe :)

    ReplyDelete
  2. @fa-in

    ok ke? hee~~

    erk, nama Sunah tu macam nama lelaki ek? ekeke~

    ReplyDelete
  3. ok2,dah tau nnt bleh buat video sndiri kut..yg bermanfaat la gitu.

    ye..hee tetiba teringat kat laksama sunan kat novel ramlee awg mmurshid. :D

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com