Erk, tajuk bukan main lagi! Ini bukan entri nak cari pasangan ye! Dan saya bukan pengkid~ Dush2!

Alkisahnya begini... Enchek Nuffnang membuat laporan kepada saya bahawa ada salah seorang wakil CIA (wakil jek, bukan CIA betul ye!) mencari maklumat kat blog ni. Bila saya suh Enchek Nuffnang siasat apa yang dia carik, terus keluar graf kat bawah ni ha...


Hadoi... Sape la pengkid yang mencari pasangan tu. Takde kat sini ye. Sekian terima kasih.

Enchek Nuffnang, sila gitau dia, gi cari tempat lain. Oh, lagi satu...pesan kat dia, cuba ingat-ingat balik kisah Nabi Lut zaman dulu-dulu. Kisah kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis. Lelaki sukakan lelaki, hinggakan malaikat yang menyerupai lelaki tampan pun golongan lelaki dari kaumnya inginkan dan menolak tawaran Nabi Lut yang memperkenalkan puteri-puterinya.


Mereka tidak langsung mahu menerima kata-kata Nabi Lut, malah mahu mengusirnya keluar dari negeri tu. Hingga satu saat, Allah turunkan bala kepada mereka atas kefasiqan kaum Sodom tu.


Ya, memang...dulu tu lelaki dengan lelaki jek, walaupun kamu mungkin seorang perempuan, tapi lesbian mahupun pengkid itu tetap salah, ok? Samalah dengan apa yang berlaku pada zaman Nabi Lut dulu...tak takut bencana jatuh menimpa? Sekarang pun dah banjirrrrr aje...gempa bumi merata-rata...wabak kat sana-sini. Maka, insaflah...kembali kepada fitrah seorang hamba, ok?

Ha, Enchek Nuffnang, boleh tak ni nak sampaikan kat dia?