Ticker

6/recent/ticker-posts

Pizza Telur Berkeju


Hari tu lagi nak masukkan, tapi was-was sebab gambar tak clear. Guna handphone je masa tu, kamera compact habis bateri lak. Tapi, takpe lah. Masukkan je. Yang penting nak kongsi resepi tu sebab sedap sangat! :D

Ok...jom kita namakan makanan ni Pizza Telur Berkeju (buruknya nama! Ada cadangan lain? Hahaha~)

Bahan-bahan:
2 biji telur
1/2 biji buah tomato (dibuang biji dan dhiris kecik-kecik)
2 batang sosej (dihiris bulat-bulat)
sekeping cheese (KRAFT je saya guna) - hiris jugak
sedikit oregano
sedikit serbuk lada hitam

Cara nak buat:
Mula-mula pecahkan telur, ala macam biasa la... Kacau dalam mangkuk kecik tu dengan garpu ke sudu ke, tak kisah lah ye. Then, campurkan sosej yang dah dihiris tadi.

Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan telur bercampur sosej. Bagi separuh masak, taburkan hirisan tomato. Bagi masak sikit, balikkan ye~ Tunggulah dengan sabar...haha~ Api tu jangan besar sangat, kang hangus lak!

Kemudian, balikkan semula bila rasa da bercantum bahagian yang bertomato dan bersosej tu tadi. Taburkan kepingan cheese yang da dihiris tu jugak.

Lepas tu taburkan (taburkan ke?) serbuk lada hitam dan oregano secukup rasa...saya tak letak garam pun, sebab cheese dengan sosej da cukup masin.

Dah siap! Sedap~~~


Post a Comment

29 Comments

  1. ingatkan blog mat gebu dah tukar template..haha

    ReplyDelete
  2. weehuu piza buatan sendiri..terbaekkk! ^_^

    ReplyDelete
  3. @nazirulhazwan~

    ekeke~ che mat buleh nangis ka? dia lagi terer la masak memasak ni~

    ReplyDelete
  4. yang nih norfa selalu buat time pergi sekolah dulu2..tiap2 pagi makan ni.. heheh.. tpi telur + sosej je la..then mkn ngn sos cili..kegemaran nih..

    ReplyDelete
  5. @Norfa

    hehe..sebenornye adik akak yang selalu wat kat umah..akak adjust sket2 kat sini..sedap seh!!

    ReplyDelete
  6. emm..kreatif sunah ni..kalau buat mesti anak2 suka sbb telur n sosej tu..nak try lah sunah..

    ReplyDelete
  7. @suri solehah

    ha~ wat untuk diorang ye~ pastu jangan lupa wat entry..nak tengok! hehe~

    ReplyDelete
  8. emmmm... simple dan menarik.. nanti nak cuba lah.. tq for sharing..

    ReplyDelete
  9. Salam sunah, oregano ape?xtahu..huhu

    ReplyDelete
  10. @FasiHaH SupiaN

    oregano tu herba Itali~ ;) nanti wat entry sat!

    ReplyDelete
  11. wah...menarik la resepi nih...simple tapi nmpk sgt2 melazatkan...nyum..nyum..

    sesuai utk penggemar telur..nmpk skit kepelbagaian nak masak telur..dr goreng telur dadar biasa je....

    ReplyDelete
  12. Perghhh....syabas...ha! aku nak nangess....tak de makna nya..kita very supportive nya person, lepas ni sila derhaka lagi mana2 resipi yeaa....salute lah!!!... (^_*)

    ReplyDelete
  13. @DeQdEq

    betul, betul! saya paling suka modify telur2..haha~

    ReplyDelete
  14. @Mat Gebu

    haha! lepas ni nak jadi si tanggang pulak!

    ReplyDelete
  15. tengok macam sedap je

    nak try lah :)

    ReplyDelete
  16. salam sunah...wah nampak sedap jer nanti mama nak cuba buat la...mesti hasilnya best kn...:)

    resepi terhebat dr sunah sakura....
    "Pizza telur berkeju"

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com