Ada yang tanya saya tentang nuffnang. Berapa banyak dah duit yang saya dapat dalam akaun nuffnang tu? Ops, rahsia negara ni...hehehe.

Ekceli, first of all, lebih baik saya terangkan kenapa saya daftar nuffnang. Saya gunakan nuffnang lebih kepada nak cek trafik setiap hari ke blog saya. Nak cek keywords, referrals dan dari mana orang datang ke blog. Lebih kepada tu...

Tentang duit, saya tak concern sangat, entah...macam slow je nuffnang tu. Hahaha~ Kalau ade orang baik hati klik, ade la duit masuk, tapi cam tak kisah sangat je...huhuhu. Trafik saya pun bukan tinggi sangat, susah kot nuffnang nak percaya...:D

Kalo kamu-kamu nak guna iklan kat blog untuk jana pendapatan, itu terpulang kepada kamu. Blog kamu, matlamat blog kamu, itu atas diri kamu kan? ;) Ade banyak tempat kita boleh gunakan iklan untuk blog selain nuffnang. Ade innity, advertlets, google adsense, mangga, dan banyak lagi lerr...(sila search sendirik!)

Namun, saya tak menidakkan (huh? faham ke ayat ni?) bahawa mungkin satu hari nanti dengan blog ni boleh buat duit, tapi jauh lagi kot benda tu nak berlaku...:)

Sekian~


MEH BACE ENTRI CAMBEST ADIK USTAZAH